05 December, 2025

Salam Jumaat

by on December 05, 2025


Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
hari jumaat rehat lama..
puspanita ada buat game indoor..
kakak opis nieyl bahagian lama nieyl ajak join group dia..
kebetulan esok memang tak ada apa nak buat...
so, nieyl setujuuu...

Doakan group nieyl menang ok..

 

04 December, 2025

Benda-Benda Yang Selalu Ada Dalam Beg

by on December 04, 2025

 

Benda-Benda Yang Selalu Ada Dalam Beg | Setiap kali keluar rumah, ada satu benda yang paling kita orang perempuan ni  tak boleh lupa iaitu beg tangan. Pergilah mana-mana pun beg tangan tak kisahlah sling ke pegang ke kecil ke besar ke ia tetap akan di bawa.. Kali ini nieyl share benda-benda yang ada dalam beg tangan kerja nieyl..

Dalam beg nieyl biasanya ada:
1. Dompet – Tempat segala “identiti” dan kad penting. Ini memang tak boleh tinggal.
2. Lip balm & compact powder – Simple touch-up bila muka dah comot atau bibir kering.
3. Minyak wangi – Penyelamat bila balik dari kedai makan ataupun keluar lunch..spray je..
4. Kunci rumah – Kalau tertinggal… memang menangis.
5. Kunci kereta - Ini kalau tak ada, tak pergi kerja lah
6. Spray serum - my bestfriend sekarang ni..

Walaupun nampak biasa-biasa, tapi setiap satu benda ni memudahkan hari saya. Kadang-kadang, benda kecil yang kita bawa ni lah buat kita lebih bersedia hadapi apa saja kejadian kecil sepanjang hari.

Apa benda paling ‘rare’ atau tak dijangka yang ada dalam beg korang pula?share lah buat entry tag nieyl..

Terima Kasih Mak

by on December 04, 2025


Terima Kasih Mak | Bila demam atau tak sihat, seluruh badan rasa lemah. Tapi bila mak masakan bubur hati terus rasa lega. Walaupun Bubur kosong, sup kentang dan ayam goreng tapi penuh dengan kasih sayang. Kadang-kadang, ubat terbaik bukan pil… tapi masakan mak yang buat kita rasa dijaga dan disayangi. Hargai ibu semasa mereka masih ada bersama, dan pada ibu -ibu yang telah tiada, kita sedekahkan Al - Fatihah dan insyaÁllah kasih sayang ibu kita sampai ke Syurga..♥
 

Blog Performance

by on December 04, 2025

 

Blog Performance |  semalam nieyl MC sambil baring tu buka tab saje konon nak layan korea, sudahnya buka blog, BW sikit-sikit lepas tu singgahlah blog Linda , nampak dia post pasal blog performance ni, bukan kata dia je terpengarah, dengan nieyl sekali sibuk nak buat juga ala..ini suka-suka je ok.

Ha..amekaw!A sis hahaha..template ni nieyl tak ingatlah rasanya nieyl tempah dan beli rasanya lebih 10 tahun yang lepas rasanya,zaman tukar-tukar template dulu. Cuma nieyl tukar font sendiri, ikut color yang nieyl suka dan juga header juga nieyl suka tukar-tukar hahaha...

Korang, kalau tak ada modal nak buat entry tu bolehlah try tengok performance blog korang pula di https://gtmetrix.com/

Good Morning

by on December 04, 2025

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Baru 2 hari tak masuk ofis..
Rasa rindu suasana ofis..

Syukur Alhamdulillah..
Hari ni nieyl Rasa lebih sihat..
dari isnin Dan semalam..

So, pagi ni nieyl nak kena clearkan pc..
Anytime je jadual keluar,
Kena pulangkan pc..
Kontrak syarikat dah tamat..

Untuk kontrak Baru..
Insya'Allah no pc,no monitor...
Semua akan diberikan notebook/laptop..
Lecehnya lah Rasa nak angkut hari-hari hihi...

Ok la happy working semua...

 

03 December, 2025

Good Morning

by on December 03, 2025

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Terima kasih semua doakan kesihatan nieyl..
Hari ni MC lagi cuma tinggal batuk can selsema je..
Insya'Allah esok day boleh kerja..

Happy working semua...

 

02 December, 2025

Satu Perkara Kecil Yang Buat Saya Senyum Hari Ini

by on December 02, 2025

 

Satu Perkara Kecil Yang Buat Saya Senyum Hari Ini | Hari ini adalah hari isnin dan 1 Disember hari pertama di bulan baru. Celik-celik mata dari tidur, tengok handphone dan nampak whatsapp suami tercinta,ada satu perkara benda yang berjaya tarik senyuman nieyl dan seluruh mood hari isnin menjadi happy hahaha..husband nieyl share resit transfer monthly, walaupun tak meriah macam datin-datin tapi syukur Alhamdulillah..

Kadang-kadang, benda yang kecil macam ini pun boleh ubah mood satu hari tau tapi sebenarnya perhatian yang kecil pun boleh buat jiwa rasa dihargai.

Itulah perkara kecil yang buat nieyl senyum hari ini ,satu mesej pendek yang tiba pada waktu yang tepat.

Semoga esok ada lagi momen kecil yang baik untuk kita semua.

Good Morning

by on December 02, 2025



Assalamualaikum..
Selamat pagi selasa..
hari ni nieyl MC sebab dari semalam tak berapa sihat..
dari sakit tekak sabtu , bila dah baik, 
ahad start batuk dan selsema..
bawa ke hari isni, memang merimaskan..
dekat pejabat batuk, selsema..
bos pun cakap macam teruk ..
Jadi, hari ni kita MC sehari untuk makan ubat dan rest dekat rumah..
Esok InsyaÁllah kembali bekerja dengan badan yang sihat...

Korang pun take care ye..
musim-musim hujan ni kan..

Happy working...

 

01 December, 2025

Menu Masakan Weekend

by on December 01, 2025

 

Menu Masakan Weekend | Alhamdulillah sejak mak dah sihat kembali, hari bekerja mak nieyl kan masak dan weekend nieyl pula akan masak dekat rumah. So, hari sabtu nieyl pergi beli barang yang nak masak je untuk hari sabtu dekat kedai aceh sebab ahad nieyl nak pergi topup lauk pauk seminggu. Nieyl masak simple ikan kembung bakar, air asam dan sayur taugeh tumis je..

Hari ahad pula, balik pasar nieyl terus masak untuk lunch iaitu terung berlada ikan bilis. Sumpah sedap!hihihi..nieyl memang suka terung masak berlada macam ni..dia jangan kering sangat dan jangan basah sangat, just nice je..

Takkan makan sambal terung dengan nasi putih je kan, nieyl masak sup ayam bahagian tulang-tulang sahaja campur dengan kentang. Memang layan makan tengah hari. Baru hari isnin dah fikir weekend ni nak masak apa pula..hehehe

Morning Routine Ringkas Yang Bantu Mood Positif

by on December 01, 2025

 

Morning Routine Ringkas Yang Bantu Mood Positif | Pagi adalah segala-galanya yang menentukan mood kita sepanjang hari.  Setiap manusia ni rutin dia berbeza mengikut masa dan kesempatan yang ada.  Inilah beberapa rutin pagi mudah yang nieyl buat setiap hari, boleh dikatakan hampir sama setiap hari kecuali hari cuti. 

Bangun Dengan Perlahan dan Sedar

Nieyl akan ambil masa untuk bangun dari katil. Sebab itulah nieyl akan kunci jam setiap 15 minit dari pukul5.30 pagi. Bila dah bangun, nieyl akan duduk sekejap tarik nafas dan bagi mata tu buka besar-besar, baru nieyl akan buat benda lain.  Nampak macam kecil, tapi ia bantu elak rasa kelam-kabut dan memulakan hari dengan lebih teratur. Tapi kalau terlewat bangun, sendiri mahu ingatlah tak ada masa nak duduk terus capai tuala , masuk bilik air dan mandi.

Prep Muka dan mula make up untuk pergi kerja

Nieyl bukan jenis kaki make up tebal-tebal tu, make up niey pergi kerja pun simple sahaja asalkan cantik, simple dan kemas. 

Susun Katil

Walaupun nampak remeh, kemas katil boleh beri rasa ‘siap satu tugas’. Ia bagi semangat awal untuk teruskan hari dengan teratur. Kerja ni selalunya husband nieyl yang akan buat, nieyl buat sesekali sahaja untuk kemas katil..

Buka Tingkap dan Dapatkan Cahaya Semula Jadi

Cahaya pagi sentiasa beri rasa segar. Sekeliling rasa hidup, dan mood pun automatik jadi lebih cerah. Setiap pagi nieyl memang akan pastikan tingkap bilik di buka dan langsir di sangkut kemas.

Salam Suami dan Mak

Yang paling mempengaruh mood nieyl adalah kalau terlupa salam dua insan tersayang ni. Ha..memang hati tak tenang. Jadi, setiap kali sebelum keluar pergi kerja nieyl akan pastikan nieyl salam, cium mereka berdua. Ini yang paling MOOD ONZ sepanjang hari..

Akan datang kalau dah ada anak, mungkin rutin tu akan berubah dan takkan sama dah betul tak.. Apa-apa pun rutin kita, yang penting boleh bagi kita MOOD yang terbaik sepanjang hari..Okay!

Setiap kali balik pasar, mesti singgah

by on December 01, 2025

Setiap kali balik dari pasar sabtu ke atau ahad pagi..
nieyl mesti akan singgah kedai ni pekena Bihun Sup ataupun Kuey Teow Sup Daging..
boleh dikatakan setiap minggu hahaha..
Tak tahu la kenapa..
kadang-kadang masa order tu akan cakap..
nak daging lebih ya..hehehe..
tapi daging dia memang meriah ya..banyakk...
puaslah.. kadang-kadang nieyl tukar juga menu nasi lemak ayam rempah..
ataupun nasi kerabu daging bakar ke ayam bakar ke lemak bakar ke..

Hello Monday

by on December 01, 2025


Assalamualaiku...
dua hari cuti rasanya macam tak cukup je kan..
tahu-tahu eh..dah isnin...

Nieyl doakan Isnin kita semua dipenuhi semangat,
dipermudahkan urusan, dan dihiasi hal-hal kecil yang membuat kita tersenyum.
Mari mulakan minggu ini dengan niat yang baik dan hati yang lapang..