18 January, 2016

Wanita Yang Haram Dikahwin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi nie nak share tentang wanita yang haram dikahwini..
nieyl pilih tajuk nie sebab kalau korang tengok drama Cinta Si Wedding Planner tu..
nieyl memang sakit hati n rasa macam nak lempang² je abg Bazli (abg kepada zara).
Dia tidak boleh terima hakikat n takdir yang Zara yang dianggap kekasih itu..
Adik kandungnya..sampai sanggup membelakangkan takdir Allah...

Walaupun hanya drama..banyak pengajaran nya...


Pertama, perempuan yang haram dikahwinkan selamanya. Perkara ini disebabkan oleh tiga hal:

i. Senasab- iaitu yang disebabkan garis keturunan, di antaranya nenek (ibu daripada bapa atau ibu daripada ibu). Ibu, anak peempuan, saudara daripada pihak bapa, saudara dari pihak ibu, anak perempuan saudara lelaki, anak perempuan saudara perempuan.

 ii.Susuan, iaitu seorang wanita yang menyusui bukan anak kandungnya sendiri. Nabi SAW bersabda, "Susuan menyebabkan haramnya perkahwinan sebagaimana haramnya perkahwinan kerana kelahiran," (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim). Ibu susuan menempati kedudukan ibu kandung dan semua orang yang haram dikahwin oleh anak lelaki daripada jalur ibu kandung, haram pula dikahwin dengan bapa susuan.

 iii.Musharah, iaitu yang muncul kerana adanya ikatan perkahwinan (menantu), di antara ibu isteri (mertua), anak perempuan daripada isteri yang sudah digauli, isteri anak (menantu perempuan) dan isteri bapa(ibu tiri).

Kedua, perempuan yang haram dikahwin untuk sementara waktu. Di antara penyebabnya, iaitu dua perempuan yang bersaudara dalam satu ikatan perkahwinan, perempuan yang tidak beragama Islam, perempuan yang ditalak tiga, mengumpulkan dua muhrim (isteri dengan kakaknya) dan mengahwini wanita penzina. (Syaikh Ahmad Jad, Fiqhus Sunnah Linnisa, 2009: 468-482).

Diharamkan pula, mengahwini wanita-wanita yang masih memiliki suami, kecuali tawanan perang. Dia halal bagi orang yang menawannya selepas berakhir masa idah-nya meskipun dia masih menjadi isteri orang lain. Dijelaskan Abu Sai`d Al-Khudri r.a, sesungguhnya kaum muslimin beroleh tawanan wanita yang mempunyai suami dalam perang Autas. Mereka tidak mahu dicampuri oleh yang berhak atasnya. Lalu kaum muslimin, bertanya kepada Rasulullah SAW hingga turunlah ayat ini sebagai penegasan hukum.

 Diriwayatkan oleh At-Tabrani, daripada Ibnu Abbas, bahawa ayat ini turun pada waktu perang Hunain. Bila masa itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada kaum muslimin. Mereka beroleh tawanan beberapa wanita Ahli Kitab. Ketika akan dicampuri, mereka menolak dengan alasan masih bersuami. Kaum muslimin pun bertanya Rasulullah SAW yang kemudian menjawabnya berdasarkan ayat ini. (Ibnu Kasir, Tafsir Al-Qur`anil Azim, Jilid 1,1996: 484).



-LOVE NIEYL♥-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)