Family Day At Bangi Wonderland Theme Park | Excited sebenarnya nak pergi family day ni sebabnya nieyl first time join family day office,tahun-tahun sudah tak dapat join sebab banyak hal yang bertembung. Jadi, ambil kesempatan yang ada ni untuk join family day 2017, kali ni kitaorang buat dekat Taman Tema Air Bangi Wonderland, selalu lalu je in ipun kali pertama masuk dan main dalam ni.
Family day kali ni nieyl pergi single sebab husband tak ikut jadi nieyl join bersama group yang single la..Gerak dari rumah dalam pukul 7.45 pagi,sampai time tu tak ramai lagi cuma akan terkejut bila tengok dekat lobi ramai nya orang pakai T-Shirt warna biru... Rupanya pada hari yang sama ada 4 family day berlangsung dekat situ. Tak sangka pula pemilihan warna biru ni ramai pula yang pakai tema yang sama..kekekeke...
Selepas daftar,check sampul surat yang mengandungi kupon breakfast,kupon lunch dan tagging pass.Lengkap semua,tunggu 8.30 pagi baru boleh check in..sempat juga la bergambar kenang kenangan di depan pintu masuk Bangi Wonderland.
Muka tak bermaya sebab perut masa tu tengah lapar sesangat,sebab dekat rumah minum air kosong saje. Bila masuk dewan baru dapat roti + air milo sekotak sebelum ambil makanan breakfast.
Bergambar bersama sebelum semuanya keluar dewan dan manjakan diri di dalam air..hihihi..cuaca belah pagi cantik sangat,tapi sayang kitaorang keluar dewan jam 12 tengah hari..Peh!panas sungguh..rentung rasanya.
Disebabkan masing-masing tak bawa cover kalis air hp,jadi hp semuanya simpan dalam locker. Tumpang la sesiapa yang bawa hp tu,dapat sekeping gambar dalam air ni ha..jadi la kenangan..huhuhu..
Mesti korang nak tahu kan, nieyl main apa dekat sana. Ok sebelum tu kan nieyl nak share dengan korang,seumur hidup nieyl yang baru 29tahun ni tidak pernah sekali pun naik gelongsor yang ada di taman tema air ni tau...so,excited plus dengan takut tu memang ada weh..
Spiralax
First sekali ni beranikan diri mencuba mainan yang dinamakan Spiralax, tapi korang kalau nak naik kena bawa pelampung naik tangga ke atas ya.. Nampak macam tak gempak kan,tapi sebenarnya serius takut gila naik benda ni, dahlah licin lepas tu laju pula tu memang kena pegang kuat-kuat kalau tak,ishh..tak tahu la..sepanjang turun tu nieyl tak mampu nak buka mata..hahaha...
sumber gambar website bangi wonderland
Anaconda trail
Yang keduanya,nieyl naik anaconda trail..pada permulaannya kitaorang tengok macam ok lah boleh naik berbanding yang lain -lain tu tapi bila dah cuba..aduhai 2x ganda sama seramnyaaa..dah tak pandang depan belakang dah..menjerit saja..kekeke..nampak memang biasa je kan..cuba la naik tengok..menjerit ke membisu..hahaha..
sumber gambar website bangi wonderland
Magis Funnel
Yang ke-3 ni nama dia Magis Funnel, kena naik 4 orang satu pelampung, sama juga kena bawa sendiri pelampung dari atas naik tangga ke atas,untuk pengetahuan korang pelampung tu sangat berat yaa..nieyl pun tak larat nak pikul kena tenaga orang lelaki. Asalnya 4 orang perempuan , lepas tu 2 org kakak ni tak nak naik,jadi nieyl dengan kakak orang ni kena cari member lelaki yang nak join naik sekali.
Yang ke-3 ni nama dia Magis Funnel, kena naik 4 orang satu pelampung, sama juga kena bawa sendiri pelampung dari atas naik tangga ke atas,untuk pengetahuan korang pelampung tu sangat berat yaa..nieyl pun tak larat nak pikul kena tenaga orang lelaki. Asalnya 4 orang perempuan , lepas tu 2 org kakak ni tak nak naik,jadi nieyl dengan kakak orang ni kena cari member lelaki yang nak join naik sekali.
sumber gambar website bangi wonderland
aduhai..nieyl naik benda ni sekali jela takkan naik lagi dah..Kalau tanya apa nieyl rasa,rasa takut,rasa seram,rasa macam jantung ni nak melayan..ish..tak tahu la nak menggambarkan macam mana naik benda ni..patut pun tak ramai yang nak naik..serammm...seperti biasa sepanjang dalam tu pejam mata sebab tak terbuka mata tahu tak dalam tu,sebab dia laju sangat...Apa -apa pun best dapat main benda yang tak pernah main,pengalaman..
Bila dah try semua tu,masa untuk pergi seksyen yang more relax kan badan daripada kejutan. Nieyl naik pelampung mengelilingi bulatan. Tapi tak dapat lama pun sebab time ni dah gerimis dan guruh so, semua di minta untuk naik ke darat dan semua seksyen di tutup serta merta untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak di ingini terjadi.
Harga Tiket
Kepada yang tanya harga untuk masuk ke Bangi Wonderland ni ,nieyl share detail dibawah ya. Dan untuk pengetahuan korang, time nak check in beg akan di periksa untuk mengelakkan kita bawa makanan dan air manis dari luar,hanya air kosong sahaja yang dibenarkan bawa masuk ke dalam.
website rasmi
http://www.bangiwonderland.com.my/
http://www.bangiwonderland.com.my/
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)