Showing posts with label Nabila Dah Kahwin 2025. Show all posts
Showing posts with label Nabila Dah Kahwin 2025. Show all posts

31 July, 2025

Nieyl kena menari

by on July 31, 2025

 

Nieyl kena menari | Geram sis!si bella hantar whatsapp gambar nieyl tengah menari hahaha.semalam dia dapat gambar dari cameraman. Aduhai, orang menari lembut je kan ..nieyl dah macam robot rasanya keras. Family semua cakap nieyl sporting, demi kesayangan hati ku redha kena buli hahaha..


Penari tambahan dekat belakang baju biru. Nasib baiklah sekejap je menari tapi berpeluh juga lah ya sebab berdebar ye kawan-kawan menari depan orang ramai.

Masa ni persembahan Haziq lagu ke berapa entah tak ingat, semua lagu-lagu yang dibawa semua irama malaysia, sebab makanan dia sedap suara dia. 

Dua pengantin atas tu bukan main seronok gelakkan nieyl, mentang-mentang dieorang tak kena menari dekat bawah ni, tak apa..ada ubi ada batas, lain hari kita balas hahaha..

30 July, 2025

Tema Emerald Green

by on July 30, 2025

 

Tema Emerald Green | Alhamdulillah, akhirnya dapat juga nieyl tengok dua-dua anak buah nieyl di atas pelamin. Majlis sambut menantu belah lelaki pada hari sabtu lepas di dewan Cyber Event Hall . 

Kenangan family nieyl yang dapat join pada hari sabtu lepas. Actually besar lagi family nieyl ni cuma ada beberapa family tak dapat join atas urusan lain. Ini pun dah meriah dah atas pentas tu. 
Semua yang ada dalam gambar atas ni, anak-anak buah nieyl tu dan yang paling kecil tu cucu nieyl paling bongsu. Di Majlis bertandang tu, tempat duduk nieyl telah di tagging ya nieyl pun terkejut hahaha..kiranya special seat la hehehe.. Meja nieyl adalah meja VIP bersama parents pengantin. 

Sepanjang majlis, ada persembahan khas dari Penyanyi Haziq Rosebi ala yang nyanyi lagu lemak manis tu la, dia buat persembahan sebanyak 6 buah lagu tak silap nieyl. Disebabkan duduk Meja Vip kan, nieyl kena tarik oleh penari untuk menari lagu joget ya kawan-kawan hahaha..nieyl ada share dekat IG.. aduhai sungguh malu ya...

Untuk doorgift bagi meja VIP kita dapat dalam bag ni. Sekali telek tu nampak macam penuh barang dalam tu. Jom nieyl share apa yang ada dalam bag tu. Manalah tahu, nanti korang ada idea nak bagi doorgift kan.

Ada 5 barang dalam bag vip tu, ada tisu corak buah tembikai, bunga telur masin, perfume kereta, kuih tart nanas dan kek coklat. Meriah kan..Alhamdulillah..

Terasa lega bila semua majlis dah selesai. Next ni nieyl ada 2 lagi majlis untuk tahun ni. Anak buah nieyl ( anak abg sulung) InsyaÁllah bulan 10 ni nak melangsungkan pertunangan dan adik ipar nieyl ( bongsu) pada bulan 12 akan melangsungkan majlis pernikahan dan perkahwinan..Pernuh jadual nieyl tahun ni hehehe..

28 July, 2025

Doorgift Untuk Tetamu

by on July 28, 2025

Doorgift Untuk Tetamu | Untuk doorgift tetamu memang plan lama dah nak bagi benda ni, sebab kalau ada lebih kita tuan rumah boleh guna, lagipun kita memang nak bagi benda ini untuk semua tetamu yang hadir bawa balik. Korang boleh teka tak apa yang ada dalam kotak tu?

Actually masa nieyl order benda ni, di sediakan juga kotak cuma nieyl yang tak nak beli sekali kotak sebab siapa yang kenal nieyl, nieyl suka buat sendiri dan suka buat benda yang murah tapi nampak exclusive..Jadi, nieyl beli kotak dekat shoppe dan beli riben sekali untuk letakkan di kotak tu. Oh ye sticker juga kita buat sendiri. 

Rata-rata tetamu yang datang, tertanya-tanya ada doorgift kitaorang ini sebab selalunya orang bagi makanan, barang ke kan yang memang kita boleh agak dah dalam dia, yang nieyl buat ini memang orang takkan dapat teka hehehe, kalau buka mestu cakap wow!serius ar..hehehe...

Meh share cost doorgift 
  1. Barang ( RM3.00)
  2. Kotak ( Rm0.25)
  3. Riben ( Rm0.06
  4. Sticker (RM0.11)
Total : RM3.42/box

Ha..dah dapat teka belum apa yang nieyl letak dalam kotak cantik tu?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



Tada, nieyl letak beras Moghul Faiza Basmathi..
So, boleh balik rumah masak nasi ..

DIY Bunga Penanggah

by on July 28, 2025

 

DIY Bunga Penanggah | Actually kan nieyl punya perancangan awal nak buat sendiri bunga penanggah guna bulu dawai tapi ia proses tu ambil masa untuk siapkan sebab banyak ya..Jadi, nieyl tukar plan untuk buat yang lebih simple, murah dan cepat siap. Kita beli bunga kecil-kecil ni dari Shoppe kalau tak silap nieyl 10 tangkai rm1.57 lebih kurang. Kemudian, nieyl akan ambil 3 tangkai ikatkan sekali dan kembangkan. Potong sikit dawai bawah tu dan gamkan dekat belakang button badge.

Tadaaaaa...simple je kan, tapi cantiikk..nieyl love..kalau nak cantik , tak perlu yang mahal-mahal pun. Yang paling penting pandai pilih dan gayakan. Supaya nampak macam mahal hehehe.. 

25 July, 2025

Kita Hanya Mampu Merancang..

by on July 25, 2025

Kita Hanya Mampu Merancang | Pada 20 Julai, seawal 10.30 pagi kami sekeluarga sampai ke event Hall PICC untuk setup doorgift untuk pada jemputan. Alhamdulillah semua ahli keluarga telah diberikan tugas-tugas masing pada mesyuarat sebelum majlis berlangsung supaya majlis dapat dijalankan dengan lancar dan baik.

Tepat pukul11 tu semuanya dah ready atas meja. Ahli keluarga dijemput untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum jemputan datang. Sebab mereka akan bertugas sehingga majlis selesai. 

Dibahagian pintu masuk disediakan special booth untuk sedara mara, kawan-kawan untuk sampaikan ucapan pada bella dan suami. 

Ni pula photobooth gambar masa bertunang. Biasalah budak-budak sekarang ni semua yang trend dia nak buat hehehe...tak apa la kan, sekali seumur hidup..biarlah dia all out hehehe..


Ada satu lagi phootbooth nieyl tak ada gambar pula, photobooth ni yang paling banyak sambutan dari jemputan. Nieyl yang tengok pun macam happy, lepas makan dieorang sekeluarga boleh bergambar bersama dan bawa balik gambar tu. Ha..nieyl pun galak sungguh amek juga hahaha...


Ok ini outfit nieyl pada majlis persandingan belah perempuan, side nieyl..tema kita nude/ champagne.  Untuk majlis ni papgi-pagi MUA dah sampai rumah untuk make up kan nieyl hahaha..mengalahkan pengantin, hehehe apa salahnya kan, kakak nieyl belanja hihihi..nieyl tadah muka je..hehehe.. special day..

Kesayangan nieyl yang kini berumur 26 tahun. Membesar depan mata nieyl, akhirnya menjadi milik orang. Majlis nikah hari tu perasaan ni bercampur², sedih dan gembira. Tapi nieyl sentiasa pesan dengan bella, nanti bila nieyl dah tua jagalah nieyl sampai bila-bila..hiihihi..
Sebahagian wanita-wanita cantik bersama pengantin hehehe, biasalah perempuan kena lebih sikit.. hehehe..baju family semua ditaja oleh bella..Alhamdulillah...nieyl tak banyak gambar nak share tau, nanti dah dapat gambar official nieyl update..

Korang mesti tertanya-tanya mana pengantin lelaki kan?Macam tajuk nieyl kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Pada majlis ahad tu pengantin lelaki tak dapat hadir sebab pagi tu kena warded. Actually pengantin lelaki tak sihat pada hari jumaat, demam panas dan last kena warded ahad pagi. Jadi, bella kena sanding sorang tapi jangan risau, adik perempuan pengantin lelaki mengiringi bella di pelamin dan makan beradab. 

Apa-apa pun doakan semoga suami bella kembali sihat dan boleh sanding sabtu ni di majlis belah lelaki ya..kesian anak buah nieyl tapi yela benda-benda ni di luar kawalan kita bila melibatkan kesihatan kan. Apa yang penting, majlis berjalan dengan lancar dan semua tetamu happy...
















 

24 July, 2025

Gubahan Hantaran Belah Lelaki

by on July 24, 2025

 

Gubahan Hantaran Belah Lelaki | Ok pagi ni nieyl share gubahan hantaran dari pihak lelaki, actually gubahan ni mak pengantin buat sendiri , kebetulan warna bunga kitaorang pilih tersama pula..tapi cantiklah sebab kena dengan pelamin yang bunga putih tu. 

Set Mandian Body Shop

Handbag dan kasut, kasut tu jenuhlah nieyl dengan bella pergi cari..
semua yang berkenan tak ada size..

3 helai tudung bawal..

Jelly mangga

Emas Kahwin dan Barang batal sembahyang

Set Make up dari AA..

Ni share ni manalah tahu ada yang anak-anak buah ke, adik ke, kawan ke atau anak-anak yang nak kahwin nanti, nak tengok contoh2 gubahan kan, bolehlah refer sini kalau berkenan. 

23 July, 2025

Gubahan Hantaran Nikah

by on July 23, 2025

 

Gubahan Hantaran Nikah | 16 Julai malam kiteorang berkampung dekat rumah nieyl untuk siapkan persiapan terakhir sebelum menjelang majlis nikah esoknya. Seperti biasa nieyl kena siapkan gubahan hantaran untuk nikah, untuk nikah ni nieyl tak buat sendiri sebab takut tak sempat nak siap jadi untuk dulang hantaran tu kita sewa je.. Nieyl tinggal nak gubah barang-barang, ikat riben semua. Jom nieyl zoom sikit..

Ini kain pelekat dari Amru berwarna hitam

Bag tangan lelaki

Cincin 

Set Perfume

Chocolate

Set Mandian


Buah -buahan


Jam Tangan

Ada satu lagi kek , nieyl tak snap sebab masa tu kek dalam fridge. So, total hantaran dari pihak perempuan adalah 9 dulang. Nieyl pilih bunga putih sebab nak nampak suci dan bersih , dan kena dengan konsep hall nikah tu. Nanti nieyl share hantaran dari pihak lelaki pula...

Tahniah Bella!

by on July 23, 2025

Tahniah Bella! | Alhamdulillah syukur, 17/7/2025 dengan sekali lafaz anak buah kesayangan nieyl telah selamat diijab Qabulkan dengan lelaki pilihan hati dia. First sorry nieyl tak dapat snap gambar banyak sebab pada hari kejadian nieyl memang super sibuk sebagai FM.. Nieyl bertanggungjawab untuk keseluruhan majlis. Jadi, memang tak sempat nak snap-snap gambar. Nanti kalau dapat dari official photographer nieyl share sini ok.

Cantik tak pemandangan pelamin nikah tu?nieyl suka nampak kehijauan.  Tempat hall event yang nieyl pilih untuk majlis akad nikah ni di Eunioa Event Hall Cyberjaya, jemputan kita 150 orang. Untuk belah lelaki mereka berpakaian bertema warna lilac ( Soft purple) dan belah perempuan pula kita bertema warna baby blue. 

Anak buah kesayangan nieyl di temani mommy dia menunggu detik -detik terakhir sebelum tanggungjawab bertukar tangan. Pada asalnya bella akan dinikah kan berwakil wali Tok Kadi tapi sebelum kita berbincang, adalah lebih afdal dan berkat kalau ayah dia sendiri yang nikahkan. Sebab anak perempuan hanya seorang dan takkan ada lagi peluang untuk nikahkan anak perempuan.. 

Bersama Bella dan Suami,sekarang ni bertambah kesayangan nieyl. Semoga bella sentiasa bahagia dengan istana yang dibina ini bersama suami tersayang. Kasih sayang nieyl takkan berubah sampai bila-bila dia tetap akan menjadi kesayangan nieyl. Selamat pengantin baru Bella..