14 January, 2016

Mengantuk di pejabat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Inilah kadang² masalah yang dihadapi..
Tapi tidak lah hari²..ada masa dia sedar dr pagi sampai petang..
Meh la kita try beberapa petua hilangkan mengantuk ketika di pejabat..

MINUM AIR KOSONG 
 Punca badan tak bermaya biasanya berlaku bila badan kita tidak cukup air. Jadi sediakan botol air di pejabat dan sentiasa minum. Waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang boleh habiskan sekurang kurangnya 2 liter air. Amalkan setiap hari dan rasakan perbezaannya.

 SENAMAN RINGAN 
 Apabila rasa mengantuk, cuba lakukan senaman ringan di kiub tempat kerja anda. Lakukan regangan ringan serta mungkin boleh teruskan kerja dengan cara berdiri dan membuat sedikit gerakan. Jangan pedulikan pandangan rakan sekerja yang lain, janji boleh menghilangkan rasa mengantuk kita.

 TARIK DAN HEMBUS NAFAS 
 Untuk tarik dan hembus nafas, ada teknik yang tertentu. Normal kita akan tarik dan hembuskan nafas dengan laju. Namun kali ini tekniknya sedikit berbeza. Tarik nafas dalam dalam dan tahan nafas serta hembus perlahan lahan. Kira dalam hati hembusan yang dilakukan sehingga mencapai 21 saat. Anda pasti akan rasa perbezaannya. Cubalah.  

TIDUR AWAL
 Waktu tidur yang paling sesuai setiap malam adalah antara jam 10 malam hingga 2 pagi. Menurut kajian, 4 jam waktu tidur adalah waktu tidur yang paling lena atau dalam Bahasa Inggeris disebut “deep sleep”. Sebolehnya kita uruskan masa seharian supaya tiada sebarang aktiviti dilakukan bermula jam 10 malam. Selesaikan segala urusan sebelum jam 10 dan masuk tidur awal. Bila bangun nanti badan pasti lebih segar dan tidak lesu. Disiplin kan seluruh ahli keluarga supaya mengikut waktu tidur ini setiap hari. Lagipun, kalau tidur awal memudahkan kita untuk bangun solat malam. 

BASUH MUKA
 Teknik ini memang tidak menjadi masalah kepada kaum lelaki. Tapi bagi kaum wanita, ia pasti tidak akan dipraktikkan tambah tambah lagi muka telah di tepek dengan mekap tebal dan berbulu mata palsu. Nanti comot pula kan? Ok, bagi kaum wanita boleh cuba tips atau petua yang lain.

 LIHAT OBJEK YANG BERWARNA HIJAU 
 Bonus untuk mereka yang pejabatnya di sebelah padang golf dan mempunyai dinding lutsinar. Memang sejuk mata apabila memandang kawasan hijau. Kalau boleh keluar dari ruang kawasan pejabat, mungkin boleh keluar dan melihat lihat pohon pohon hijau. Kalau tiada semua itu, cari apa apa yang berwarna hijau dan tenung. Warna hijau memang menyejukkan mata.

 MINUM TEH AJAIB 
 Ini paling mudah. Cuba bancuh dan minum. Sejuk atau panas. Memang berkesan. Terus terbuntang mata. Banyak pula khasiat lain contohnya mempertingkatkan metabolisme badan jadi proses nak kuruskan badan pun jadi lebih mudah. Ia juga kaya anti oksida yang mana kita tahu anti oksida dapat elakkan kanser.


-LOVE NIEYL♥-
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)