05 September, 2019

Khasiat tempoyak yang korang kena tahu

Khasiat tempoyak yang korang kena tahu | Siapa yang baca ni , ada tak yang suka makan tempoyak? lagi-lagi sekarang ni musim durian kan, pergi mana-mana je tepi jalan tu berderet kedai jual pelbagai jenis durian. Kalau beli durian dan bawa balik biasanya lah nasib-nasib juga kadang-kadang dapat yang ok, kalau yang tak ok tu biasanya kita akan buat tempoyak. 


Tempoyak ni boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang dan tidak akan busuk mahupun rosak. Nieyl dekat rumah ada sebekas buat hari tu, nieyl lebih suka masak gulai tempoyak, mak nieyl pula suka masak sambal tempoyak dan husband nieyl suka makan tempoyak tu dengan nasi. Macam-macam style makan tempoyak dalam satu rumah. Kalau korang?suka yang mana..

Korang tahu tak sebenarnya ada khasiat tempoyak ni dalam pada kita yang suka makan ni, boleh rujuk dekat pakdin.my , kajian menunjukkan tempoyak ni kaya dengan kuman yang baik probiotik jenis asid laktik bacilli (LAB) iaitu spesisi Lactobacillus plantarum. Dimana bakteria ini mempunyai ketahanan daripada penghadaman oleh asid perut (pH 2.0) dan garam hempedu dalam usus (0.3%) . Ia juga dikatakan mampu mengurangkan proliferaso sel-sel kanser adenocarcinoma. 

Tetapi jangan pula korang selalu sangat makan ya, bersederhana la dalam pemakanan tempoyak ni sebab tempoyak mempunyai kandungan garam yang tinggi dan durian mengandungi gula yang tinggi, so berpada-pada la ya.. ♥

8 comments:

  1. Ain suka makan semuaaaa jenis tempoyak. Tpi kalau takdak lauk, tempoyak tumbuk dgn cili hijau + ikan goreng + nasik panas.. Yumsssssss sedapppp

    ReplyDelete
  2. Kinah suka buat sambal tempoyak. lain orang lain citarasanya kan. betul tu, tak boleh makan selalu. Bila teringin baru buat hehe

    ReplyDelete
  3. Biasa buat tempoyak kalau musim durian
    tapi tak pernah makan tempoyak.

    ReplyDelete
  4. I dont know how to eat tempoyak tapi I makan durian. hehe.

    ReplyDelete
  5. tak makan la tempoyak, durian yes!

    ReplyDelete
  6. Akak suka tempoyak..tapi kena makan berpada la..kandungan garam dan gula dia tinggi..dah la akak tgh eat clean

    ReplyDelete
  7. aida ada 2 balang, nieyl.
    adik balik kampung mertua.
    durian nyer menjadik. hingga tak termakan.
    dijadikan tempoyak.
    ada la rezeki aida :) alhamdulillah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)