Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf | Al kisahnya unit nieyl yang lama plan nak belikan hadiah untuk mantan boss kami yang telah naik pangkat dan bertukar keluar bulan lepas. Jadinya, kak naz di amanahkan untuk membeli hadiah tersebut dah kak naz share dalam group . Kami kongsi dalam 7 org termasuklah kakak² yang dah keluar dari unit lama dulu..


Kami memilih Kurta Maryana dari Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf rasanya sangat sesuai sangat dengan x boss kami. Contoh Kurta Maryana seperti gambar di atas yang dipakai sendiri oleh I.M Asyraf. Nieyl tengok pun berkenan di hati untuk en.husband. 


Nieyl share serta sedikit tentang butik Aisy Asyraf, ianya sebuah butik jubah lelaki kontemporari dengan rekaan yang moden dan mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015,butik ini memberikan peluang kepasa pemakai jubah lelaki di Malaysia untuk mengamalkan pakaian Sunnah Nabi SAW.

Jubah dari Butik Aisy Asyraf direka khas secara eksklusif dengan rekabentuk yang diilhamkan mengikut cita rasa masa kini. Selain itu juga ianya mempunyai keistimewaan dari segi potongannya yang pasti membuatkan pemakai nampak lebih tanmpan dan bergaya.

Harga di butik Aisy Asyraf adalah berpatutan dan bersesuaian dengan materianya dan potongannya. Selain dari jubah, butik ini juga menyediakan pelbagai jenis pakaian dan aksesori lelaki seperti Baju Raijan Eksklusif, Kurta Lelaki,Jubah wanitan dan lain-lain..



Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

3-27-03A, 8, 
Business Park,, Jln Medan Pusat Bandar 8A, 
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...