10 January, 2024

Giveaway Perfume SR

by on January 10, 2024

(Klik banner untuk Join)

Syarat-syarat Giveaway Perfume Blog SR:

1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)
2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR
3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).
4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.
5. Boleh join dari semua blog yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).


Senang aje kan?
Jom jom hebahkan Giveaway Perfume SR!! Giveaway ini berlangsung dari 9 Januari sehingga 25 Januari 2024 (11.59 malam). Mari mari!


 

Sesi Bergambar Di R&R sebelum berpisah

by on January 10, 2024

Sesi Bergambar Di R&R sebelum berpisah | Masa pergi Melaka tu, nieyl pergi 3 kereta. Memang kita nak pergi dengan kereta berasingan. Lagipun Ema (adik ipar) dia nak terus balik ke Penang. Dan husband pula dia nak berdua-duaan dengan nieyl dan adik ipar nieyl sorang lagi tu dengan kawan dia naik kereta lain. 

Sebelum berpisah, kitaorang berhenti dekat R&R untuk bergambar kenangan bersama sebelum berpisah. Tak cukup lengkap 1 family lagi tak ada sebab dieorang baru balik dari Melaka, tak lalu nak pergi lagi katanya hehehe. 

Dah besar-besar dah anak-anak buah nieyl belah husband. Yang dua orang ni nama dia Eryka Ellsa dan Eric El Mirza. Family dekat Penang ni jarang dapat jumpa sebab jauh, biasanya time raya, kenduri ataupun kita plan bercuti sama-sama. 

Budak Eric ni dulu masa kecil-kecil aduhai susah nak dekat orang. Kalau mommy dia pergi class dekat Shah Alam tu, Eric akan tinggal dengan nieyl. Mak ai dia boleh menangis tanpa henti cari mommy dia. Tapi sekarang ni, mommy depan mata pun dia tak heran dah, dia boleh melekat dengan orang yang boleh layan dia. Tengoklah tu nak buat peace tak pandai lagi, dia bagi 5 jari terus..hehehe..Jumpa lagi eric♥

 

Rabu yang indah

by on January 10, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Semoga hari ini semuanya baik-baik sahaja..
Dikesempatan ni kan..
nieyl nak ucapkan terima kasih kepada follower baru nieyl..
Ya Allah, blog nieyl ni biasa-biasa je..
terima kasih sudi singgah, sudi baca dan tinggalkan komen..
Insya'Allah ada masa terluang nanti..
nieyl singgah blog kalian juga ya..♥

 

09 January, 2024

Order Roti Tisu

by on January 09, 2024

Order Roti Tisu | Sepanjang nieyl kenal kedai makan mamak tidak pernah sekal pun nieyl order segala jenis roti canai. Menu biasa nieyl kalau makan dekat kedai mamak ni sama je maggi goreng ayam. Hari tu balik dari pasar kakak nieyl ajak singgah breakfast dekat kedai mamak, dia nak makan tosei, dan nieyl pula macam teringin je nak cuba rasa roti tisu. Sebelum ni pernah nampak orang share roti tisu ni ada yang jenis tinggi-tinggi. Tapi yang nieyl order ni pendek je. 

Dan pertama kalinya nieyl tengok roti tisu rupanya dia nipis je dan luar dia tu dia curah susu dan dalam dia ada gula. Bapak manis weh, boleh potong kaki makan tapi disebabkan first time makan nieyl makan sikit je dan nieyl suruh anak-anak buah nieyl habiskan. Nampaknya roti ni bukan jiwa nieyl. Tapi oklah dah pernah rasa ni tak adalah pelik sangat hahahaha..

 

Selasa yang kedua

by on January 09, 2024


Assalamualaikum..
Salam Selasa..
Hari ni merupakan selasa minggu ke-2 nieyl bercuti lagi..
adoi bilalah agaknya surat nak siap ya..
Ada yang tanya, kenapa nieyl masih lagi tak masuk pejabat..

Sebenarnya nieyl masih menunggu surat tawaran dan tandatangan kontrak baru 2024..
Kalau ikutkan perancangan HQ 2hb Januari dah boleh hadir bekerja..
tapi disebabkan PMX umum ada kementerian baru..
iaitu kementerian Digital yang dipisahkan dari kementerian komunikasi tu..
Jabatan nieyl terlibat sepenuhnya pertukaran tersebut..
jadinya, urusan surat ambil masa sikit..
jadi, nieyl kena tunggu sikit hari lagii..
itulah ceritanya...

Happy working♥

 

08 January, 2024

Cough Relief Patch Berkesan

by on January 08, 2024

 

Cough Relief Patch Berkesan | Actually kan, husband nieyl ni selalu batuk tapi tak mustahil pun dia batuk sebab dia perokok. Hari-hari berzikir dekat telinga pun masih tak berubah hahaha.. Lantaklah dia kan tapi bila dia batuk tu kadang-kadang nieyl kesian yela siapa tak sayang suami kan. Marah-marah juga tapi yela kita yang dengar dia batuk pun rasa rimas, lagikan dia sendiri yang batuk tu kan.

Masa berjalan-jalan dekat watsons tanpa tujuan. Pergi rak ubat-ubatan ni lepas tu ternampak Patch ni, dan anak buah nieyl yang kerja dekat klinik pun suruh cuba sebab dia kata menjadi. Tapi masa tu nieyl tak beli lagi la sebab anak buah nieyl kata dekat rumah dia ada. Jadi, dia bagi dekat nieyl untuk cuba kalau berkesan baru beli lagi.

Jadi, nieyl pun nak buat ujikaji lah cari mangsa, tak yah cari mangsa sebab mangsa memang nak serah diri hahaha. Jadi, nieyl pun tampal dekat tengah-tengah antara dua dada dia, kena pakai semalaman dan nieyl pakaikan time nak tidur. 

Balik kerja sehari lepas pakai patch tu dia cakap dia kurang batuk dan minta nieyl belikan lagi. Awak rasa saya nak belikan ke?meh duit hahaha, sebab awak merokok boleh, jadi beli patch tu mesti boleh juga hahaha...nieyl cakap mulut je cmtu..nanti nieyl beli kan laa...

Dia ada banyak jenis, untuk kanak-kanak lain, untuk dewasa lain. Kalau korang nak try juga boleh cari dekat Watsons okay. Yang tak batuk tu pun boleh je beli standby dekat rumah,kalau anak batuk ke, suami batuk ke kan boleh terus tampal je..semoga info ni berguna okay ♥

Surprise Gift Dari Kak Ayu

by on January 08, 2024

Surprise Gift Dari Kak Ayu | Pembuka tirai tahun baru Alhamdulillah, dengan tidak sengajanya nieyl memang tengah BW blog kak ayu, dari entry ke next entry. Bila baca entry ni , tak perasan pun sebenarnya kak ayu pilih nama nieyl, dia kali baca baru nieyl nampak nama nieyl. Lawak masa tu, terus PM kak ayu. Alhamdulillah, nieyl pun tak sangka yang nieyl boleh tersenarai diantara yang lain sebagai reader yang rajin tinggalkan komen. Sebab kalau BW nieyl memang akan fokus pada entry yang nieyl baca dan tinggalkan komen. Kadang-kadang entry yang lepas-lepas nieyl terlepas nak baca, nieyl akan baca dan tinggalkan komen. 

Antaranya blog kak ayu, sebab nieyl kenal kak ayu dalam dunia blogger ni 2009 lagi sampai ke hari ini 2024 dah, walaupun kita tak ada rezeki lagi nak berjumpa, tapi we close sebab setiap hari kita baca entry, kita dah macam jumpa setiap hari. Alhamdulillah.dari Iris dan Ian kecil lagi dan sampai dah besar panjang dah dieorang ni. 

Jumaat petang gift kak ayu selamat sampai. Buka-buka ada ada noted yang kak ayu beri. Macam noted cintalah kak ayu hehehe..sweet!

Ada 3 item gift yang kak ayu bagi ni, comel-comel kan, lagi-lagi penyepit aiskrim yang berwarna warni tu dan juga keychain kait berbentuk carrot. Comel sangat.
Yang lagi specialnya ada 6 keping gambar polaroid yang kak ayu print. Serius comel sangat lagi-lagi gambar nieyl dengan Tengku Ahmad tu. Nanti dah naik kerja semula nieyl akan letakkan dekat workstation nieyl, nanti nieyl share dalam ni. 

Terima kasih kak ayu, atas ingatan dan penghargaan ini Insya'Allah semoga ada rezeki satu hari nanti kita akan bertemu. Love u ♥


 

Ikan Bakar Segar Hj. Musa/ Paktam Melaka

by on January 08, 2024

Ikan Bakar Segar Hj. Musa/ Paktam Melaka | Kisahnya selepas naik kereta, dieorang terus ke next kedai untuk makan seafood tanpa nasi. Mesti korang tertanyakan , bukan baru je ke makan nasi lepas tu pergi makan lagi?ha..sebab kami semua lapar dan tak puas makan. Jadi, kita pergi kedai kedua dengan harapan boleh kenyangkan kiteorang sebelum balik ke Selangor. hahaha

Tadaa..semua ni kita pilih sendiri, timbang dan bagitahu nak masak apa. Ikan tu kita bakar dan juga kerang kita pilih 2 jenis. Satu yang besar-besar tu kita rebus je dan yang sederhana tu kita minta dia bakar sebab nieyl memang teringin nak makan kerang bakar cumanya kerang bakar dia tak mencapai tahap kepuasan hati nieyl dia terlalu kering tapi still boleh makan cicah dengan kicap hitam tu. 

Lepas tu kita ada ambil 7 ekor udang untuk masak butter nestum. First time nieyl makan memang sedap weh!boleh try buat dekat rumah nanti. Sotong kita buat goreng tepung je. Alhamdulillah kenyang makan lauk je dekat sini. So, kalau korang ke Melaka tak tahu nak makan dekat mana, korang boleh try sini makan bakar-bakar okay.