23 October, 2018

Cerita Kanak-Kanak Tahun 90-an

Walaupun nieyl lahir 2 tahun sebelum tahun 90-an tapi pandai menonton tv since 2 tahun la kan..Jadi rancangan kanak-kanak tahun 90-an ni memang menjadi tontonan nieyl dekat rumah. Antara lagu - lagu yang masih nieyl ingat sehingga sekarang seperti bawah ni tapi nieyl rasa korang pun sama seperti nieyl juga kan..


Rancangan ALONG ni sangat popular suatu ketika dulu. Ia bukan sahaja rancangan hiburan semata-mata tau dia memberi pengajaran dan pelajaran kepada kanak-kanak, slot yang paling nieyl ingat SITI SIFIR. Setiap kali rancangan ni siti akan ajar kita menghafal sifir bersama-sama. Rancangan ALONG ni menggunakan maskot kucing, Ada ALONG, ANGAH, ACIK..


Kartun animasi tempatan yang pernah menjadi kegemaran semua kanak-kanak zaman 90-an . Kiranya seperti superhero melayu yang membanteras jenayah. Kalau kita buka laman Youtube masih boleh menonton lagi rancangan ini.


Tahu  tak ini kartun apa?ini Sailormoon , kira supergirl yang mempunyai kekuatan masing-masing dalam melawan musuh. Zaman dulu, sailormoon ni kartun yang agak popular dikalangan kanak-kanak perempuan.


Kalau tunjuk dekat anak-anak kita sekarang ni, dieorang mesti tahu kartun apa ni. Kartun bersiri dari Jepun ini menjadi salah satu kartun yang masih ditayangkan di kaca TV Malaysia sehingga hari ini.. Bayangkan berapa lama dari usia nieyl 2 tahun sehingga 30 tahun , dalam 28 tahun masih lagi ditayangkan.


Power rangers antara rancangan siri kanak-kanak yang nieyl paling suka sampai sekarang ni masih lagi boleh layan. Power rangers ni dah banyak versi dah, yang terbaru di filemkan..

Zaman nieyl dulu cerita-cerita kartun macam ni memang menarik minat kanak-kanak tengok TV.. cuma zaman dah berubah sekarang ni cerita-cerita kartun boleh di tonton di ipad, telefon bimbit dan sebagainya. Kalau dulu, habis je cerita yang kita nak tengok kita pun akan bangun main benda lain tapi sekarang ni youtube habis episode ni boleh tengok cerita kartun lain sampai lebam..hehehe

Kalau korang,tak kisah la lahir zaman bila..cerita kartun apa yang masih dalam ingatan korang?meh la share dengan nieyl ♥




6 comments:

  1. dulu suka beli komik along ni. mengimbau kenangan betul.. majalah kuntum.. majalah asuh.. hahaha.

    ReplyDelete
  2. Semua cerita yang Nieyl bubuh nie kesukaan Sha.. kikiki.. Banyak lagikan.. Memang menggamit memory.. Ada Gaban, Stria baja Hitam, Ultraman, Usop Sontorian dan banyak lagilah.. Jangan Monyet Jangan.. kikiki.. Yang ini paling best.. kalau pernah tengoklah..

    ReplyDelete
  3. kecik-kecik dulu jarang tengok tv, sebab kena kawal. So, xbanyak cerita yang mummy tahu huhu

    ReplyDelete
  4. Cikla lahir thn 82. Semua kt atas tu antara kartun kesukaan.. Legend sgt kan.

    ReplyDelete
  5. cerita febret semua ni.. kecuali sailormoon.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)