25 March, 2025

Good Morning

by on March 25, 2025

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan..
tinggal beberapa hari sahaja ramadhan bakal meninggalkan kita..
sekejap je kita jumpa ramadhan..
semoga tahun depan dipanjangkan umur, bertemu ramadhan lagi...

nieyl ni macam biskut chipmore lah kan..
kejap ada, kejap tak ada...

Bukan apa..
Kerja PA ni tak menentu, 
Ada kala ada free time, ada kala kesana kesini..
nak duduk dekat tempat pun tak sampai 10 minit..
lagi-lagi nak cuti dah next week kan..
semua pakat settelkan kerja, 
Jumaat dah ramai yang bercuti..

Minggu ni edaran kuih raya..
penuh nieyl tengok atas meja sorang-sorang kuih raya hihihi..
Banyak nak share, slow-slow nieyl update ya..

Pagi ni ada majlis khatam Quran Jabatan..
lepas tu ada majlis penyampaian sumbangan..
minggu ni pun banyak majlis..

ok korang, happy working..


 

19 March, 2025

Menu Berbuka Puasa

by on March 19, 2025

 

Menu Berbuka Puasa | Semangat masak untuk berbuka puasa masih lagi tinggi ni, kali ini nieyl masak ikan kembung asam pedas, meggi goreng dan lempeng cicah sambal tumis. Ada masa memang taknak makan nasi bila berbuka. 

Next day nieyl masak ayam masak kicap, sayur campur dan tempe goreng crispy. Dan lain-lain tu semua jiran sedekah..dan husband beli dekat bazaar ramadhan. 



Banyak nieyl borong

by on March 19, 2025

Banyak nieyl borong | Dah lama sebenarnya nieyl nak try Kucate ni, selalu masuk dalam bakul je tapi tak beli pun, sebab bila dah gaji ada benda yang lebih penting dari kucate ni yang perlu didahulukan. Kebetulan hari tu sebelum puasa, lalu fyp nieyl, dieorang tengah buat jualan gudang yang terlalu murah harga dia sebab kata pengasas Kucate , lepas ni dah tak ada lagi dah Kucate sebab beliau nak berehat dari dunia niga atas faktor kesihatan.

Bila dah murah tak masuk akal punya harga, nieyl ambil peluang untuk borong seberapa yang boleh mengikut bajet nieyl hehe. Setakat hari ini nieyl dah try 2 flavour yang pada nieyl sangat best dan sedap. nak bancuh pun senang sangat letak air panas sahaja. 

hari tu nieyl try untuk stress, sebelum tidur nieyl minum memang Alhamdulillah nieyl tidur dengan lena tanpa otak berfikir. Bangun sahur pun badan tak lemau-lemau. So, kalau yang ada masalah untuk tidur , bolehlah cuba juga, tengah murah sekarang ni...
 

17 March, 2025

Birthday Gift

by on March 17, 2025

Birthday Gift | Tahun ni birthday nieyl jatuh pada 1 Ramadhan jadi tiada sambut atau pergi makan-makan pun just banyak wish dari kawan2, bos2,kakak2 yang mengenali diri ini. Tahun ni naik lagi satu nombor,tapi jiwa masih muda remaja lagi hehehe. 

Minggu lepas syida wasap masa tu dah kemas-kemas dah nak balik, dia minta singgah tempat dia sebab dia nak bagi barang. Rupanya dia nak bagi gift birthday, dia kata maaf lambat sebab yela awal-awal ramadhan kan sibuk untuk urusan puasa. Tak apa, dah wish pun dah bersyukur orang ingat dekat kita..Selebihnya tu rezeki. Syida bagi nieyl tudung bawal warna purple. Tengah cari baju yang sesuai untuk pakai tudung ni. 

Pada hari yang sama juga, ada seorang pegawai tapi pangkat adik-adik nieyl ni dia wasap dia cakap dia ada order grab untuk nieyl. Nieyl pun terkejut, lorh..apa pula la yang dia grabkan tu sebab masa tu dia dekat KL. 

Dia grabkan sekotak hakkaido untuk nieyl. Pagi tu kebetulan dia minta tolong nieyl dapatkan sign bos nieyl, urgent untuk permohonan waran udara untuk balik sabah raya nanti. Kewangan nak borang tu hari tu juga, yang dia pula dekat KL, jadi nieyl tolong ikhlas sampai nieyl hantar sendiri borang dekat kewangan. Tup-tup dia kata nak balas jasa nieyl. aduhai budak ni...banyak pula tu jadi nieyl cakap dengan dia, nieyl anggap ini sebahagian dari birthday gift la..hehehe...


Dalam 3 jenis cheese tart ni kan, nieyl paling suka onde-onde memang rasa dia macam kita makan onde-onde tu tau. sedap..Terima kasih pada mereka yang tak pernah lupa dekat nieyl..semoga mereka juga dimurahkan rezeki selalu..Amin


 

Menu Berbuka Puasa

by on March 17, 2025


Menu Berbuka Puasa | Hari ini sudah Ramadhan ke 17 kan, dah separuh bulan dah rupanya kita berpuasa. Alhamdulillah, nieyl masih berjaya menahan diri untuk menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan tahun ni setakat hari ini. Boleh dikata setiap hari nieyl balik kerja awal, terus masuk dapur untuk siapkan juadah berbuka. Nieyl pun dah tak ingat yang atas ni juadah berbuka ramadhan ke berapa. Tak apalah nieyl share jela ya.. 

Nieyl teringin nak makan ayam baker Cottage,jadi nieyl beli 2 ekor dan potong-potong bagi pada jiran-jiran sepinggan. Lepas tu abg nieyl ada bagi murtabak dan nieyl goreng sayur dan ikan masin je. Itupun kenyang makan ayam sahaja. 



Other day tu nieyl teringin nak makan kuey teow goreng gerang. Pergi pasar beli kerang sekilo RM14, lepas tu husband pula nak makan sotong sambal. Biasanya kalau weekend nieyl akan masak extra sikit sebab banyak masa dekat dapur. Kuih muih biasanya abang-abang nieyl beli bagi dekat rumah. Husband pulak kalau dia rasa teringin nak makan apa-apa dia akan pergi bazaar, tapi nieyl tak suka kalau dia pergi sebab dia akan beli makanan banyak ,kang tak ada siapa yang makan. 

Korang kalau nak tahu, kuey teow gorang tu nieyl first time masak hahaha..nieyl memang tak berapa pandai sangat masak kuey teow sebab takut hancur ataupun lembik . Tapi Alhamdulillah..menjadii hehehe..

 

Pagi Lagi Dah Lagu Raya

by on March 17, 2025


Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Start semalam lagi radio dah mula pasang lagu raya kan..
Buka radio sana sini lagu raya..
Sekejap je hari ni dah masuk minggu ke 3 kan..
next week last minggu kita berpuasa..

Hari ini pun nieyl dah contact customer2 yang order ketupat palas nieyl..
Hari ni untuk buat full payment. 
Alhamdulillah, tahun ni order nieyl dah melepasi target nieyl setiap tahun...

next week start untuk delivery..

Happy working semua...

 

14 March, 2025

Salam Jumaat

by on March 14, 2025


Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..Salam Jumaat...

Semoga Allah permudahkan apa sahaja urusan kita semua..
Happy working untuk yang bekerja..
Jangan lupa surah Al- Kahfi hari ini ok..