13 November, 2025

Bubur Berlauk Paling Meriah dan Murah

by on November 13, 2025

Bubur Berlauk Paling Meriah dan Murah | Puspanita opis nieyl akan ada jualan sebulan 3 kali. Walaupun tak meriah seperti kementerian lain dekat putrajaya, tapi masih ok lah ada macam-macam gerai yang di buka dari makanan minuman sampai ke pakaian. Antara yang paling nieyl suka adalah gerai yang jual bubur berlauk. Korang tengoklah atas meja tu semua lauk ada, nieyl suka bubur berlauk dia sebab banyak, meriah , sedap, pedas dan murah.


Meh, zoom sikit ada apa dalam bubur ni. Kangkung, daging, ayam, telur masin, paru, ikan bilis lepas tu ada letak chili flake, minyak bijan, bawang goreng, daun bawang..cuba teka berapa??harga dia RM10 je, kalau makan ni semangkuk memang kenyang ya..

Waktu gaji nanti 25 Nov ada sekali lagi jualan. Dah lama juga nieyl tak makan bubur ni, saja tak nak beli nak bagi rindu-rindu dulu baru best kan..
 

Matching- matching sama warna

by on November 13, 2025

 

Matching- matching sama warna | Anak buah nieyl yang paling bongsu setakat ini. Rayhana dah setahun 5 bulan. Bila dah besar ni macam-macam dah pandai. Meragam pun boleh tahan ya. Jenis yang kalau nak sesuatu tu, kita tak bagi, dia akan nak juga dengan bermodalkan menangis hahaha.. Memang ratu drama betul budak sorang ni. 

Contoh dia tunjuk nak biskut lemak, kita pun ambil lah patahkan supaya senang dia nak makan kan, dia taknak yang kita patahkan tu dia dia lari sambil menangis tunjuk protes, bila kita bagi sekeping cantik tu baru dia datang ambil makan. aduhaiii...

Bijak betul budak sorang ni. Lepas tu dia suka dengar lagu Intro Upin Ipin. Kalau dengar je dia akan goyang-goyang badan , kepala , kaki dia tapi bila habis lagu tu dia akan suruh kita ulang balik lagu intro tu hahaha..Pernah nieyl kena mainkan lagu intro tu lebih 10x hahaha..

Budak bijak ni semoga membesar dengan baik. Menjadi anak yang solehah dan sentiasa taat pada Allah, ibu bapa dan menghormati orang tua. Setiap hari pukul6.30 dia akan sampai rumah nieyl, main-main lepas maghrib baru balik rumah. 

Good Morning

by on November 13, 2025

 


Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam...
khamis dah hari ni kan...
sedar tak sedar..kita ni kurang dari 100 hari nak sambut ramadhan kan..
minggu depan plan nak sambung ganti puasa...
korang yang kaum hawa dah habis ganti belum...
klu dah habis, bagus ...
klu tak habis, moh kita ganti..

12 November, 2025

Evolusi kad pengenalan

by on November 12, 2025

 

Evolusi kad pengenalan | Tadi nieyl singgah blog PH baca entry tentang kakak buat IC. Terus nieyl teringat zaman nieyl masa umur 12 tahun , ayah nieyl bawa naik motor pergi buat IC dekat Pejabat Pendaftar  Daerah ke Jabatan Pendaftaran Daerah lebih kurang. Maaf ya dah lupa.. Masa tu kad pengenalan pertama nieyl kad pengenalan yang tahun 1999 tu..( Rujuk gambar di atas) . Ha nieyl merasa guna kad pengenalan tu tapi tak lama pada tahun 2001 kena tukar kepada Mykad dan 2012 sekali lagi tukar Mykad yang sekarang ni.

Tapi sebenarnya zaman jepun lagi kita ada identiti kad cuma bukan kad dia kertas yang ada cap jari dan gambar dan zaman bertukar zaman sekarang ini kita ada identiti kad yang lebih canggih dan lebih selamat..InsyaÁllah...

Kerabu Ikan Bilis Labuan

by on November 12, 2025

 

Kerabu Ikan Bilis Labuan | Minggu lepas bos no.2 nieyl bagi nieyl ikan bilis labuan. Kalau sebelum-sebelum ni nieyl pernahlah dengar dan rasa ikan bilis tanjung dawai yang popular tu kan ada yang mata biru. First time nak rasa yang Labuan punya ikan bilis. Bos nieyl kata sekarang ni dia guna ikan bilis labuan sahaja , dah tak beli yang lain sebab dia kata pernah pergi dekat kilang proses ikan bilis labuan ni , dia tengok sendiri keadaan kilang tu bersih dan dia terus lock ikan bilis labuan ni..

Kebetulan minggu lepas dia order dengan ex-staff dia yang jual ikan bilis labuan ni, bos nieyl bagi dekat nieyl sikit untuk rasa. Jadi, weekend baru ni nieyl masak kerabu ikan bilis versi nieyl tanpa sos ikan. Kalau ada sos ikan dia lagi sedap lah, sebab nieyl alergik so, no more sos ikan ya..

Bahan-bahan
  • Bawang mereh -dihiris
  • Tomato-dihiris
  • cili api-dihiris
  • bunga kantan-dihiris
  • Ikan bilis ( goreng garing)
  • Gula 
  • garam
  • Pak aji sikit
( kalau nak letak daun ketumbar pun boleh)

Cara memasak 
  • Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali ikan bilis, ikan bilis masukkan yang terakhir sekali supaya kekal rangup masa makan..

Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl

by on November 12, 2025
Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl | Dekat ofis kena buat ujian psikologi , nak tengok tahap psikologi kita. Jawab dengan jujur dan pastikan baca soalan tu dan fahamkan baru jawab. Bila dah jawab semua soalan yang ada. Dia akan berikan result kita terus. Ada 3 tahap Tinggi, sederhana dan rendah. 

Markah nieyl : 9.36

Apa yang penting, kita kena sentiasa berfikiran positif. 
Selagi kita bernafas, kita akan sentiasa di uji dalam pelbagai ujian..
Nieyl setiap malam sebelum tidur berdoa, semoga bangun pagi nieyl nak dengar suara mak, tengok muka mak..walaupun nieyl tahu, hari itu akan tiba tapi nieyl sedaya upaya berfikir positif dan sedaya upaya lalukan semuanya untuk mak..

Korang,sentiasa doakan kesihatan mak nieyl ya..terima kasih semua...



 

Stay Positive

by on November 12, 2025

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Selalu dengar perkataan ni Stay Positive...
nieyl pernah berada dalam situasi yang mana hilang rasa positive dalam fikiran..
ketika itu apa sahaja benda yang positive yang didengar..
bertukar menjadi negative..

Keadaan itu sangat bahaya tau korang..
sebab itu sekarang ni nieyl cakap dengan diri nieyl..
nieyl nak hidup dengan happy..
nieyl nak selalu stay positive...
walaupun susah selagi ada IMAN dalam diri..
INGAT ALLAH..insyaÁllah kita semua boleh..

Happy working semua...

11 November, 2025

Itulah sweet sangat

by on November 11, 2025

Itulah sweet sangat | sebelum lunch tadi nieyl pergi pantry top up air kosong. Balik ke bilik tiba-tiba ada bungkusan Richiamo atas meja. Tak ada nota, tak ada orang whatsapp. 5 minit juga fikir siapa pula yang bagi ni. Cuba jugalah PM sorang-sorang yang selalu kongsi rezeki dengan nieyl. Semua kata tak ada. Sampai dah tak boleh nak fikir dah siapa.

Nieyl terus tepek dekat status whatsapp sebab status whatsapp ni mejoriti semua orang akan buka tengok termasuklah pegawai-pegawai, bos-bos nieyl. Tiba-tiba...ada orang mengaku..korang tahu siapa??

Bos no.2 nieyl hahaha.. tak terfikir pula sebabnya bos kata nak pergi bengkel sebab itula tak syak dia pun. Saja je nak sweet-sweet dengan PA dia. Dia tahu kalau nieyl tak tahu siapa bagi, memang tak makan la , nasib baik dah terjawab.. Alhamdulillah..dapat bos yang baik itu adalah rezeki....

Bos no.2 nieyl ni dia cakap dia tak nak gemoks sorang-sorang, nak kena ada geng hahaha..PA lah jadi mangsa , selalu bagi makanan... Terima kasih bos..

Dia dah sampai ofis dah

by on November 11, 2025

 

Dia dah sampai ofis dah | Semalam kebetulan bos  nieyl bengkel 2 hari, jadi bolehlah nieyl mengemas sikit-sikit deco workstation nieyl ni. Sementara nak buat deco tahun baru 2026 nanti kan, kita sisih dulu mana yang dah tak guna tu. 

Nieyl ada add on collection brick lego yang dah lama nieyl buat, ada dekat rumah tersimpan dalam kotak je. Semalam nieyl bawa semua pergi pejabat untuk letak hiasan sementara dekat pejabat. Bila dah susun macam ni cantiklah pula kan. Bolehlah mengantuk-mengantuk tengok benda yang cantik, segar mata tu..hehehe...



Good Morning

by on November 11, 2025


Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Pagi tadi nieyl sempat masak mee goreng basah untuk mak
dan nieyl bawa bekal sikit...

korang dah breakfast ke?
breakfast apa hari ni?

10 November, 2025

Awal pagi rezeki masuk

by on November 10, 2025

 

Awal pagi rezeki masuk | awal pagi lepas sampai pejabat, nieyl pergi bilik bos nieyl yang no.2 nak hantar bawang goreng yang dia order. Biasalah bila dah berjumpa tu, ada je benda yang nak di sembang walaupun sekejap. Puan kata badan dia sakit-sakit sebab weekend pengurusan nieyl ada team building dekat Shah Alam..Sian bos nieyl, lepas tu terus bagi nieyl voucher Aeon 2 keping dekat nieyl, dia dapat masa team building. Alhamdulillah, bolehlah nanti nieyl guna nanti sebab dah lama juga tak pergi cuci mata dekat aeon ni. 

Nieyl tak tahulah eh pertama kali nieyl dengar doa ni,doa ni sentiasa melekat di hati dan kepala nieyl. Nieyl suka dengan doa yang neolofa share dan kita pun boleh amalkan bersama. 

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan bila ada rezeki lebih jangan berkira dalam bersedekah dan membantu orang lain sebab setiap rezeki yang kita dapat ada juga rezeki orang lain dalam rezeki kita itu okay...selamat beramal..

Rinduuu blogging

by on November 10, 2025


Assalamualaikum...
Jangan cakap nieyl tak rindu nak menulis entry dalam blog..
rindddduuu gila tapi itulah kekangan masa..
masa nieyl banyak tertumpu pada kesihatan mak dan husband sebulan aritu...

Tapi Alhamdulillah..
now semua nya baik-baik sahaja...