27 February, 2018

Rimasnya sinki selalu tersumbat

Masalah sinki tersumbat ni adalah dapat 3 4 kali nieyl kena. Ya Allah memang jadi kerja betul nak kena pam, itupun kalau pam dia nak elok kalau dia tak elok jenuh nak clearkan dalam saluran tu kadang-kadang sampai banjir dapur nieyl. Sebabnya orang yang buat rumah nieyl ni dia pergi tanam saluran paip dalam dinding dan saluran paip tu banyak, biasanya kita buat saluran L supaya mudah kan. So, buat masa ni nieyl kena sentiasa pastikan sinki tu tidak akan tersumbat lagi. Sementara nak kumpul duit buat saluran baru.

Tapi sekarang nieyl rasa dah tak perlu lagi nak buat saluran paip baru sebab masalah nieyl selesai dengan adanya soda dan air panas. Cara untuk penyelesaian bila sinki tersumbat. hanya perlukan soda dan air panas sahaja. Soda tu korang boleh beli dekat kedai hardware dan air panas tu korang masak la ya..takkan beli pula..

(gambar dari google)

(gambar dari google)

Soda kita letak seperti gambar di atas tu dan kemudian kita curahkan air panas yang kita masak tadi. Dan bilas dengan bersih dan boleh ucapkan selamat tinggal sinki tersumbat. Tapi kalau korang buat macam ni dekat sinki korang tak berjalan..nampaknya sumbat teruk sangat dah tu dalam saluran paip tu..  

P/s: sebelum cuci pinggan, buang sisa-sisa makan ke dalam tong sampah terlebih dahulu atau tapiskan dahulu, ini menggelakkan sisa-sisa makan termasuk dalam lubang sinki dan lama-lama ianya akan membeku dan tersumbat.



3 comments:

  1. Hahah ^^ samalah Hana paling rimas bila time nak basuh pinggan time tu jugaklah sinki nak tersumbat... haihhh! T^T hahaha emo pulak tetiba! ^^

    ReplyDelete
  2. Mummy memang selalu menggunakan soda dlm menyelesaikan segala masalah rumah.. boleh okkan singki tersumbah, putihkan baju sekolah, cuti lantai dan mcm2 lagi lah..

    ReplyDelete
  3. wahhh
    bagus2
    kalau ada masalah tersumbat nanti boleh cuba tips nih
    terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)