Perdana Lake, Jogging Track, Sunrise Point Cyberjaya | Sejak bulan lepas nieyl dengan husband habiskan waktu pagi cuti kitaorang dengan berjogging. Tak lama pun ambil setiap hari cuti dalam 1-2 jam . Ada 2 tempat yang nieyl suka berjogging, salah satunya di area Cyberjaya, kalau waze tu korang boleh type Perdana Lake, Jogging Track, Sunrise Point Cyberjaya.
Sini memang disediakan jogging track untuk kita berjalan ataupun berjogging sambil melihat tasik dikeliling dan jua boleh menjamu mata sambil berangan melihat kecantikan dan keunikan setiap rumah yang ada di sepanjang jogging track. Husband nieyl memang suka jogging dekat sini. Yang mana ada bawa anak-anak pun sesuai berkelah ada pondok untuk lepak-lepak sambil tengak pemandangan putrajaya dari jauh..
Kalau jogging dekat sini, kita boleh sampai ke Putrajaya tau..nieyl selalu jogging dari cyberjaya ke Putrajaya lepas tu u turn dari putrajaya ke cyberjaya..hihihi..Betul, tak tipu tau..Tapi sangat seronok lah berjogging lagi-lagi bersama insan yang tersayang.
Budak ini seorang yang malas nak bangun pagi kalau tak ada plan hari cuti, sejak-sejak usia dah masuk 35 tahun ni, baru ada kesedaran menjaga kesihatan, setiap malam jumaat tanya..esok kita pergi jogging tak..InsyaÁllah pergi cuma dah 2 week tak dapat nak jogging, sebab ada family day..dan last week pula jerebu terlalu teruk tak sesuai untuk lakukan aktiviti luar kan..so, simpan tenaga ya...this week InsyaÁllah kalau jerebu dah ok,boleh kita sambung semula aktiviti hari cuti suami isteri.
Bila dah penat berjogging, tak ada benda nak di burn kan...so, kita terus berkelah sebelum balik ke rumah. Siap bawa bekal breakfast lagi untuk husband..yela..dia dah teman kita berjogging,kita upah dia dengan makanan, esok-esok boleh teman kita lagi...♥
BESTNYA
ReplyDeletenice, bersih tempat nyer, nieyl.
ReplyDeleteview nyer tu menawan.
rasa sgt fresh kan.
then makan tepi tasik. wow!!!
a great lovely morning :)
wah jogging lepas tu picnic. bestnya!
ReplyDelete