09 February, 2024

08 February, 2024

Nasi Goreng Butter Simple

by on February 08, 2024

Nasi Goreng Butter Simple | Bila duduk berdua ni masih tak berapa pandai nak bajet masak nasi selalu ada je nasi lebih. Nak buang sayang, sebab elok je lagi , jadi tengah hari nieyl tak masak nieyl buat nasi goreng je untuk makan dengan sup tulang dan telur dadar.  Selalu kalau nasi goreng nieyl suka masak nasi goreng kampung ataupun nasi goreng cili api. 

Tapi semalam nieyl nak masak ala-ala masakan nasi goreng mantan Permaisauri Agong ke-16. Sebab nieyl memang suka tengok video masakan dia. Nieyl masak nasi goreng butter campur dengan lebihan ayam goreng , kalau permaisuri dia suka letak isi ikan. Jadi nieyl ada ayam, kita masukkan je..Lagipun resepi dia simple dan cepat je masak..Bawah ni resepi nieyl sendiri , sebab nieyl suka makan pedas jadi lebih cili nya

Bahan-Bahan

Nasi putih
Butter
Telur 
Bawang Putih
Bawang Holland
Cili api kisah
Isi ayam goreng
Garam

Cara Memasak
  1. Cairkan butter , tumis bawang putih, cili api, bawang holland
  2. Masukkan telur, kacau hancur
  3. Masukkan nasi dan isi ayam goreng yang dah di siat-siat
  4. Kacau, tambah garam secukup rasa, siap!

*Kalau Permaisuri dia suka letak cili api potong , macam nieyl suka masak siap-siap masa tumis.



 

Dapat Gift Sebulan Jadi Fully Housewife

by on February 08, 2024

 

Dapat Gift Sebulan Jadi Fully Housewife | Semalam tengah duduk berehat sambil makan nasi, husband nieyl call dia suruh nieyl siap-siap kejap lagi dia balik nak ajak teman pergi Puchong bayar gaji pekerja 2 orang dekat sana. Jadi, biasalah orang perempuan terutamanya nieyl la takkan keluar rumah kalau tak bersiap betul-betul hahaha, nieyl memang ambil masa at least 30 atau 45 minit untuk bersiap termasuklah make up. Sudahnya bila husband nieyl sampai rumah, nieyl baru siap make up tinggal nak pakai tudung je, jadinya dia kenalah tunggu dalam kereta. 

Lepas selesai urusan pembayaran gaji pekerja dekat Puchong tu, dia cakap nak pergi beli kasut dia nak pergi IOI Putrajaya. Jadi pergilah kitaorang ni IOI masalahnya nieyl pun tak tahu Decathlon IOI dekat Wings mana hahaha, husband pula ikut suka dia je parking dekat mana-mana. So, adalah kena jalan sikit tapi kan nasib baiklah dia parking situ, rupanya kan Decathlon tu betul-betul dekat dengan parking yang husband nieyl park tu, memang ada luck la hahaha, tak yah nak berjalan jauh sangat. Sebab IOI Putrajaya ni besar sangat memang penat kalau nak jalan seluruh Mall ni. 

Dah sampai Decathlon tu husband suruh pilih kasut yang nieyl suka, actually kalau dekat sini nieyl suka beli kasut running dia, hari tu nieyl beli juga kasut running dekat Decathlon Puchong, so kali ni beli dekat IOI Putrajaya juga. Masa pilih-pilih tu nieyl berkenan dengan kasut warna rose gold tu tapi sayang tinggal size kecil je. Jadi nieyl pilih warna seakan-akan pink juga. 

Cantik tak?

Nieyl tengah mencari semangat baru untuk start semula exercise ni dan run balik ni sebab sejak tak kerja ni kan berat nieyl dah turun 2kg ni..Kalau boleh, biarlah terus menurun dan turun sampai BMI yang ideal hehe..

Don't Forget To Drink Coffee

by on February 08, 2024

Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
Pagi ni bangun tidur, dah kena cergass..
sebab hari ini hari khamis, 
nieyl ada nak delivery karipap frozen dan peria dekat opis nieyl..
Seminggu sekali nieyl akan delivery order dekat office..
Dapat juga la nieyl lepas rindu nak tengok bangunan office tu..
hahaha...

Happy working semua...


 

07 February, 2024

Nasib Baik Tailor Terima Lagi

by on February 07, 2024

Nasib Baik Tailor Terima Lagi | Selalu bila dah nak masuk bulan ramadhan, nieyl memang pening sebab kadang-kadang terlewat hantar kain dekat tailor. Bila dah terlewat tu maksudnya nieyl kena beli baju siap dekat butik. Ada beberapa tahun juga nieyl kena beli baju raya siap, husband nieyl jeling jela sebabnya baju raya nieyl selalunya 2 pasang ataupun 3 pasang. Bila hantar kain dekat tailor biasanya 3 pasang, kalau beli pula biasanya sepasang atau 2 je. 

Almaklumlah, kalau beli ni harga dia ratus-ratus. Untuk tahun ni nieyl kena berjimat cermat sikit sebab husband sorang je yang kerja. Jadi, siang tadi nieyl sempat pergi hantar kain dekat tailor. Kalau ikutkan last tailor ambil tempahan hujung bulan 1 hari tu. Tapi sebab nieyl memang dah cakap nak hantar, jadi dia simpan slot untuk nieyl. Alhamdulillah. Kalau tidak, mahu botak lagi kepala husband nieyl hahaha...

So, tahun ni nieyl tempah 1 pasang baju raya pertama dan 2 kain batik untuk jahit kain sahaja. Itupun kain-kain yang bos-bos yang nieyl bagi masa masih bekerja. Rupanya ada hikmahnya nieyl tak buat-buat baju lagi masa bekerja, boleh la nieyl buat baju raya tahun ni..Alhamdulillahhh...

Korang persiapan baju raya macam mana?selalu beli siap ke hantar tailor juga sama macam nieyl?


 

Perasaan Menjadi Suri Rumahtangga Sepenuh Masa

by on February 07, 2024

 

Perasaan Menjadi Suri Rumahtangga Sepenuh Masa | Tidak pernah terdetik pun selama 11 tahun berkahwin ni nak menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Nieyl bekerja seawal umur nieyl 20 tahun dan pada umur 24 tahun nieyl bertemu jodoh dengan husband , dan masih bekerja sehingga tahun 2023. Jadi nieyl memang tidak pernah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, kalau setakat cuti sehari dua tu pernah la tapi untuk tempoh yang lama belum pernah lagi. 

Tapi untuk permulaan tahun 2024 ni, Allah beri nieyl peluang untuk merasa perasaan menjadi seorang isteri yang tidak bekerja dan sepenuhnya di rumah menjadi makan minum pakai husband. Pada awalnya macam bosan juga sebab bila kita dah biasa pergi kerja pagi dan balik kerja petang, malam baru kita ada masa dekat rumah. 

Tapi bila dah lama-lama, nieyl dah dapat rentak seorang suri rumah tu baru nieyl rasa macam Oo..best rupanya, sebabnya dari sampai ke Malam nieyl penuhkan masa nieyl dengan aktiviti dan tak banyak masa yang terluang untuk tengok Kdrama. Kalau bekerja pun nieyl rasa nieyl tak sesibuk sekarang ni hahaha..

Mesti korang tertanyakan apa yang nieyl sibuk sangat seharian sampai nak tengok tv pun tak ada masa. Meh nieyl share sikit rutin nieyl setiap hari sekarang ni..

6.30 pagi bangun, gosok baju kerja husband
7.00 pagi kejut husband, siapkan minum pagi dia dan bekal air dia
730 pagi setia menghantar husband ke pintu untuk pergi kerja
8.00 pagi kemas ruang tamu dan buka tingkap
8.30 pagi Siram pokok-pokok
9.00 pagi Rest 
9.30 pagi Jemur kain, lipat kain, sapu rumah
11.00 pagi Masak untuk tengah hari (husband balik makan)
12.30 tgh hari kupas bawang, goreng bawang, siapkan order
2.00 petang Jaga Raisya ( buat kerja sekolah)
4.00 petang buat minum petang dan dinner
6.00 petang rest
9.00 malam ke dunia blog
12.00 tgh malam tidur

Setiap hari akan ada perubahan , satu hari nieyl akan ambil masa untuk mengemas bilik , mengemas dapur, mengemas fridge dan macam-macam la, itu belum masa nak pergi kedai lagi kalau banyak order, nieyl kena pergi cari bawang, peria dan bekas-bekas. Ha..macam tu la rutin nieyl sekarang ni, nak cakap bosan tu rasanya tak sempatlah nak bosan sekarang ni..

Alhamdulillah setiap hari ada je Allah berikan nieyl rezeki , order masuk ..jadi, walaupun duduk rumah bukan duduk sahaja tanpa buat apa-apa, nieyl usaha cari rezeki jalan lain bukan duduk dalam bilik aircond mengadap komputer dah. Apa-apa pun kan, nieyl happy dengan life nieyl dan Insya'Allah nieyl percaya Allah akan beri yang terbaik untuk diri nieyl. 


Potato Fritters Nieyl

by on February 07, 2024

Potato Fritters Nieyl | Alkisahnya sejak-sejak jadi full wife ni husband nieyl kalau nak makan apa-apa dia akan order je. Kadang-kadang bila dia lapar, dia akan cakap la dia nak makan. Biasanya dia akan cakap masak la apa-apa asalkan bukan nasi. Sekarang ni nieyl tengah cuba mengawal, makan nasi sehari sekali sahaja waktu lunch. Dinner cuba makan sebelum pukul6 petang macam tu. Nieyl boleh konsisten kalau mak nieyl tak ada, kalau mak nieyl ada payah sebab dia akan paksa kitaorang berdua makan nasi hahaha.. 

So, semalam petang terajin sikit nak buat potato fritters untuk husband makan malam. Ala, buat tak banyak pun dalam 5 keping je untuk dia sorang je.

Bahan-bahan

Ubi kentang sebiji
Carrot
Daun Bawang
Tepung gandum
Telur sebiji
Garam
Air

Cara-caranya
  1. Campur semua bahan dalam bekas dan gaul sehingga sebati
  2. Goreng seperti cucur je
  3. Lagi sedap kalau korang goreng nipis-nipis dan garing.
Selamat Mencuba