14 January, 2020

Nak Kulit Cantik Meh Makan Longan

by on January 14, 2020
Kulit Cantik Makan Longan | Buah yang rasanya manis menyegarkan apa?Mestilah buah longan yang sentiasa menjadi kesukaan ramai. Termasuklah nieyl tapi itu dahulu kala, sekarang tidak lagi sebab ada peristiwa hitam yang nieyl alami sampai fobia nak makan buah ni. Itu nieyl, korang jangan ikut. Korang kena suka makan buah longan ni kalau nak kulit yang cantik dan bersinar cehwahh..


Buah longan ni kaya dengan vitamin C, tembagam nagnesium, fosforus, mangan dan merupakan sumber terbaik potassium. Selain itu juga buah longan terdapat viutamin b termasuklah asid folik. 

Kehadiran vitamin C yang tinggi dalam buah longan ini untuk sintesis kolagen yang akan memastikan kulit kita tegang dan sihat. Antioksidan melindungi radiasi ultraungu dan membersihkan tekanan oksidatif dalam sistem tubuh.

Jangan tak tahu ya, longan juga dikatakan mampu membantu mengurangkan kedutaan, bintik hitam, jeragat dan parut. Isi buah mengandungi vitamin B, vitamin C dan atioksidan yang memiliki sifat-sifat anti antipenuaan dan meminimakan kekeringan pada kulit .

Ada juga yang kata buah longan boleh meransang tenaga, maksudnya bila kita makan buah longan ni mampu meningkatkan tenaga dan mengurangkan kelesuan.Ha..lepas ni kalau rasa tak sihat tu, boleh la cuba makan buah longan ni ya.

Apa-apa pun tips dari nieyl , kalau nak kulit yang cantik kita kena rajin amalkan pemakanan yang sihat, ada yang nak kulit cantik tapi tak suka makan sayur, tak suka makan buah yang banyak vitamin C..Tak boleh la begitu ya, nak cantik kena lah dari dalaman, orang kata cantik semula jadi buka taruk bedak setebal 2 3 inci ya....Ok Bye


Minggu-minggu akhir bekerja- Johnnys Steamboat

by on January 14, 2020
Minggu-minggu akhir bekerja | Assalamualaikum, dua hari tak sempat nak update entry sebab tengah sibuk sedikit menguruskan stok - stok biz part time nieyl tu. Nak tahu apa?next entry nanti nieyl share ya.. Entry malam ni nieyl nak throwback sikit story di minggu-minggu akhir nieyl bekerja di tempat yang sama selama 10 tahun tu. Memang jadual lunch nieyl minggu akhir tu sangat padat dengan orang booked nak belanja nieyl makan di luar. Ya Allah, memang nieyl bersyukur sangat di keliling dengan orang yang sayang nieyl. 


Nieyl kalau hari jumaat adalah hari berpakaian kasual ,nieyl jarang pakai baju kurung hari jumaat melainkan kalau hari tu ada majlis bacaan yassin ataupun majlis rasmi. Hari jumaat kan rehat panjang , so kalau tak ke Alamanda tu , nieyl akan ke IOI mall ataupun kalau ada jualan dekat SPA tu, nieyl akan ke sana. 

So, minggu ke- 3 hari jumaat tu, kak mona dah booked nak ajak belanja makan dekat IOI City Mall. Orang perempuan ni jangan terpedaya ya, cakap je nak pergi makan bila dah sampai shopping mall baru nak deside nak makan apa dan makan di mana.. Situasi ni nieyl memang selalu alami, korang pun sama juga kan?jangan tipuuu


Last-last pilih makan di Johnnys steamboat, pilih untuk makan dua orang. Tak banyak pun kitaorang ambil sebab banyaknya melepak sembang je lebih. Lepas tu add on la nasi goreng, waduh...serius lah nieyl cakap masa tu, nasi goreng dia tak habis separuh pinggan pun nieyl dengan kak mona makan sebabnya nasi dia tu lebih. Korang boleh ke makan nasi yang lembik di buat nasi goreng?nieyl tak boleh telan, maybe masa tu masa nasi terlebih air kot...


Ini lah kak mona antara PA kami 3 orang, dia yang paling banyak angka usia nya daripada niey dengan faz..kekeke..tapi..tapi kalau korang face to face dengan dia, dia nampak lebih muda dari nieyl tau..(akk saya puji ni ) belanja lagi nanti ya hehehehe...


Ini lah dia nasi goreng tu, maybe next time tak order dah nasi goreng dekat sini, sayang lah dah la mahal kan,lepas tu tak leh telan di tekak ni..Hmmm... Apa-apa pun gambar kena cantik okay.. Thanks kak mona belanja makan dan selalu layan saya dengan baik dan selalu layan kerenah keanak-anakan saya nie..Semoga akan datang kita dapat bekerja sama lagi 😀

10 January, 2020

Virus Influenza kian merebak

by on January 10, 2020
Virus Influenza kian merebak | Setiap hari kita baca surat khabar pasti akan ada kes-kes terbaru yang melibatkan virus Influenza yang kini semakin merebak menyerang terutamanya pada kanak-kanak. Keadaan ini amat membimbangkan apabila ramai yang telah dijangkiti, ni kerana ia mudah berjangkit melalui titisan cecair pernafasan melalui batuk dan bersin. 

Sekiranya anak-anak yang mempunyai influenza, ibu bapa harus bersikat tanggungjawab kuarantin mereka di rumah dan tidak perlu di hantar ke sekolah mahupun taska. Sebaiknya todak berada di tempat awam yang lebih mudah virus itu disebarkan kepada orang lain. 


Influenza terbahagi kepada 3 iaitu Influenza A adalah yang lebih kuat berbanding Influenza B dan C.

Antara simptom Influenza A ;-
  • Demam dan mengigil
  • Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
  • Sakit kepala dan otot
  • Sakit tekak dan batuk 
  • Selsema
Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah. Jadi ibu bapa mohon lebih peka terhadap anak-anak jangan ambil mudah juga demam. 

Sila dapatkan rawatan hospital dengan segera sekiranya :-
  • Sesak nafas
  • nafas laju
  • Demam tinggi yang berpanjangan 
  • Kulit kelihatan kebiru-biruan
  • Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
  • Bayi dehidrasi kerana kurang minum (lampin kering, menangis tiada air mata)
Untuk dewasa pula simptomnya seperti :-
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Kebingungan
  • Muntah-muntah yang berpanjangan
  • selsema berkurangan tetapi demam dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah :-
  • Rehat di rumah
  • Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
  • makan jika rasa ada selera, sebaliknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
  • Ambil ubat ahan sakit yang dinasihatkan doktor

jadi, sama-sama kita cegah penularan #influenza


It's About Effort

by on January 10, 2020

Assalamualaikum dan salam jumaat semua...
Alamak, dah seminggu nieyl tak bekerja di pejabat..
macam tak percaya pula tapi itulah realitinya okay...
Kena terima dengan hati yang terbuka..

Every single day kita nak buat semua perkara sesempurna yang boleh
tapi kita tak sedar yang kita tak berusaha pun ke arah itu..
kita hanya pandai berkata-kata sahaja, betul tak?

Kadang -kadang kita nak menilai seseorang itu pun,
kita akan tengok effort dia, sebab effort tu lebih mainkan peranan penting dari kesempurnaan..





09 January, 2020

Sembelit?cuba makan buah prun

by on January 09, 2020
Sembelit?cuba makan buah prun | Siapa pernah makan buah prun?Dia ada jenis yang basah dan yang kering. Rasa dia pula manis dan mempunyai serat yang tinggi dan buah ni kalau kita kunyak dia lambat nak hancur tetapi seratnya secara semulajadi sangat bagus. Terutamanya untuk kesihatan badan kita. Buah prun ni mengandungi vitamin, mineral, serat , karbohirat dan lemak. Suku cawan buah prun mempunyai 12 peratus serat dan 6 peratus vitamin K yang diperlukan oleh badan setiap hari.

Kebaikan buah prun untuk kesihatan

  • Memperbaik pencernaan- Jika kita makan buah prun salah satu kebaikan yang pantas kita dapat adalah pencernaan yang baik  Ini kerana buah prun mempunyai serat pemakanan yang terbaik. Manakala jus prun juga sangat popular dikalangan warga tua yang ingin memperbaiki fungsi pencernaan, menghapuskan sembelit dan mengurangkan radang pada perut.

  • Meransang kesihatan mata - Selain memperbaiki pencernaan, buah prun juga boleh membantu mencegah kesan negatif radikal bebas dalam badan serta mampu membantu mencegah kemerosotan makular dan mengurangkan risiko tekanan oksidatif dalam mata dan memastikan penglihatan terang dan jelas.

  • Mencegah kanser - Antioksidan yang ada dalam buah -buahan kering ini boleh melindungi mata, tetapi mengurangkan kerosakan radikal bebas dalam tubuh boleh mencegah jenis-jenis kanser lain kerana radikal bebas ini boleh meningkatkan mutasi dan meransangan pembangunan pertumbungan berkanser.
  • Mengawal kolesterol - Serat dalam buah prun bukan sahaja baik untuk pencernaan malah ia juga baik untuk menghapuskan kolesterol berlebihan dari tubuh badan kita. Keseimbangan kolesterol ini akan merendahkan peluang untuk mendapatkan atherosclerosis dan masalah kardiovaskular lain seperti serangan jantung dan stroke.

Terlalu banyak kebaikan buah prun untuk kesihatan tubuh badan kita, kata orang mencegah itu kan lebih baik dari merawat. Jadi, di usia muda ini lah kita kena belajar amalkan pemakanan yang sihat untuk maksimumkan tahap kesihatan kita.

Rasanya masih sempat lagi kalau kita mulakan azam 2020 dengan mengamalkan pemakanan yang lebih sihat terutamanya seimbangkan kadar gula dalam setiap makanan yang di ambil, garam, lemak dan sebagainya.. Oklah jumpa next entry..Insya'Allah selamat membaca :) 

08 January, 2020