20 December, 2018

TELUK INTAN | Wajib singgah Gulam Rasul

Jejak kaki ke Perak dah banyak kali cuma ke Teluk Intan adalah kali pertama last week nieyl pergi dengan kawan-kawan. Niat untuk pergi ke Teluk Intan ni sebenarnya nak ziarah mak kepada salah seorang kawan rapat nieyl a.k.a kak zura . Mak kepada kak zura baru selesai operation kaki akibat kencing manis. Jadi, ambil peluang untuk bercuti sehari di Teluk Intan. 

Sebelum tiba hari kejadian tu seperti biasalah nieyl akan research sikit tempat-tempat menarik yang boleh kita pergi dan yang paling penting tempat makan yang best dan nieyl akan siapkan jadual perjalanan yang simple sebagai panduan.Untuk trip ke Teluk Intan ni nieyl pergi dengan dua orang kakak officemate. a.k.a kak Lydia dengan kak Lin. 

Selepas selesai urusan ziarah , terus pergi cari kedai makan GULAM RASUL yang dikatakan restoran wajib singgah bila dah sampai ke Teluk Intan ni. Dari rumah kak zura tu tak jauh pun lebih kurang 5 min je. Bila dah sampai terus tinjau lauk dan ambil makanan. 
sumber gambar : google

Banyak juga makanan yang disediakan pelbagai jenis kari ada, kari ikan, kari ayam , kari kambing pun ada. Boleh pilih nak makan nasi putih ataupun nasi briyani. Kalau dah sampai sini, nasi putih harus dilupakan..kita makan nasi briyani lah. 





Dekat Gulam Rasul ni selain popular dengan pelbagai jenis kari, tarikan lain adalah ayam rempah dia. Rata-rata pelanggan yang makan dekat situ akan ambil ayam rempah. Pada yang suka pedal dengan hati ayam goreng rempah pun ada dekat situ.



Ini pinggan dan lauk yang nieyl ambil, jangan terkejut tengok nasi yang banyak tu ya..sebab tak breakfast, dia pakej breakfast dan lunch hahaha..nieyl ambil ayam goreng rempah, kuah kari, hati ayam goreng dan jelatah..rasa dia not bad lah sedap juga sebab tengah lapar hihihi..


Apa yang nieyl suka dengan Gulam Rasul ni persekitaran dia bersih sangat, kawasan yang luas dan kemas. Kalau kita bawa family besar pun tak ada masalah sebab selesa dan makanan dia pun teratur je. Jadi kalau korang tersinggah dekat Teluk Intan , jangan lupa singgah Restoran Gulam Rasul untuk makan nasi briyani dia. 

Restoran Gulam Rasul
Jalan Changkat Jong,
36000 Teluk Intan, Negeri Perak

Open 24 hour

9 comments:

  1. tiba2 lapar bila baca entry ni..:)

    ReplyDelete
  2. Kedai ini lama sungguh.. salah satu tempat yang menjadi kesukaan ayah sha kalau ke Teluk Intan..

    ReplyDelete
  3. Teluk intan pun banyak tempat makan best ye. akk br tahu. Boleh singgah nanti

    ReplyDelete
  4. Wah nampak sedap dan menyelerakan. Kalau datang jalan jalan boleh singgah makan kat sini

    ReplyDelete
  5. harga makanan kat situ berpatutan ke?

    ReplyDelete
  6. Mampu telan air liur ja... hehe >_< nice review!! :D

    ReplyDelete
  7. owhooo ini memang wajib. penah pi sekali time sek.. skrng
    jarang jalan2 pi sana. sedap !!

    ReplyDelete
  8. aida pernah sekali tiba di teluk intan, di menara condong.
    hanya di situ for few minutes, nieyl.
    then terus balik turun ke selatan. tak sempat lepak lama di town menara condong ni :)
    akan dtg, in shaa Allah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)