28 February, 2025

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe

by on February 28, 2025

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe | Lepas check in hotel, solat dan berehat sekejap pukul4 kitaorang keluar ke Pantai , niat di hati ni nak bawa family nieyl tengok sunset dekat situ. Sebab sunset dekat sini memang cantik, masa nieyl pergi tahun lepas memang rezeki dapat rekod dan dapat tengok sunset. 

Untuk kali ini kita hanya merancangan tetapi Allah yang menentukan. Cuaca di JB hari tu sangat-sangat tidak cerah ya, dia hujan sekejap, mendung, gerimis. Jadi, memang tak nampak matahari pun timbul. Tapi bersangka baik, mungkin kejap-kejap lagi kot, sambil tu kiteorang order makanan..jom tengok 

Onion Ring tak tahulah dia pakai tepung apa, kejadian dia sangat cantik

Yang ni kiterang beli set semua benda ada dalam satu talam senang nak makan. 

Ayam goreng padu dan sedap, actually ayam dia besar tau, puas gak la makan..

Makan rojak buah sambil santai tengok laut

Nieyl kalau tak bergambar tak sahkan, wajiblah dah sampai negeri orang ni kan, bukan senang nak pergi. Lagipun nieyl suka pemandangan pantai yang sangat tenang. 

Anak buah nieyl paksa ambil gambar dengan sotong tak ada kepala ni hahaha..nasib baik cantik nampak pemandangan pantai tu kan.

Lepas bergambar, kitaorang decide untuk balik hotel, berehat dan kita akan keluar makan malam pukul9 sebab kita dah booking restoran pukul9 malam..Nak tahu ke mana nieyl pergi makan, next entry nieyl share okayyy...

26 February, 2025

Good Morning

by on February 26, 2025

 


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
nieyl tak sempat nak breakfast lagi..
sbb pagi ni tolong wani settelkan surat..

lepas tu settelkan dokumen2 yang nak bagi boss sign tengah hari ni..
Layan agensi last minit nak buat pendaftaran majlis esok..

Rasnaya macam nieyl kena buat IF hari ni hehehe..

Happy working.

25 February, 2025

Stay di Amari Hotel Johor Bahru

by on February 25, 2025

Stay di Amari Hotel Johor Bahru | Lepas dah kenyang makan nasi kenduri, nieyl terus gerak pergi ke Johor Bahru untuk check in hotel, hotel lagi?aah..kali ni hotel lain pula sebab nak bermalam dekat Johor Bahru. Biasalah bila dah sampai Johor Bahru ni akan nampaklah bukit istana serene ni, ini kali kedua nieyl jejakkan kaki dekat Johor Bahru, soo tahu la sikit-sikit jalan dekat sini. Kebetulan kali ini bawa family, so bolehlah awak pergi mana-mana tempat yang nieyl dah pernah pergi.

Cuma hari sabtu tu, cuaca dekat JB ni tak mengizinkan gerimis, hujan, mendung je. Tapi tak apalah kita pergi mana yang boleh je nanti. Ok jom nieyl nak share suasana hotel kedua nieyl menginap dekat JB ni.
Loading barang dari kereta di aras 1, nanti akan ada trolly boy tolong bawakkan barang-barang kita. Kereta pun kitorang guna parking valet je sehari rm60. Sebab bawa mak, mak tak boleh nak jalan jauh-jauh sangat.. Untuk urusan check in kena baik tingkat 6..Dekat situ lah lobi hotel..

Lobi dia sangat cantik dengan deko-deko warna warni. Dan banyak je tempat duduk menunggu yang disediakan oleh hotel. 

Ini bahagian cafe kalau nak beli apa-apa makanan dan duduk santai situ pun boleh juga. Tapi masa nieyl sampai tu tak ada orang pun dekat situ. 

Nieyl ada snap papan menu dia dan harga sekali, kalau-kalau ada yang nak letak minum coffee dulu..

Kitaorang ambil 3 bilik. 2 bilik adalah connecting room dan nieyl sebilik dengan mak nieyl, kakak nieyl dengan anak perempuan dia dan 1 bilik lagi untuk 2 orang lelaki (tunang anak buah dan abg ipar nieyl) 
ada disediakan meja untuk buat kerja dan juga sofa single untuk bersantai-santai dalam bilik sambil tengok tv.
Dalam almari disediakan baju Mandi, iron, selipar hotel, hairdryer dan bag laundry. Tapi nieyl tak gunapun semua tu, sebab nieyl guna bilik kakak nieyl punya je iron hahaha

Toilet dia sangat bersih, banyak tuala di sediakan, tuala mandi, tuala muka, tuala rambut pun ada. 
Ada tv juga, semestinya nieyl buka untuk tengok channel apa yang diaorang kasi. Kebetulan AXN tu ada, nieyl buka bagi mak nieyl tengok. Mak nieyl suka ya tengok AXN punya channerl lagi-lagi kalau drama siasatan. 
Special yang ada dalam bilik hotel ada meeting coffee. Apa lagi habis kiteorang buat air coffee hahaha, rasa macam nak beli 1 untuk letak dekat bilik opis nieyl je tau
Nieyl sempat singgah Gym dia, Ya Allah seronoknya nieyl layan treadmill 30 minit memang berpeluh-peluh, mulalah otak tu cakap nak beli juga la letak dekat rumah haahaha..tapi dah tahu dah husband akan cakap apa hahaha

Untuk breakfast sorry, nieyl tak snap gambar pun sebab breakfast dia macam syurga makanan. Penuh dengan makanan. Sampai nieyl tak tahu nak start tadi mana hari tu, nieyl ambil semua portion sikit-sikit tapi nieyl rasa 75% makanan yang ada dekat hotel tu hehehe..

Next, kalau turun JB bolehlah stay dekat sini memang berbaloi.. Nak bagitahu korang niii, sebenarnya nieyl singgah Johor Bahru ni ada sebab tauu..hahaha..korang rasa apa?nanti nieyl sharee
































 

Makan Lauk Kenduri Kahwin Kluang

by on February 25, 2025

Makan Lauk Kenduri Kahwin Kluang | Inilah tujuan asal ke kluang tu, nieyl ikut kakak nieyl pergi kenduri kahwin sepupu abg ipar nieyl. Wow! first time nieyl pergi kenduri kahwin ada macam-macam jenis lauk. Kalau kenduri belah-belah selangor ni lauk kenduri yang biasa ayam masak merah, pajeri nenes, daging hitam dan lain-lain yang dah sebati dengan kenduri kahwin kan..

Yang kluang ni tetiba ada lauk kerabu ulam, ikan keli masak sambal cili api, lepas tu daging dia tu nieyl tak sure masak apa tapi sedapp dok ohh.. Kemudian ada banyak jenis kuih muih dan yang sedap buah jambu letak serbuk asam tu, itu yang paling laku dari buah oren. 

Lepas selesai makan kenduri, kita bergerak terus ke Johor Bahru untuk check in Hotel. Ha nak tahu hotel mana nieyl stay dekat JB..next entry okayy..

Stay dekat Kluang Container Hotel

by on February 25, 2025

 

Stay dekat Kluang Container Hotel | Hari jumaat lepas, pukul8 lebih tu nieyl dan family bergerak ke Kluang Johor dengan menaiki satu kereta sahaja. Kali ni nieyl pergi dalam 7 orang, nieyl naik kereta vellfire tu yang boleh sumbat 7 orang tu. 

Nieyl sampai hotel malam tu pun dekat pukul1 pagi jugalah sebabnya dekat seremban tu jem teruk, berhenti kereta pun dalam 2 kali cmtu. Cuma agak rugilah sebab kita check in lambat, kalau ikutkan check in pukul3 petang. Jumaat tu nieyl kerja, ada kerja yang perlukan nieyl dekat pejabat hari jumaat itu yang kena gerak malam tu.

Jom nieyl share hotel yang nieyl menginap jumaat malam. Actually hotel ni memang booking untuk sehari sahaja. Sebab tujuan asalnya ke johor ni ada wedding, dah alang-alang tu kita pergilah jalan-jalan dekat Johor Bahru. 

Kitaorang booking 2 bilik , satu bilik untuk perempuan dan satu bilik lagi untuk lelaki. Specailnya bilik ni, buka pintu je dah boleh terjun dalam pool dah, ini kalau ada anak-anak ni memang suka lah kan. Pool yang depan bilik nieyl ni lebih kepada dewasa dan ada satu lagi pool khas untuk budak-budak. 

Setiap bilik akan dapat 2 katil Queen sesuai untuk 4 orang dalam 1 bilik untuk dewasa. Keluasan dia sama dengan size kontena biasa. Laluan tu pun ngam-ngam je hihihihi. Biasa hotel 1 aircond je kan, dalam bilik ni dia bagi 2 aircond ya memang betul-betul nak bagi beku hahaha. 

Toilet bersih dan sederhana. Kelengkapan sama macam hotel-hotel lain sediakan. Cuma kedudukan toilet ini adalah di tengah-tengah antara sofa dan katil.
Untuk nampakkan ruang  bilik ni besar, owner hotel ni letak cermin besar untuk kita bersolek dan atas meja yang sama di letakkan air, cawan dan sebagainya.. 
Dalam bilik ni juga disediakan sofa panjang , Tv, iron board dan juga meja kopi. Sofa tu tu juga boleh jadi tempat tidur juga. 

Bahagian depan pool tu adalah ruang kalau ada yang nak masak ke, nak buat BBQ ke ataupun jamuan.

Pagi tu disediakan breakfast. Ada nasi lemak, bihun goreng, kuih muih sikit, roti dan kari ayam. Air panas dan air sejuk pun ada disediakan.

Lepas perut masing-masing dah kenyang makan, terjun dalam pool. Pagi tu memang tak ada orang lain dalam pool selain kteorang je. Gambar di atas ni cubaan nak masuk dalam air terjun tu tapi tak berjaya..Takut lemas hahaha..mampu duduk belakang air terjun tu je..jadi lah bergambar kan hehehe.. So, kalau korang nak bawa anak-anak santai-santai mandi pool, boleh try sini..best..

Kluang Container Hotel Sdn. Bhd
Lot 10943, Jalan 2, Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim

Good Morning

by on February 25, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Subuh tadi nieyl buka wasapp..
Syida share berita yang nenek dia dah meninggal dunia petang semalam..
innalillahiwainnailaihirojiun..
Mari kita sama-sama sedekahkan Al fatihah untuk arwah nenek syida..
Semoga arwah nenek syida ditempatkan bersama-sama orang beriman..
semoga segala urusan syida dan keluarga dipermudahkan..Amin...

Terima kasih yang sedekahkan Al fatihah..



 

24 February, 2025

Good Morning

by on February 24, 2025


Assalamualaikum..
selamat pagi isnin...
Hampir-hampir bangun lewat pagi ni nieyl..
Nasib baiklah terdengar bunyi alarm telefon..
Malam tadi nieyl sampai rumah dah JB dalam pukul10.30 malam..
nanti nieyl share aktiviti weekend lepas nieyl..

Pagi ni cari coffee terus sebab takut terlelap di pertengahan pagi kang..
hahaha..
Happy working semua...