Dekoder MYTV | Alhamdulillah last week pemasangan dekoder Mytv di rumah MIL nieyl selesai. Lepas ni dah tak pening lagi nak bayar bulan-bulan bil. Cukuplah bayar bil air dan bil elektrik sahaja.
MYTV adalah jenama dibawah konglomerat Puncak Semangat (Altel communication) yang dimiliki oleh Tan Tri Syed Bukhari yang telah dianugerahkan kontrak oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 2014 untuk membangunkan infrastuktur pancaran siaran digital atau Digital Terestrial Television di Malaysia.
DTTV adalah suatu lembah penyiaran yang baru di Malaysia dimana, berlainan dengan ASTRO, DTTV dipancarkan melalui stesen-stesen pemancar yang terdapat diserata Malaysia dan diterima dengan menggunakan alat dekoder dirumah.Melalui kontrak kerajaan ini, MYTV telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) untuk membangunkan infrastuktur stesen-stesen pancaran untuk tahun-tahun kedepan.
Korang boleh dapatkan mytv dengan harga RM199 sahaja,ianya tidak termasuk antena, kos penghantaran, dan kos pemasangan. Selain dari boleh beli secara online, dekoder boleh di beli di wakil-wakil jualan yang terpilih di setiap negeri dengan Klik SINI
Nieyl sendiri dah melihat dan merasai sendiri menonton siaran MYTV dengan jelas dan tidak lagi terganggu bila cuaca hujan. Yang lebih penting ianya hanya bayar sekali dan boleh tonton sepanjang hayat dan ada siaran HD juga.
Antara siaran yang kita boleh tonton dengan MYTV ni seperti TV1,TV2,TV3,TV7,TV8,TV9,TV Al Hijrah,TVi dan Bernama News Channel (BNC), Insya'Allah akan ditambah dari semasa ke semasa.
MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X)
2271,
Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Pusat Khidmat Pelanggan 1300-80-6988
careline@mytvbroadcasting.my
Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Pusat Khidmat Pelanggan 1300-80-6988
careline@mytvbroadcasting.my
Memang terang siarannya.. Takde dah hilang bila hujan.. hehehe
ReplyDelete