Nasi Lemak Abang Strawberry | Short Vacation nieyl last week ni tiada dalam plan langsung. Tahu-tahu sampai Cameron Highlands hihihi. Bila dah sampai ni wajiblah kita pergi jalan-jalan dan semestinya bukan duduk hotel je ok. Nieyl gerak pada hari Sabtu jam 4.00 pagi tau korang, sebab kalau boleh nak sampai CH sebelum pukul8 pagi. Destinasi pertama yang nieyl pergi bila dah sampai CH adalah Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry. Kalau korang taip dekat TikTok tu Nasi Lemak Abang Strawberry tu , banyaklah video-video dia tapi yang ini pilihan anak buah nieyl, so..nieyl ikut sahaja.
Cantikkan bahagian atas dihiasi dengan pokok bunga rose yang sangat banyak. Kedai ni sangat selesa dan bersih je dan cara nak order semua guna apps. Bila dah pilih makanan, kena pergi ke kaunter untuk buat pembayaran dahulu sebelum makanan yang kita order dalam apps di proses. Masa nieyl pergi tu waktu pagi, masih banyak lagi meja kosong, tapi bila dah pukul9.30 tu beratur orang dekat luar ya untuk makan dekat sini. Full house.. Walaupun full house korang jangan risau sebab makanan kita tu cepat je sampai.
Sementara menunggu makanan kita sampai, kita minum dulu..nieyl order teh O panas, feeling-feeling sejuk hahaha, sebenarnya cameron tak macam dulu sejuk dia, kita masih boleh lagi rasa panas tu. Cute kan cawan kertas dia, Colourful.
Makanan dah pun sampai. Nieyl makan nasi lemak uniknya nasi lemak dia tu adalah warna nasi dia tu pink ke merah² macam tu. Dia guna beras basmathi sebab itulah nasi dia nampak cantik panjang-panjang. Set nasi lemak ada telur mata, timun , kangkung, sambal , ikan bilis pedas kering dan ayam goreng. Selain tu dia ada juga nasi lemak daging dendeng, kalau ada yang suka.
Untuk nieyl nasi lemak dia biasa je, cuma nieyl suka ikan bilis garing pedas dan sambal dia. Croissant Drizzle dia sedap dan baby pancake strawberry milk tu terlalu manis. Pancake Classic tu nieyl tak rasa tapi kakak nieyl kata sedap..
Kalau pergi cameron ni kita akan jumpa macam-macam produk yang dijual berasaskan strawberry. Dekat kedai Abang Strawberry ni ada jual kordial, ada jual sambal dan macam-macam lagi.
Nasi Lemak Abang Strawberry
27, Jalan Taman Sedia,
Tanah Rata
39000 Tanah Rata, Pahang
27, Jalan Taman Sedia,
Tanah Rata
39000 Tanah Rata, Pahang
Tips: Kalau korang nak pergi sini, tak perlu masuk ikut jalan depan kedai sebab situ tak ada tempat parking dan jalan mati. Rata-rata orang parking tepi jalan tapi jauh lah kalau yang bawa warga emas tu macam tak sesuai nak parking jauh-jauh. Korang kena rajin pusing area situ sebab ada kawasan rumah dekat situ yang boleh sewa parking. Rata-rata owner rumah memang buat sewa tapak parking untuk customer kedai abang strawberry ni, RM5 per entry. Nak jalan ke kedai abang strawberry tu pun dekat ikut laluan belakang kedai.
Kak SA dah 2 kali makan kat sini..okey la xde wow sangat..gambar arwah mak akak ngan PZ kat tepi sidebar blog akak tu kat area situ la..masa tu blom cantik macam sekarang..
ReplyDeletePernah dengar Nasi Lemak Abang Strawberry ni. Bila nak sampai CH. Dah pergi 2 kali dulu.
ReplyDeletePernah dengar Nasi Lemak Abang Strawberry ni. Bila nak sampai CH. Dah pergi 2 kali dulu.
ReplyDeleteKnow know sampai CH tu
ReplyDeleteBeberapa kali baca review ttg nasi lemak strawberry. Belum pernah coba juga. Tp rata2 menuliskan kalo rasa dia memang tak spesial, hanya saja unik kan sebab merah. Bolehlah untuk dicoba
ReplyDelete