السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pesta belon udara panas kini kembali lagi. Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2016 ini adalah anjuran kali kelapan yang akan diadakan di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bolehlah ramai-ramai berkunjung pada 11 hingga 13 Mac 2016 nanti.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang pesta belon udara panas berlangsung. Terdapat 20 belon untuk persembahan. Pengunjung juga boleh menaiki belon terikat serta inflasi yang sejuk di mana anda boleh mendekati dan meneroka di dalam belon.
Di samping itu, pelbagai aktiviti lain seperti Zon Extreme untuk peminat sukan manakala bagi 'kaki shopping' pula kawasan ini dipenuhi dengan bazar serta makanan dan minuman untuk melepaskan nafsu membeli belah :)
Bagi yang akan berkunjung dengan ahli keluarga tersayang, pihak pesta menawarkan kawasan di mana semua orang boleh berehat dan bersantai serta berkelah sepanjang hari. Bolehlah bergambar dan melihat belon udara panas ini bergerak di udara. Yang pastinya, jangan lupa untuk 'set' masa kita bagi Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2016 nanti ya!
Save The Date :)
laaa.. kita baru tau ada hot balon..hahahhaa.. duk putrajaya pun terlepas info hihihh
ReplyDeleteAkak pernah naik hot air ballon ni Nieyl..
ReplyDeleteTapi di Shah Alam..
Singgit jer hahhaa..
Tapi tak berjalan jauh lah..
Kalau di putra jaya di bawa jalan satu putra jaya tu kan..
ingat nak pergi jugak nnti tp kena tnya driver dulu
ReplyDeleteBest nya. So far tak pernah lagi tgh hot air baloon ni in live. Huhuhu
ReplyDeletemesti sesak ni..huhu
ReplyDeletebestnyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete