03 December, 2015

Perkembangan diri sendiri

by on December 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lama tak story pasal diri sendiri kan...
Ada ke orang nak tahu..
Tak kisah la nak tahu ke idakkan...

Alhamdulillah...kehidupan berjalan dengan lancar..
walaupun kadang² ujian dan dugaan tu tiba tanpa di duga...
Hadapi dengan sebaik mungkin...

Tinggal beberapa hari sahaja..
nieyl akan mengucapkan good bye kat office nie...
sebab setakat ini memang tak ada apa² berita baik di terima...
Tak apa...mungkin ada rezeki yang lebih baik lepas nie kan...:)

Ada orang tanya..sejak bila jaul shaklee...
Actually dah lama dah..cuma sebelum nie hanya rakan² rapat je...
alhamdulillah..bukan mudah untuk berjaya...
perlukan usaha dan kerja keras..
yang penting ikhlas :)


Kalau ada sesiapa nak bertanya tentang produk² shaklee...
boleh whatsapp nieyl...atau hubungi rakan² blogger yg menjual shaklee jugak..

Fb Page : Cinta Vita Nieyl
-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tentang Kawan

by on December 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Rasanya kita semua ada kawan yang bermacam² perangai kan...
Termasuklah diri nieyl sndr...
sebab itu kita boleh berkawan tetap jangan mudah bercerita
hal peribadi kepada orang lain :)

-LOVE nieyl-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

02 December, 2015

Giveaway Disember 2015 Cash RM500 by Emas Putih

by on December 02, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Penggemar Badam,Meh baca

by on December 02, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Banyak produk kecantikan menggunakan badam sebagai salah satu kandungan utama.
Selain variasi nutrisi seperti vitamin A, B dan E, minyak badam juga mengandungi asid lemak yang memiliki kemampuan mengembalikan kelembapan alami kulit.

1. Wajah awet muda
Salah satu fungsi minyak badam adalah untuk melancarkan peredaran darah. 
Apabila minyak badam dioleskan pada wajah yang telah dibersihkan ia 
dapat mengurangkan kerutan dan garis penuaan yang biasanya muncul 
di sekitar mulut dan mata. Minyak badam juga berfungsi sebagai pembersih solekan, 
sekali gus dapat menegangkan kulit yang kendur. 

2. Mata panda
Atasi lingkaran hitam di sekitar mata dengan mengoleskan secara menipis minyak badam
di sekitar mata sebelum tidur pada malam hari secara teratur.
Berikan urutan ringan menggunakan jari manis dan biarkan semalaman.
Keesokannya, kulit pasti terasa kenyal dan terhidrat.


3. Selamat tinggal kulit mati
Atasi kulit yang terlihat kusam dengan perawatan skrub alami menggunakan minyak badam. Caranya, campur minyak badam dengan sesudu susu, sedikit perahan lemon dan gula. Sapu ke seluruh permukaan kulit dan beri urutan lembut dengan gerakan membulat agar kotoran dan sel kulit mati disingkir sempurna. Biarkan beberapa saat sebelum dibilas dengan air suam.



4. Rambut indah alami
Bagi yang bermasalah rambut kelemumur dan kulit kering, 
sapukan minyak badam pada helaian rambut dan kulit kepala dalam keadaan basah 
dan urut secara perlahan. Ingat, usah terlalu banyak dan biarkan selama 15 minit, 
lalu bilas dengan syampu dan air. 

Umumnya kelemumur akan berkurangan selepas tiga kali rawatan. 
Minyak badam juga berfungsi sebagai pupur alami yang cukup praktis. 
 Caranya, tutup rambut yang telah disapukan sedikit minyak badam dengan topi plastik
 (‘shower cap’) dan biarkan beberapa saat. Kemudian bilas dengan air sejuk. 
Lakukan perawatan ini seminggu sekali untuk memperbaiki tekstur rambut.

5. Penyelamat bibir pecah-pecah
Sapukan minyak badam setiap pagi, sebelum anda memulakan solekan
bibir agar bibir tidak pecah-pecah dan kekal hidrat.
Minyak badam juga dapat mencerahkan warna
permukaan kulit bibir hingga bibir terlihat lebih segar.

Vita E shaklee juga mengandungi badam...
lepas amalkan Vitamin C ,skrg nie nieyl dengan en.husband amalkan
makan vitamin E pula :)


Selamat Mencuba


-LOVE nieyl -



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

01 December, 2015

Belanja Ikut Kemampuan

by on December 01, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dalam hal perbelanjaan, kia dan pasangan perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan kerjasama dan sefahaman agar bajet perkahwinan tidak melebihi kemampuan. Oleh itu, pastikan kita tahu bagaimana untuk mewujudkan bajet perkahwinan secara bijak.


Perbincangan Bersama 
Hanya kita dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing. Justeru, berbincanglah dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian, jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama.

Tema 
Klasik, romantis, kontemporari, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman, cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah. 

Jemputan 
Senaraikan jumlah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat. 

 Pakaian 
Pastikan pakaian sesuai dengan lokasi dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja. 

Makanan 
Bincang bersama keluarga sama ada memilih katering atau bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih katering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat katering bagi mengenal pasti katering yang tepat. 

 Agihan Perbelanjaan
 Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan siapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, cenderahati, kad jemputan, bunga telur dan sebagainya.

 Tetapkan Bajet
 Bagi Setiap Perbelanjaan Bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelanjaan anda. Misalnya, barangan hantaran (RM2,000) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1,600), katerer (RM12,000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM4,000), cenderahati dan bunga telur (RM1,500) dan lain-lain (RM2,000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut. 

 Dapatkan Sebut Harga 
Jangan terlau tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, katerer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebagainya. 

 Beli Secara Berperingkat 
Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cederahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk membeli hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan memudahkan anda merancang dan kurang merasai bebanan kewangan.



-LOVE nieyl-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pencarian Sponsor TAMAT!

by on December 01, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah..terima kasih banyak²..
kepada yang sudi menjadi sponsor...

Insya'Allah...nieyl akan update nanti okey...



-LOVE nieyl-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png