Showing posts with label Resepi ala diet atkins nieyl. Show all posts
Showing posts with label Resepi ala diet atkins nieyl. Show all posts

05 May, 2016

Menu Diet Atkins Hari Ini

by on May 05, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Menu Diet Atkins | Pagi tadi tersedar awal 5.30 pagi, terus² menuju ke dapur dan buka peti ais keluarkan apa yang nak dimasak untuk bekalan ke pejabat hari ini. Disebabkan semalam dah bawa bekal roti,so..hari ini no roti again. Kita masak benda yang mudah dan cepat iaitu sosej bakar + scrambled eggs + salad.. Ada orang tanya, nieyl makan salad hari² tak muak ke? so far,nieyl belum muak lagi,masih boleh telan sebab salad nieyl akan makan bersama mayonis salad so,akan rasa masam² sikit sedap tau...kalau tak silap nieyl jenama lady'choice.

Simple breakfast untuk pagi nie, Alhamdulillah..kenyang..jam 11.40 perut masih ok lagi..tak ada lagi bunyi minta makan..hihi..cuma sebelum selepas bangun pagi nieyl amalkan minum air suam segelas dan sebelum pergi kerja,minum segelas susu ESP shaklee.. Lepas jam 8 baru nieyl breakfast bekalan yang nieyl bawa.. :)
Kalau tadi kita dah bebel pasal breakfast,so..atas nie pula menu untuk lunch nieyl hari ini..Disebabkan tersedar awal kita boleh buat ayam bakar sikit,seperti biasalah selain salad..nieyl akan makan timun jepun.

Untuk pengetahuan korang, Timun adalah salah satu sayuran yang kaya vitamin C (antioksidan), mangan, folat (mengurangi risiko penyakit jantung dan depresi), serat, magnesium, klorofil, serta lutein. Timun juga dapat menjaga kesehatan pencernaan. Tingginya kadar air pada mentimun dapat menyegarkan tubuh..


Makaroni nie bukan menu pagi ini, ini petang semalam kak ipar nieyl hantar kat rumah,bagi rasaa... hmm..sedap memang sedap lelagi ada cheese kan..kalau ikutkan nafsu makan nieyl petang semalam memang boleh habis 1 bekas nie, tapi nasib baik sedar diri cepat..makan 3 sudu..lepas tu sedekah kat anak² buah...

Ha..oklah itu je nak share pasal bekalan nieyl hari ini..sesiapa yang nak start Diet Atkins nie, please jangan sesekali skip nasi okey..paling sikit pun lunch 2 or 3 sudu nasi sahaja. :) Diet Atkins dengan lebih selamat dan jimat :)..Nanti nieyl share lagi...



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

29 April, 2016

Resepi Ayam Bakar Diet Atkins by nieyl

by on April 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ayam bakar by nieyl | Sejak berdiet Atkins (DI) nie, sememangnya banyak makan makanan yang tidak berminyak, kalau nak beli makanan DI tu faham² lah harga dia kan. Jadi, memang kena belajar masak sendiri di rumah untuk langkah penjimatan. 

Alhamdulillah, setakat last week timbang ada penurunan 4kg dlm masa 2 week. Ada rakan² yang minta share setiap resepi DI kat blog..Aduh, malulah..kita masak pun main² campak saja sebab sendiri yang nak makan kan.

Kepada yang nak start DI tu, jangan sesekali paksa diri. Dan jangan la ikut sangat DI yang orang putih tu, kita DI cara orang melayu ya. Sebab DI nie kadang kala tidak sesuai dengan badan kita. Nanti entry lain nieyl story sikit aktiviti yang nieyl buat untuk diet nie okey!

Ok,ini resepi pertama DI yang nieyl nak share..simple..sedap!haha..puji diri sendiri..

Bahan²
Ayam
Blackpaper
Garam
Lada sulah
Oregano
Maggi cukup rasa (xnak pun tak apa)
Sos tiram
Madu
 Blackpaper + GaramLada + sulah + Oregano +Maggi cukup rasa 
 Tambahkan sos tiram dan madu sedikit sahaja
 Nieyl tak suka gaul dengan tangan sebab ada blackpaper, nanti tangan panas..Apa yang nieyl buat, nieyl tutup dan shake..shake...shake..hahaha..bila buka dia dah sekata nampak tak?dah mesra gitu.. Simpan dalam peti sejuk area bawah saja, dalam 30 minit macam tu..lepas tu baru grill ok :)
Ok ini lah hasilnya, sori ayam tak berapa nak lawa sangat sebab nieyl buang kulit ayam tu..sebab tu nampak hitam². Actually nak bagitahu yang nieyl grill ayam nie x pakai oven ataupun magic pan tau..nieyl just pakai kuali yg nieyl beli di Go Shop . Sangat best,tidak melekat langsung dan yang penting bahagian dalam ayam masak dengan sangat sempurna tau.. eh..terpromote pula..:P

Oklah itu sahaja nieyl nak share untuk first resepi ala diet atkins nieyl :)

Jumpa next entry :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png