04 February, 2016

Bunga Telang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Nieyl baru terbaca tentang bunga telang nie...
rupanya banyak khasiatnya..

Siapa sangka bunga telang yang sering dijadikan bahan pewarna untuk nasi kerabu, mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

 Warna biru pekat pada kelopak sangat menarik perhatian dan jangan tak tahu ia boleh dijadikan minuman dengan teh herba yang lain!

Teh bunga telang boleh dihasilkan dengan mengeringkan terdahulu bunganya. Kemudian, kembangkan dalam air panas dan anda boleh menambah sedikit madu atau gula. Nak lagi umpph, tambahkan sedikit perahan lemon.

Rasanya tak jauh berbeza dengan teh hijau, namun dengan warna biru pekat. Jika kita menambah perahan lemon, teh bunga telang akan berubah menjadi keunguan. 

 Antara manfaat bunga ini termasuklah meningkatkan kesihatan mata dan juga kesuburan wanita. 

 1. Bersifat diuretik yang mempunyai kemampuan untuk melancar dan melawaskan air kecil. 
 2. Melancarkan sistem dari pencernaan. 
 3. Melancarkan haid atau menstruasi yang tidak lancar, meningkatkan kesuburan wanita dan menambah nafsu seksual. 
 4. Menghaluskan wajah dan menghilangkan jerawat.
 5. Mengubati penyakit kulit seperti bisul. 
 6. Pembersih mata dan menyembuhkan mata merah. 
 7. Menghitamkan dan menguatkan rambut.

-LOVE NIEYL♥-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. baru tahu nasi kerabu guna bunga nie utk jadi warna biru...ingatkan guna pewarna

    ReplyDelete
  2. Mcm pernah nampak, tp tak sure betul ke bunga Telang...pernah dengar jugak pasal bunga Telang ni utk pewarna Nasi Kerabu. Hebatnya ciptaan Allah kan Nieyl

    ReplyDelete
  3. bunga ni untk nasi kerabu mmg sgt2 best! terbukti best... opkoz lain rase dia dri pewarna tiruan.

    ReplyDelete
  4. oh! serius tak pernah tau pasal ni...ingatkan buat nasi kerabu je...padahal banyak bunga telang kering amik kat rumah nenek

    ReplyDelete
  5. Owhh ni plak utk bagi wrna nasi kerabu

    ReplyDelete
  6. Oh... kakak baru tahu banyak khasiatnya.
    Rumah kakak yg sedang di renovate tuk disewakan keliling pagar ada pokok telang ini Nieyl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca entry ni teringat pada kakZakie Purvit.. sebab dekat rumah beliau ada pokok telang ni (beliau ada cerita dalam blog sebab buat nasi kerabu)

      Delete
  7. ooo buat teh.. nak cari bunga ni dekat mana eh... hurrmmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)