28 December, 2017

Resepi sambal hitam belimbing buluh

Resepi sambal hitam belimbing buluh | Last week sebelum nieyl start cuti panjang, boss jiran bilik nieyl ni ada bagi nieyl seplastik belimbing buluh. Dia ada pokok belimbing buluh, jadi bila dah terlalu banyak sampai tak termakan, dia pun sedekah dekat kawan-kawan sikit.. Rezeki nieyl dapat lah sikit. Actually, bila dah dapat tu tak plan pun nak masak apa..tapi bila dah balik ke rumah tu dalam pukul 8 malam tu, tiba-tiba nak buat sambal hitam belimbing buluh sebab sebelum-sebelum ni nieyl memang belum pernah buat lagi sambal hitam yang viral orang kata sedap tu.

Gigih tau, nieyl cuba buat juga masa tu..jadi tak jadi tu belakang kira lah sebab anak tekak ni dah terliur sangat nak makan pedas-pedas dengan nasi putih panas..waduhhh...lama tau nak keringkan belimbing buluh ni sampai warna hitam..nieyl tunjuk gambar yang dah siap dulu ya...resepi di bawah gambar nanti.


Bahan-Bahan

Belimbing buluh
Bawang Besar
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Api
Kicap manis
Garam,Gula

Cara-caranya

  1. Masak belimbing buluh tanpa minyak sehingga kecut (warna hitam), nieyl syorkan gula kuali atau periuk yang tidak melekat ya..
  2. Sementara itu bawang merah, ikan bilis, bawang putih, cili api dikisar kasar
  3. belimbing yang dah kecut, di tumbuk lumat
  4. Panaskan minyak
  5. Tumis bahan-bahan yang di kisar,sehingga kering
  6. Kemudian masukan belimbing yang di tumbuk dan masukkan kicap manis dan gula sedikit 
  7. kacau sehingga sedikit garing dan hidangkan bersama nasi putih panas...

7 comments:

  1. Waa, x pernah try lagi benda ni, kena try ni nnt

    ReplyDelete
  2. alahai teliur tengok, sedap ni kalau makan dengan nasik panas

    ReplyDelete
  3. senangnya resepi. Dulu pernah jugak buat. suruh rebus dalam tin biskut 3-5 jam, -,- sampai hangus tin . lepas tu macam macam lah. end up husband cakap rasa tak sama jugak -,-

    thanks for sharing, maybe boleh try

    ReplyDelete
  4. my fav ni. mkn dengan nasi putih semata2 dgn sambal hitam pn jadi. sbb sedap

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)