Menu Diet Atkins Hari Ini
by
Nieyla Nadia
on
May 05, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Menu Diet Atkins | Pagi tadi tersedar awal 5.30 pagi, terus² menuju ke dapur dan buka peti ais keluarkan apa yang nak dimasak untuk bekalan ke pejabat hari ini. Disebabkan semalam dah bawa bekal roti,so..hari ini no roti again. Kita masak benda yang mudah dan cepat iaitu sosej bakar + scrambled eggs + salad.. Ada orang tanya, nieyl makan salad hari² tak muak ke? so far,nieyl belum muak lagi,masih boleh telan sebab salad nieyl akan makan bersama mayonis salad so,akan rasa masam² sikit sedap tau...kalau tak silap nieyl jenama lady'choice.
Simple breakfast untuk pagi nie, Alhamdulillah..kenyang..jam 11.40 perut masih ok lagi..tak ada lagi bunyi minta makan..hihi..cuma sebelum selepas bangun pagi nieyl amalkan minum air suam segelas dan sebelum pergi kerja,minum segelas susu ESP shaklee.. Lepas jam 8 baru nieyl breakfast bekalan yang nieyl bawa.. :)Kalau tadi kita dah bebel pasal breakfast,so..atas nie pula menu untuk lunch nieyl hari ini..Disebabkan tersedar awal kita boleh buat ayam bakar sikit,seperti biasalah selain salad..nieyl akan makan timun jepun.
Untuk pengetahuan korang, Timun adalah salah satu sayuran yang kaya vitamin C (antioksidan), mangan, folat (mengurangi risiko penyakit jantung dan depresi), serat, magnesium, klorofil, serta lutein. Timun juga dapat menjaga kesehatan pencernaan. Tingginya kadar air pada mentimun dapat menyegarkan tubuh..
Makaroni nie bukan menu pagi ini, ini petang semalam kak ipar nieyl hantar kat rumah,bagi rasaa... hmm..sedap memang sedap lelagi ada cheese kan..kalau ikutkan nafsu makan nieyl petang semalam memang boleh habis 1 bekas nie, tapi nasib baik sedar diri cepat..makan 3 sudu..lepas tu sedekah kat anak² buah...
Ha..oklah itu je nak share pasal bekalan nieyl hari ini..sesiapa yang nak start Diet Atkins nie, please jangan sesekali skip nasi okey..paling sikit pun lunch 2 or 3 sudu nasi sahaja. :) Diet Atkins dengan lebih selamat dan jimat :)..Nanti nieyl share lagi...