Showing posts with label Putrajaya Hot Air Ballon Fiesta 2016 Kembali Mac Ini!. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya Hot Air Ballon Fiesta 2016 Kembali Mac Ini!. Show all posts

29 February, 2016

Putrajaya Hot Air Ballon Fiesta 2016 Kembali Mac Ini!

by on February 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pesta belon udara panas kini kembali lagi. Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2016 ini adalah anjuran kali kelapan yang akan diadakan di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bolehlah ramai-ramai berkunjung pada 11 hingga 13 Mac 2016 nanti.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang pesta belon udara panas berlangsung. Terdapat 20 belon untuk persembahan. Pengunjung juga boleh menaiki belon terikat serta inflasi yang sejuk di mana anda boleh mendekati dan meneroka di dalam belon.

Di samping itu, pelbagai aktiviti lain seperti Zon Extreme untuk peminat sukan manakala bagi 'kaki shopping' pula kawasan ini dipenuhi dengan bazar serta makanan dan minuman untuk melepaskan nafsu membeli belah :)
Bagi yang akan  berkunjung dengan ahli keluarga tersayang, pihak pesta menawarkan kawasan di mana semua orang boleh berehat dan bersantai serta berkelah sepanjang hari. Bolehlah bergambar dan melihat belon udara panas ini bergerak di udara. Yang pastinya, jangan lupa untuk 'set' masa kita bagi Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2016 nanti ya!

Save The Date :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png