07 September, 2026
28 August, 2026
Akhirnya Dapat Tiket Puteri Gunung Ledang!
Hari ni nak share satu benda yang buat aku excited sikit..
akhirnya berjaya dapat tiket Puteri Gunung Ledang!
Serius, bab beli tiket ni kadang-kadang boleh buat jantung berdebar.
Dah masuk website, tunggu loading, pilih tempat… dalam kepala dah fikir, “sempat ke ni?” 😆
nasib baik afika tolong belikan.
Alhamdulillah, rezeki. Dapat juga tiket yang diidamkan. Sekarang tinggal tunggu hari nak pergi je.
kali ini nieyl akan pergi dengan syida dan afika
Bukan selalu dapat tengok persembahan secara live,
sebelum ni nieyl pernah pergi tapi dekat Istana budaya..
Harap-harap nanti persembahan memang berbaloi
dengan penantian dan perjuangan mendapatkan tiket. 😍
27 August, 2026
Realiti Kerja Yang Tak Pernah Diajar Di Sekolah
Kalau sekolah kita di ajar macam-macam kan.
Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Sejarah dan macam-macam lagi.
Tapi bila dah masuk alam pekerjaan,
baru kita sedar…
ada banyak benda penting yang tak pernah diajar dalam buku teks. 😅
betul tak?
Contohnya, cara kita nak berdepan dengan orang yang macam-macam perangai.
Ada yang baik, ada yang cerewet, ada yang suka last minute,
dan ada juga yang tiba-tiba bagi kerja dengan ayat, “Boleh siap sekarang?”
yang ni selalu kan?betul tak?
nak tak nak , kita akur dan buat..
Kita juga belajar bahawa kerja bukan sekadar buat tugas dan dapat gaji.
Kita kena pandai berkomunikasi, jaga emosi,
tahu bila nak bersuara dan bila lebih baik diam.
Kadang-kadang kita kena belajar menerima teguran walaupun hati terasa.
Yang ini paling banyaklah nieyl rasa yang kita semua lalui..
Satu lagi realiti, tak semua usaha kita akan dipuji.
Ada masa kita buat kerja bersungguh-sungguh,
tapi orang tak nampak pun. Dan itu normal.
Yang penting, kita tahu kita dah buat yang terbaik.
Sedar tak sedar, banyak rupanya pelajaran sebenar hanya kita dapat selepas masuk dunia kerja.
Dan sampai sekarang pun, kita masih belajar.
Bezanya, kali ini “exam” datang dalam bentuk email, meeting, deadline dan kerja last minute.
Ok nieyl nak tanya siapa yang baca entry ni..
Apa perkara pertama yang korang belajar masa first-first masuk kerja?
Share la dekat komen..teringin nak tahu...
26 August, 2026
Tauhu Berlauk Buat Sendiri
Entah bila entah nieyl ada baca blog ammi tentang tauhu berlauk ni..
Hari ni tiba-tiba rasa nak buat tauhu berlauk juga..
Tak tahu kenapa, tapi bila dah terbayang tauhu yang lembut,
inti yang penuh dan rasa sedap tu, terus masuk dapur. 😂
Sebenarnya nak buat pun tak susah sangat.
Nieyl guna tauhu 4 segi, tauhu telur, telur ( blander) ,
lada sulah, pati ayam, garam, lada hitam,
Untuk lauknya pula, nieyl letak isi ayam,
lobak merah dan daun bawang.
Gaul semua, kemudian kukus sampai masak.
Lepas dah sejuk, potong-potong dan goreng sekejap bagi bahagian luar tu garing.
Memang sedap makan panas-panas, cicah pula dengan sos cili. 🤤
Yang paling best bila buat sendiri ni, kita boleh letak inti banyak mana yang kita suka. Nak lebih ayam, lebih sayur atau nak pedas sikit, semua ikut selera sendiri.
Nampak simple je, tapi bila nieyl hidang dekat family makan ramai-ramai..
Sekelip mata satu pinggan licin , terus rasa puas hati. Kadang-kadang makanan homemade macam ni yang buat kita rasa, “Eh, hebat juga aku masak hari ni.” 😂

nieyl letak lah hiasan cili padi , lepastu gorengkan telur ala-ala kruk-kruk dia tu..
dan nieyl juga buat sambal kicap juga..memang A+++ ahahaha puji diri sendiri hahaha
Kerja Bukan Sekadar Gaji

Selalu kita fikir Kerja dan dapat gaji cukup lah kan..
nak apa lagi, sebab itulah tujuan kita bekerja..
Kerja memang untuk cari rezeki.
Tapi kalau difikirkan semula,
kerja sebenarnya memberi lebih daripada sekadar gaji setiap hujung bulan.
Sebenarnya daripada kerja, kita belajar banyak perkara cotohnya,
cara berkomunikasi, mengurus masa, menyelesaikan masalah
dan berdepan dengan pelbagai jenis manusia.
Kadang-kadang kita penat,
tertekan dan rasa macam nak mengalah.
Tapi dalam diam, semua pengalaman itu sedang membentuk kita menjadi
lebih kuat dan matang.
Kerja juga adalah tentang ilmu, pengalaman,
hubungan, kepuasan dan peluang untuk berkembang.
Gaji memang penting.
Tetapi rasa dihargai, dapat belajar sesuatu yang baru dan tahu bahawa apa yang kita lakukan memberi manfaat kepada orang lain juga mempunyai nilai tersendiri.
Sebab kerja bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita dapat, tetapi tentang siapa kita menjadi sepanjang perjalanan itu.
25 August, 2026
Apa yang ada dalam beg saya?
Selamat pagi..
Pernah tak korang buka beg sendiri dan baru sedar, banyak betul benda ada dalam tu? 😄
Beg nieyl sebenarnya taklah besar mana, tapi isinya macam-macam.
Selain handphone, ada beg kecil dalam tu semua kad ada,
ada kunci kereta (sekali kunci motor, kunci rumah) ,
Lipstik ada 3, lips treatment , perfume, tag nama, pin tudung kecemasan,
pad dan pantyliner wajib ada , teh biokanaf ( standby) dan olive oil..
Kadang-kadang ada juga resit lama, gula-gula,
duit syiling pun ada cuma hari ini check tak ada..hahaha
Bagi nieyl ataupun beg sesetengah orang perempuan ni bukan sekadar tempat simpan barang. Ia macam “beg kecemasan kecil” yang sentiasa menemani ke mana-mana.Macam poket doremon..
Apa pula yang wajib ada dalam beg korang? 👜✨
24 August, 2026
Tempat Brisk Walk Nieyl
Selamat pagi...
Bila weekend seawal 7 pagi nieyl dah start briskwalk..
nieyl akan cuba habiskan 2 round before 8 pagi..
8 pagi nieyl akan pergi pasar untuk topup barang dapur mingguan..
itu memang rutin nieyl skrg..
seperti yang nieyl janjikan hari tu,
nak share gambar track briskwalk nieyl setiap hari..
mendamaikan dan selamat sebab ramai orang..
tapi memang berpeluh..ahad je extra nieyl buat 3 round...
sebelum matahari naik..
Jom briskwalk dengan nieyl...




.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
