09 November, 2017

Cara Hilangkan Berdengkur

Cara Hilangkan Berdengkur | Masalah berdengkur sentiasa menggangu tidur pasangan kita tidak kira suami ataupun isteri kan. Kebiasaanya kaum isteri lah yang rajin search cara untuk menghilangkan tabiat dengkuran si suami. Tapi realiti kaum wanita ada jua tabiat tidur berdengkur tau.

Dengkuran semasa tidur boleh membuatkan kita sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sebenarnya ianya tidak baik untuk kesihatan. Ini disebabkan oksigen yang sepatutnya naik ke otak terhenti beberapa saat ketika kita berdengkur. Take noted ya..

IKHTIAR DAN USAHA

Untuk menghilangkan tabiat berdengkur,apa kata kita cuba ambil jus yang dikatakan mampu merawat masalah berdengkur ini. Ha..bila dikatakan usaha dan ikhtiar tu bukanlah kata sekali minum boleh hilang, kesembuhan semuanya dengan Izin-NYA.Yang penting usaha dan yakin..InsyaÁllah..

Bahan-Bahan

1/4 hirisan lemon
1 ruas halia merah
2 biji epal
2 biji lobak merah
150ml air putih

Cara-caranya
  • Blender semua bahan utama sehingga menjadi jus
  • Minum jus sebelum tidur
  • Lakukan rutin ini 3x seminggu.
Selain itu, kita juga boleh cuba lakukan perkara-perkara lain yang mungkin boleh membantu mengurangkan dan merawat masalah berdengkur seperti mengurangkan berat badan ini kerana salah satu faktor yang menyumbang kepada tabiat berdengkur adalah obesiti. 

#sumber kredit kepada majalah remaja




2 comments:

  1. Dulu Dearie Liez mmg berdengkur...tp sekarang dah hilang... sbb dia lose weight so dengkur pun hilang..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)