03 September, 2019

Pagi Hari Merdeka 2019

Pagi Hari Merdeka 2019 | Selamat menyambut hari merdeka yang ke 62. Semoga negara kita akan sentiasa aman sentosa dan terus maju. Pagi merdeka tu nieyl dan husband memulakan aktiviti mingguan bersama berwalking di taman-taman untuk hidup lebih sihat. Ini kira kali pertama nieyl berjaya pujuk husband untuk sama-sama buat aktiviti ni. 

Ikutkan perancangan setiap hari cuti kita akan pergi bersenam sama-sama dan untuk hari weekdays setiap rabu malam. Moga-moga istiqamah la kami suami isteri ya hehehe

Untuk hari pertama kiteorang berjalan di Empangan Putrajaya area PICC bermula jam 7.45 pagi selesai jam 9.00 pagi.Sebab dah lama tak bersenam ni, kaki agak sakit juga la itu sesiapa yang first day - hari ke tiga biasanya masih akan rasa sakit. tapi dah masuk hari ke 4 dan seterusnya InsyaÁllah akan okay..






Untuk hari pertama walking Alhamdulillah mencapai sasaran 10000 step. Kenapa tak jogging? untuk permulaan ni nieyl memang tak nak paksa diri dan badan bekerja terlalu keras. Suka buat lebih santai dan tidak stress kan diri. Itupun korang berjalan sahaja pun berpeluh-peluh tau.. Lagipun misi nieyl buat walking ni untuk lebih sihat,  tak nak stress-stress dan untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Kalau yang ada anak-anak pun , lagi best bawa dieorang jalan sama-sama kan..




4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)