30 July, 2025

Tema Emerald Green

 

Tema Emerald Green | Alhamdulillah, akhirnya dapat juga nieyl tengok dua-dua anak buah nieyl di atas pelamin. Majlis sambut menantu belah lelaki pada hari sabtu lepas di dewan Cyber Event Hall . 

Kenangan family nieyl yang dapat join pada hari sabtu lepas. Actually besar lagi family nieyl ni cuma ada beberapa family tak dapat join atas urusan lain. Ini pun dah meriah dah atas pentas tu. 
Semua yang ada dalam gambar atas ni, anak-anak buah nieyl tu dan yang paling kecil tu cucu nieyl paling bongsu. Di Majlis bertandang tu, tempat duduk nieyl telah di tagging ya nieyl pun terkejut hahaha..kiranya special seat la hehehe.. Meja nieyl adalah meja VIP bersama parents pengantin. 

Sepanjang majlis, ada persembahan khas dari Penyanyi Haziq Rosebi ala yang nyanyi lagu lemak manis tu la, dia buat persembahan sebanyak 6 buah lagu tak silap nieyl. Disebabkan duduk Meja Vip kan, nieyl kena tarik oleh penari untuk menari lagu joget ya kawan-kawan hahaha..nieyl ada share dekat IG.. aduhai sungguh malu ya...

Untuk doorgift bagi meja VIP kita dapat dalam bag ni. Sekali telek tu nampak macam penuh barang dalam tu. Jom nieyl share apa yang ada dalam bag tu. Manalah tahu, nanti korang ada idea nak bagi doorgift kan.

Ada 5 barang dalam bag vip tu, ada tisu corak buah tembikai, bunga telur masin, perfume kereta, kuih tart nanas dan kek coklat. Meriah kan..Alhamdulillah..

Terasa lega bila semua majlis dah selesai. Next ni nieyl ada 2 lagi majlis untuk tahun ni. Anak buah nieyl ( anak abg sulung) InsyaÁllah bulan 10 ni nak melangsungkan pertunangan dan adik ipar nieyl ( bongsu) pada bulan 12 akan melangsungkan majlis pernikahan dan perkahwinan..Pernuh jadual nieyl tahun ni hehehe..

10 comments:

  1. Alhamdulillah dh selesai..Luas betul pelaminnya...=)

    ReplyDelete
  2. Banyak projek, busy la Nieyl ye...
    Majlis besar ni ye, ada jemput HR nyanyi lagi.
    Tahniah sekali lagi utk Bella & pasangannya

    ReplyDelete
  3. semoga kedua mempelai berbahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  4. cantiknya...naik seri ....cyber event hall tu dekat mana?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..selesai dah majlis nya..moga kekal bahagia selamanya..aamiin
    meriah goodies, mcm2 ada

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, meriah majlisnya siap ada artis jemputan...

    ReplyDelete
  7. Sukaaa lah warnanya, emerald green. Warna ini memang vibe dia macam mewah tapi juga teduh. Buat nyaman dilihat.

    Banyak dan baguus goodiebag nya kak. Nampaknya jadi organizer lagi kak nieyls utk 2 majlis akan datang yaa 😉

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)