04 October, 2018

Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar,Kenapa?

Telefon pintar merupakan barang yang wajib ada dalam handbeg ataupun di sisi ke mana sahaja kita pergi, agaknya kalau tiada telefon pintar ni macam manalah seharian hidup ya..


Zaman kini telefon pintar atau smartphone ada banyak kegunaannya. Bagi mereka yang bekerjaya mereka menggunakan telefon pintar ini untuk memeriksa emel, tweets, Instagram dan mengemaskini laman sosial seperti facebook. 

Selain itu juga telefon pintar digunakan untuk mengikut berita terkini, nak tunggu keluar surat khabar kena tunggu hari esoknya, tapi dengan telefon pintar..berita baru terjadi 5 minit yang lepas,hanya 10 saat dah ada di dalam paparan internet. Nampak tak, relevennya telefon pintar di masa kini.

Bagi anak-anak muda sebilangan dr mereka suka menggunakan telefon pintar untuk "games", zaman sebelum ni mungkin boleh main PS2,PS3 di ruang tamu atau bilik ,kini dengan telefon pintar dalam bilik toilet pun boleh main game hihihi..

Seperti diri nieyl sendiri telefon pintar memang kena ada 24/7 , sebab apa-apa sahaja kerja bos nieyl akan whatsapp tanya jadual, tanya apa-apa jika ada masalah dan sebagainya. Bila orang nak buat appointment dengan bos, dieorang lebih suka menggunakan Whatsapp daripada call direct. 

Selain itu juga, nieyl akan snap gambar di mana sahaja yang nieyl rasa boleh jadi sumber penulisan dalam blog.Sekarang ni kalau check dalam gallery ada 1260 photo..hahaha..

Cuba korang komen, penting tak telefon pintar pada korang?


8 comments:

  1. Sangat-sangat penting... Lagi-lagi macam Fiza, update blog pun guna phone.

    ReplyDelete
  2. Orang2 tua boleh je.. hehee. tp dengan kerjaya sekarang ni susah kalau xda telefon pintar. paling kurang pun perlu ada whatsapp. hehe

    ReplyDelete
  3. Sangat2 penting sebab jana income dari situ :)

    ReplyDelete
  4. mcm keperluan kot..zaman sekarang ni. kalu hilang or rosak..memang kelam kabut dibuatnya.

    ReplyDelete
  5. mungkin betul. iainya 1 keperluan. sekarang banyak guna waze. kalau takda waze sesat la kita di metropolitan tu.

    ReplyDelete
  6. penting sangat sebab kerja banyak menggunakan smartphone.

    ReplyDelete
  7. hp skarang ni jd keperluan..kalo tkde..susah juga incase ada emergency

    ReplyDelete
  8. Pada Sha penting sebab senang nak update blog.. Tangkap gambar untuk kenangan.. Kerja pun menggunakan telegram sekarang ini.. Pendek kata banyaklah kegunaannya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)