Thursday Random Photo | Assalamualaikum dan selamat pagi uolls. Hati berbunga-bunga kan sekarang ni sebab esok dah hari Jumaat, nak cuti kembali..Seronoknya..rasanya ini week yang terakhir cuti 3 hari kan. Lepas ni back to normal work 5 day ya..
Seperti biasalah kalau tengok galeri handphone penuh gambar. Selalunya sempat snap je tapi tak ada lagi masa nak update dekat laman sosial dengan blog. So, pagi ni nieyl random gambar makanan untuk korang. Caption dibawah gambar ya..
Nieyl pergi rumah kakak nieyl di PJ hari tu, sampai-sampai je anak buah nieyl dia promote coco jar yang dia jual. Ada 3 jenis dan berlain harga, yang nieyl ingat paling kecil tu RM1.50.Habis nieyl borong untuk support dia.
Pizza ni time nieyl visit mak nieyl time mak nieyl warded dekat hospital putrajaya bulan lepas. Ha,kalau korang nak tahu, yang nak makan pizza ni bukan nieyl tau tapi mak nieyl. Dia cakap dia teringin nak makan pizza 2 hari berturut-turut order pizza..adoi..
Selalunya kalau nieyl tak sempat nak buat bekal breakfast pergi kerja, nieyl akan singgah kedai abg nieyl untuk beli nasi lemak ataupun roti canai. Itu je yang murah dan cepat. Berbanding kalau nak beli dekat cafe breakfast mesti lebih RM5.
Sagu ni kakak abam bocey yang buat, kakak dia satu unit dengan nieyl tapi last week dia dapat tukar ke KL, so..last day tu dia buat sagu fav nieyl ni..Sedapnyaaa...banyak nieyl makan, nak buat sendiri tu aduhai..tak ada lagi kerajinan tu.
Kalau tengok dalam mangkuk tu ada 6 ulas je kan, hahaha..sebenarnya dah berbiji dah nieyl makan kebetulan mak mertua nieyl bagi durian , dia tahu menantu dia ni hantu durian.Serius sedap dan murah 100 dapat lebih kurang 10 biji weh..murahkan, nieyl sempat juga buat serawa durian makan dengan roti..
Oklah itu je random gambar yang nieyl nak share, walaupun banyak lagi..lain entry nanti la ya.. Sekarang ni nieyl tengah menghitung hari nak ke Family day pertama keluarga nieyl ni..nanti nieyl share entry lain ya... Good Working semua!
semua sedap2
ReplyDeleteamboi sedapnya..hehe
ReplyDeletelama tak makan choco jar tu. sagu pun dah lama tak makan. tapiii durian tu menggoda sangat haihh
ReplyDeletewah! Semuanya sedap dimakan biarpun simple n murah je. so yummy...
ReplyDeleteWah, semua gambar makanan hehe. Nampak sedap la gambar first tu! Nyums.
ReplyDeleteIka datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/09/temporary-mini-library-2019.html
sagu tu sedappp.. and durian tu pun..hehe
ReplyDeletesama la nieyl.
ReplyDeletegambar berlambak.
nak buat entri satu2 tak sempat :)