18 June, 2025

Glaze Eatery, Tamarind Square


Glaze Eatery, Tamarind Square | Lambat nak post, 2 minggu lepas Ex boss nieyl ajak pergi lunch sama-sama. Rindu juga lah sebab dah 2 tahun bersara, jarang dapat jumpa. Ini dia ajak pergi lunch nieyl pun ok je la masuk lewat sikit dah bgtau bos nieyl dah. Soalan yang selalu ex boss nieyl akan tanya "Nak makan mana?" , dia akan cakap nieyl ni GPS dia. 

Nieyl bawa pergi Tamarind Square, cuma masa dalam kereta tu tak tahu nak makan dekat restoran yang mana sebab banyak. Takut tak kena dengan selera ex boss nieyl tu. Cubaan untuk bawa dia makan westren hampir-hampir tak berjaya tau, nasib baik ada staf cafe tu muda, elok rupanya ex boss nieyl Onz makan situ hahaha.. 

Staf recommend makan pasta dekat situ, dia kata sedap dan kami bertiga ni memang Onz je la kalau dah dia cakap sedap tu kan..Jom tengok apa nieyl order..

Crusted Chicken Chop 10/10
Kalau pergi sini lagi, nieyl akan repeat ni, ayam dia luar crispy dalam masih juicy dan dia punya fried sedapppp...

Pasta Masak Lemak Cili Api , nieyl ada add on ayam ni tapi lupa dah nama dia..
10/10

Yang ini pun sedap juga, nieyl suka ayam add on dia tu..
ex boss nieyl orang negeri sembilan, masak lomak cili api memang dia suka la..

Aglio Olio 9/10
yang ini pun sedap juga, tapi portion dia sikit hehehe..
tak puas makan hehehe, rasa sedap..

Ada satu lagi, yang dia recommend chicken buttermilk tapi masa tu tak rasa nak makan nasi tu yang makan westren je. Overall semua makanan dia sedap, dan nieyl recommend untuk korang yang nak try makan dekat sini nanti okay...

A-03-03A, Tamarind Square,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, Selangor

3 comments:

  1. semua pun nampak sedap & menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. Dgr cerita sini banyak cafe dan restoran yg sedap sedap.. teringin nak pergi ke tamarind square ini.

    ReplyDelete
  3. Pasta Masak Lemak Cili Api wahh first time tengok ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)