11 December, 2018

Ciri -Ciri Kawan Yang Baik


Setiap kawan yang kita kenal tidak kira kawan rapat atau kawan biasa sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kehidupan kita. Setiap manusia di muka bumi ini pastinya memiliki sahabat atau kawan dalam kehidupan kita, sebab kehadiran mereka ini amat diperlukan bukan sahaja ketika susah sahaja tetapi ketika kita senang juga.

Nieyl tak boleh bayangkan kalau nieyl hidup tanpa mengenali erti kawan ataupun tiada kawan langsung. Macam agak mustahil je tak ada kawan kan, tapi macam mana orang boleh hidup tanpa berkawan dengan manusia lain..hmmmm...

Mak dan ayah terutamanya selalu pesan dekat kita kan, berkawan dengan orang yang baik-baik, yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contoh pilih kawan yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Sebab ianya kan menjadi ikutan sepanjang masa. 

Bila umur meningkat kita akan menjadi kawan yang baik yang mana kawan yang sedia berkongsi ataupun kawan yang menjadi pendengar setia yang akan mendengar masalah kita bila-bila masa yang diperlukan dan dia mampu menjadi pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Pembimbing yang nieyl masukkan tu ke arah yang positif lah. Kalau yang selalu bagi idea dan cadangan yang merepek-repek tu bukan niat nak membantu itu nak menjahamkan hidup kita. Better jauhi kalau dapat kawan begitu ya.

Untuk nieyl, kawan yang baik atau sahabat tu macam seorang ibu yang sentiasa mengambil berat tentang anaknya. Begitu juga kawan atau sahabat yang sentiasa menjaga antara satu sama lain. Bersahabat tidak semestinya perlu jumpa setiap hari. Zaman sekarang ni dah canggih, boleh buat video call, boleh whatsapp dan sebagainya. Kalau kita ikhlas dalam persahabatan,Insya'Allah persahabatan akan berkekalan sampai bila-bila.

Nieyl sendiri ada beberapa sahabat yang sentiasa di hati.Semoga persahabatan sentiasa di ingati dan sentiasa menjadi kenangan terindah dalam hidup bersahabat.





6 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga persahabatan Nieyl dan kawan berkekalan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat kawan baik yang baik. ^^

    ReplyDelete
  3. betul tu kak nieyl, kawan yang baik tu sentiasa ada untuk kita baik waktu susah ataupun senang. Bersyukur sangat jumpa kawan2 macamni

    ReplyDelete
  4. Rabia cuma ada sahabat baik iaitu ibubapa rabia dan 2 orang sahabat lelaki je. Sebab susah nak cari sahabat yang betul2 ikhlas dengan saya kak.

    ReplyDelete
  5. terbaek. semoga persahabatan berkekalan..

    ReplyDelete
  6. aida tak byk kawan.
    yg ada semua yg rapat.
    sebab aida ni introvert.
    namun, dlm yg rapat tu, 'sahabat' sukar nak cari.
    alhamdulillah, got a few.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)