03 October, 2018

Random Photo Wednesday

Selamat Pagi semua, sihat tak?pada yang sihat Alhamdulillah tapi pada yang kurang sihat nieyl doakan semoga kalian cepat diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala. Random photo nieyl kali ini seperti biasalah mestilah gambar makanan. Kadang-kadang sempat snap je tapi tak sempat nak tulis entry. Akhirnya jadilah random photo, semoga korang enjoy tengok gambar makanan pagi - pagi ni ya.


Beli ikan siakap 2 ekor, separuh goreng dan separuh lagi masak stim.. nieyl suka ikan potong-potong macam ni kalau masak sebabnya, boleh bawa bekal pergi kerja..hehehe..banyak kuahnya sebab nieyl suka hirup kuahnya. kalau nak kuah yang banyak, bahan pun kena banyak supaya tak hilang rasanya okay.


Selalu tengok dan baca orang kata tomyam putih ni senang sangat nak masak. So, nieyl pun try lah masak tapi memang betul la ianya tersangatlah senang semudah ABC je rupanya. 


Belajar buat donat,aduhai..nieyl ni bukanlah pandai sangat buat kuih-kuih ni, tapi keinginan nak belajar tu ada tapi ikut mood. Buat donat ni pun time tu mood nieyl rajin sangat..hehehe


Hari cuti nieyl memang akan masak seawal yang mungkin untuk makan tengah hari selalunya pukul 11 pagi dah siap masak, so banyaklah masa boleh berehat-rehat layan movie hehehe.. Masak pun simple je sup sayur + fishball 


Kebelakangan ni ikan tenggiri memang wajib ada setiap minggu, nieyl suka masak sambal ataupun goreng panas-panas makan dengan nasi putih,kicap dan cili api..peh!memang sedap! 


2 minggu lepas cafe bawah pejabat nieyl buat open cafe belanja semua orang makan free untuk sarapan pagi..seronok juga macam-macam menu ada tapi nieyl sikit je sebab pagi bukan boleh makan banyak sangat kan..nanti nak buat kerja mata terpejam je..

Oklah sekian,random photo nieyl hari ini..semoga menu-menu di atas boleh memberi idea nak masak apa hari ini ya.. see u next entry

7 comments:

  1. Waalaikummussalam alhamdulillah sihat Nieyl ^^ Blogwalking sini kejap. Wah makanannya banyak berkonsepkan sup gittuw ") Sihat!

    ReplyDelete
  2. amboi kemahen tunjuk gambo mkknn

    ReplyDelete
  3. allahu sedap nya menu. kekenyangan kami di sini menikmati gambar makanan sedap. hehehehhe

    ReplyDelete
  4. Meriah betul gamabar makanan nieyl.. Terus lapar perut..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)