08 January, 2024

Rumah Makan 100 Tahun Di Melaka

by on January 08, 2024

Rumah Makan 100 Tahun Di Melaka | Kesinambungan entry yang lepas, kan nieyl cakap adik ipar nieyl seacrh dan ajak pergi makan dekat Rumah Makan 100 Tahun, actually nieyl pun tak tahu tentang kedai ni sampailah dia kata kedai ni viral dekat TT. So, nieyl follow jelah kebetulan masa sampai tu macam tak ada orang tapi malas nak fikir terus je masuk. Rumah ni 2 tingkat boleh pilih nak makan dekat aras bawah ataupn atas. Dieorang pilih untuk duduk dekat bahagian bawah, so memang masuk rumah tu teringat rumah Arwah Nenek husband dulu, rumahnya macam ni lah. 

Untuk order makan semua diserahkan pada adik-adik ipar dan huband, nieyl layan Eric je sebab rindu dekat dia dah lama tak jumpa. Apa yang dieorang order, itulah yang nieyl makan. Menu yang dieorang order tu seperti gambar dibawah ni. Untuk pengetahuan korang, menu dibawah ini untuk 7 orang makan. (jangan terkejut) sebab nieyl sendiri pun terkejut hahaha.. tapi mampu senyum kambing je la.

Dan untuk pengetahuan korang, nieyl share dekat sini bukan tujuan  nak review tau, nieyl share tempat yang nieyl pergi je. Total makanan dan air adalah rm150..masuk kereta nieyl hanya tersenyum kambing lagi..hahaha..kesian kambing nieyl asyik guna nama dia je..
Bergambar bersama tanda kita dah sampai kedai yang viral ni hahaha. Untuk ke Melaka ni tak cukup 1 family adik ipar nieyl, yela..benda unplan ni kan tak semua orang free kan lagipun 2 hari nieyl tak dapat spend time dengan dioerang sebab sibuk dengan majlis belah nieyl.. cuba teka next nieyl ke mana??
 

06 January, 2024

Dalam Masa 2 jam siap ke Melaka

by on January 06, 2024

Dalam Masa 2 jam siap ke Melaka | 1 Januari 2024, pukul12 tengah hari nieyl tengah duduk layan handphone, husband ajak pergi Melaka. Memula tu rasa macam nak kena scam je, sebab selalu kena scam hahaha. Kebetulan adik husband nak singgah Melaka sebelum balik ke Kedah. So, husband ajak pergi Melaka sekali. Nieyl ni biasanya kalau nak pergi mana-mana banyak fikirnya , tapi husband nieyl pula jenis yang kalau dia nak pergi, dia pergi. 

Lepas tu, sebelum nak bersiap bagai kitaorang pergi service kereta dan isi minyak siap-siap, balik rumah bersiap dan makan tengah hari dulu dekat rumah. Pukul2 petang kitaorang bergerak dari rumah tunggu adik ipar nieyl dekat Tol Serenia, kita konvoi Alhamdulillah jalan tak jem sampai Melaka pukul4.20 macam tu, tujuaan utamanya dieorang pergi Melaka tu semata-mata nak makan kambing yang viral tu, bila dah sampai kambing habis sis, punah harapan masing-masing hehehe..

Berhenti tepi jalan 3 kereta ni, bincang nak makan dekat mana. Masing-masing search dan dapat 1 tempat ni yang adik ipar nieyl cari..nak tahu dekat mana?next entry nieyl share okayy ♥ 

 

05 January, 2024

Pusat Penyembelihan Ayam Putrajaya

by on January 05, 2024



Pusat Penyembelihan Ayam Putrajaya| Ini pertama kali nieyl datang ke sini, sebelum ni nieyl selalu lalu je tak singgah pun. Last week masa nak masak-masak untuk kenduri family tu ayah nieyl suggest pergi beli ayam dekat sini. So, nieyl pun pergilah dengan kakak dan dua orang anak buah nieyl sebab lepas tu nak pergi banyak tempat lagi nak beli lauk pauk untuk kenduri. 

Tauke rasanya yang ambil order nieyl tu memang peramah dan memudahkan urusan memilih ayam dan juga ada diskaun sikit sebab beli banyak kot. Asalnya sekilo rm9.40, nieyl ambil 13 ekor dapatlah sekilo Rm9.10. Ayam-ayam dia pun fresh dan tempat dia pun bersih dan siap sediakan kerusi untuk pelanggan duduk menunggu ayam siap di potong. Sembang-sembang abg tu kata dia baru beroperasi 5 bulan, jadi orang-orang putrajaya dan sekitar ni bolehlah cuba beli dekat sini memang puas hati.



 

04 January, 2024

Pucuk Paku Muda

by on January 04, 2024

Pucuk Paku Muda | Pucuk paku muda macam ni susah nak dapat tau, selalunya kalau beli dekat pasar tadi tu batang dah tua, lepas tu berat batang je dapat pucuk sikit je kalau nak masak. So, untuk majlis birthday ayah nieyl, kakak nieyl plan nak masak lemak pucuk paku. Kebetulan husband nieyl ada pekerja orang asli, saja je la minta husband tanyakan kalau ada pucuk paku sebab sebelum ni dia pernah bagi dekat husband nieyl pucuk paku, jadi kali ni cuba nasib lah kalau dapat.

Tapi cakap juga dekat husband, kalau tak ada tak apa, kita beli je dekat pasar sebab sekarang ni kan setiap petang hujan lepas tu banjir pula tu kan, takut susah nak dapat pucuk paku. Tapi nak dijadikan rezeki kan, pekerja husband kata ada pucuk paku, malam tu juga hujang-hujang nieyl dengan husband pergi rumah pekerja dia untuk ambil pucuk paku tu banyak juga tau dalam 5kg dan nieyl bagi Rm20.

Serius cantik sangat pucuk paku dia, muda-muda semua sebab baru dipetik. Keesokkan hari ni pekerja husband kata ada lagi 5kg, nieyl ambil je dan bahagi adik beradik sorang sikit untuk buat masak sendiri dekat rumah masing-masing. kalau pucuk paku nieyl memang prefer beli direct dengan dioerang ni dari beli dekat pasar tu sebab kadang-kadang dapat yang tua-tua je. 

Korang kalau pucuk paku ni suka masak apa?

 

Lunch Date Dengan Geng Ex-PA

by on January 04, 2024

 

Lunch Date Dengan Geng Ex-PA | Dulu masa nieyl kerja dekat jabatan lama, nieyl PA kepada timbalan Pengarah. Kalau tak silap nieyl pernah jaga 4 orang timbalan. So, dulu bilik timbalan pengarah dan timbalan pengarah 1 wings je, jadi PA ni tak ada pilihan kau tengok aku, aku tengok kau hahaha. Jadi, kami bertiga ni lah yang akan bergantung antara satu sama lain. Yang tengah tu Kak Mona dan yang tudung hitam tu Faz, dia bff nieyl yang selalu nieyl cerita tu. 

Dulu kalau faz cuti ke mc ke, memang antara nieyl atau kak mona yang akan cover tempat dia. Nak tak nak masa tu memang kenaaa sebab Faz PA pengarah. Kitaorang bertiga ni selalunya dulu kalau nak breakfast tunggu bos masing-masing pergi meeting dulu. Bila dah clear baru lah boleh breakfast dengan tenang. So bila dah duduk, makan sambil sembang macam-macam story lah yang kitaorang share. Banyak sangat yang kitaorang share antara satu sama lain dan kadang-kadang kita tanya pendapat dan cadangan. 

So, tahun 2020 nieyl bertukar pindah ke jabatan lain dan tinggallah kak mona dengan Faz. Tapi tak lama pun, 2021, kak mona pula keluar ke KPT  dan 2023 Faz pun sama keluar ke MOSTI. So, kitorang bertiga dah jauh sikit tempat kerja, jadi bila nak berjumpa tu memang susah sikit sebab jarak dan komitmen masing-masing. 

Sebagai penutup 2023, minggu lepas Faz whatsapp ajak lunch sama-sama hari jumaat. So, nieyl pun on je sebab masa tu nieyl memang dah start cuti dah pun, jadi ada masa lah nak jumpa. Sampai-sampai Alamanda, Faz kata kak mona ada, surprise lah sebabnya nieyl ingat Faz dengan nieyl je. So, kita reunion lah, bersembang sambil makan. Masing-masing meluahkan apa yang terjadi dekat tempat kerja masing-masing. hahaha.. itulah kitaorang bertiga, kalau berjumpa memang takkan tak bercerita pasal kerja. Apa-apa pun kan, nieyl rasa happy sangat dapat jumpa bertiga ni sebab dah lama sangat-sangat tak jumpa bertiga macam ni rindu moment-moment dulu masa satu tempat kerja.

Last sekali nieyl doakan semoga Kak mona dapat bertukar keluar sebab dia nak cari pengalaman di tempat lain dan untuk Faz, semoga tahun 2024 ni dia dapat bekerja dengan happy dan bersabar dengan kerenah manusia.. Aminnn


Thursday Come Again

by on January 04, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Dah 2 minggu nieyl tak pakai baju batik..
sebab masih cuti-cuti malaysia..

Nieyl ni namanya cuti, 
tapi sibuknya aduhai..
itu yang kadang-kadang tak sempat nak buat entry..
banyak sangat story yang nieyl nak share dalam blog ni..
Pagi ni nieyl nak bawa mak nieyl pergi Bank,
ada urusan pertukaran kad dah expired..
sementara nieyl cuti ni, bolehlah nieyl uruskan apa yang patut..
kang bila dah bekerja, susah nieyl nak cuti..

Happy working♥

 

03 January, 2024

Bila teringin nak makan prosperity MCD

by on January 03, 2024

Bila teringin nak makan prosperity MCD | Masa sebelum timbul boikot-boilot ni boleh dikatakan setiap kali musim prosperity keluar, nieyl salah seorang yang tak akan lepaskan peluang untuk beli tapi sekarang ni dah tak payah nak beli dah tau, kita dah boleh buat sendiri dan boleh makan banyak kali. Biasalah nieyl bila cuti-cuti ni memang terlebih rajin masuk dapur dan husband nieyl pun suka nieyl cuti sebab dia boleh request apa sahaja makanan yang dia nak makan. 

Sekarang ni husband nieyl tak nak makan nasi malam, jadi dia akan minta nieyl masak apa-apa sahaja kecuali nasi. So, nieyl pun masa tu teringin nak makan prosperity ni lepas tu pergi kedai beli bahan-bahan dan yang penting daging oblong ramly. Kalau nieyl memang suka brand ramly je. 

Kali ni nieyl guna resepi Khairul Aming, ha..resepi dia ni kalau kita ikut betul-betul memang mudah dan sedap. Malam tu nieyl masak dalam 7 set hehehe...licin tau..hehehe..sos dia tu ada lagi nieyl simpan frozen kan, nanti bila-bila teringin dah tak payah nak buat lagi sos dia tinggal beli roti dan oblong je.. Korang suka makan prosperity tak?


 

Selamat Tahun Baru 2024

by on January 03, 2024

Assalamualaikum...
Selamat Tahun Baru..
Lambat nieyl wish sebab terlalu sibuk..
bukan sibuk urusan kerja pun...
sibuk dengan urusan rumah...
Nieyl masih bercuti lagi ni..
tak ada date lagi bila kena lapor diri..
semuanya di sebabkan kewujudan Kementerian baru tu..
semua jadi huru hara..
Korang doakan nieyl ya semoga ada rezeki lagi..
sambil-sambil ni pun nieyl cari kerja lain juga..
Tak tahu di mana bagusnya Pentadbiran skrg ni..

Happy Working♥