19 October, 2018

Friday Photo Food

Hai Korang!rasanya baru je nieyl share photo food jumaat lepas..hari ini dah hari jumaat kembali..aduhai...sekejapnya masa berlalu sampai tak sedar yang dah pertengahan bulan 10..lagi 2 bulan sahaja lagi nak masuk Tahun 2019. Ha..yang mana ada wish atau azam yang nak dicapai tahun ni masih lagi boleh pecut di saat-saat akhir ini.

Sebelum masuk minggu yang baru next week, nieyl share gambar makanan yang this week punya hopefully, korang enjoy jela layan gambar makanan je ya..


Konon-kononnya nak makan nasi letak, pakatlah dengan jiran sebelah bilik nieyl dia bawa telur,sambal dengan timun. Nieyl bawa nasi dengan kacang ikan bilis. Yang lawaknya konon nak makan dengan bos dgn kak zura. Ale-ale dieorang cuti, so..kiteorang bawa untuk makan berdua je la..jadi lah kan sebab dah plan.


Siap snap gambar lagi hantar dekat bos, lepas tu dia kata tak boleh jadi,dia keluar pergi cari nasi lemak juga . tu la...cuti lagi time orang nak buat makan..hehehe


Nieyl buat kuih sagu sebabnya baru belajar buat ni,nieyl malas nak pakai loyang sebab susah nak potong-potong ni.. Nieyl guna acuan kuih lompang tapi kalau korang buat,jgn isi penuh sangat dan air kena slow kalau tidak dia akan melempar keluar dari acuan. #pengalaman


Hari tu singgah kedai mak kirim kelapa parut, ternampak pula ada jual terung telunjuk terus beli memang dalam plan nak masak cili api. Tapi pagi ahad tu tekak nak makan ayam goreng cili api, terus masak campur dengan terung telunjuk yang nieyl beli tu..Sedappp..hehehe


Nak habiskan stok macaroni dekat rumah sebab nak beli Spiral pula. hari tu nieyl masak macaroni goreng telur campur sosej. Kali ni nieyl buat macaroni goreng juga dengan sosej cuma tambah sayur carot , kacang botol dan oregano..


Mak nieyl request nak makan tomyam, jadi nieyl buatkan cuma kali ni nieyl try campur dengan cendawan enoki..

Ok ini sahaja gambar makanan yang nieyl nak share dengan korang, mana tahu weekend ni boleh bagi korang idea nak masak apa kan...

9 comments:

  1. Tomyam tu ohsem.. Spaghetti tu pun best.. Eh.. pendek kata semuanya sedaplah.. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. Wah nasi lemak and makaroni favorite syazaa 😍💕

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya menu2 dia terliur kat nasi lemak eh

    ReplyDelete
  4. sedap belako. terliur weh abe kie tengok. makan berjemaah meme sedap.

    ReplyDelete
  5. ayam goreng dengan terung telunjuk tu buat perut lapar lajjj kak nieyl!

    ReplyDelete
  6. alamak ternmpk pulak tgh2 malam mcm ni. im super hungry laaaaa

    ReplyDelete
  7. Bestnya dulu masa masih kerja hari jumaat memang diorg suka buat pot luck kat pantry. Meriah rasa

    ReplyDelete
  8. wah sedapnya semua. ni kalau ada kat depan mata kak, jenuh la rambang mata nak pilih yg mana satu. hahahahaa -_-

    ReplyDelete
  9. wahh.. lapar la pulak tgk gambar ni. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)