Semua sedia maklum yang menjelang tahun 2019 , kerajaan akan mengharamkan penggunaan straw plastik dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2020. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar di Malaysia.
Kalau korang nak tahu, 80% daripada yang barang yang dibuang oleh manusia adalah plastik. Pihak PBB telah menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke laut setiap tahun, 2000 tan daripadanya adalah straw plastik.
Ramai yang tertanya-tanya kalau minum tanpa straw macam mana nak minum?Jangan risau masih ada lagi cara yang lebih selamat digunakan dan bersifat mudah lerai yang mungkin kita boleh gunakan. Antaranya :-
Straw buluh - ha..kita mesti terfikir, kalau buluh biasanya kita akan buat lemang dan sebagainya. Jangan tidak tahu ya, sekarang ni buluh juga digunkana sebagai straw, malah straw buluh ni boleh digunakan untuk minuman panas dan sejuk.
Straw besi tahan karat - Bila sebut besi, mesti ada yang takut nak gunakan straw jenis besi ni kan? Jangan risau, straw jenis besi ini amat selamat digunakan oleh orang dewasa dan jua kanak-kanak. Ini kerana hujung straw dibulatkan dengan sempurna dan tidak tajam, malah mudah di basuh dan di bawa ke mana -mana.
Straw Silicon - Kanak-kanak terutamanya suka mengigit straw kan?jadi straw ini sangat sesuai kerana ia mempunyai bahan silicon yang lembut dan sesuai untuk gigit. Nak jaga pun senang dengan merendam dalam air panas untuk kebersihan.
Bekas minuman tanpa straw - Kebanyakkan syarikat-syarikat besar makanan seperti Starbuck telah memperkenalkan bekas minuman tanpa straw bagi menyokong memelihara alam sekitar dengan harapan dunia akan bebas dari plastik. So,mungkin selepas ini makin banyak lagi kedai-kedai makan di luar sana membuat perkara yang sama.
Untuk kempen tanpa straw memerlukan kerjasama dari semua pihak dan pengguna. Kejayaan boleh diperolehi dengan semangat kerjasama semua orang. ♥
Assalamualaikum korang.... Hari khamis dah ya..sekejap saja masa ini kan..
Dalam perjalanan hidup selama umur kita skrg ini... pernah tidak kita terfikir dua perkara ini... perbuatan baik dan buruk yg pernah kita lakukan.. Ya..walaupun sedikit..
Cuba ambil sekeping kertas.. bahagia kepada dua bahagian.. dan tulis dua perkara ini..kemudian bandingkan.. yang mana lebih banyak...
Salah satu cara kita untuk sentiasa munasabah diri dari terus membuat perkara buruk
Souvenir dari Egypt dan Bukit Tinggi . Seperti biasalah bukan kita yang pergi melancong boss yang pergi melancong. Bulan lepas boss nieyl pergi ke Mesir untuk ke Konvo anak dia sambil tu boss pergi bercuti panjang dekat sana. Lepas 3 hari balik dari Mesir, boss pergi pula bukit tinggi Indonesia ikut rombongan keknil . wah..seronoknya berjimbara kan..Tak apalah PA dok diam-diam dekat pejabat..hahaha
Untuk trip ke Egypt, boss kasi nieyl ole-ole keychain wajib ada okay, ada small beg yang memang nieyl suka boleh letak handphone, duit ,kad dan sebagainya, lepas tu ada FM juga dan coklat dari sana.
Tambah lagi koleksi keychain nieyl dekat pejabat ni. Ramai boss-boss yang datang bilik nieyl cakap cantik nieyl susun keychain macam ni dekat dinding.. (hahaha...kalau audit EKSA habisss)
Ole-ole dari Bukit Tinggi Indonesia, boss nieyl hadiahkan telekung warna pink Alhamdulillah, fav color,cuma dalam gambar ni dia warna suram sikit kan...tak ada lighting..hehehe.. Hadiah telekung ini merupakan telekung yang kedua nieyl dapat. Boss nieyl yang lama sebelum ini pun pernah bagi telekung dekat nieyl.Alhamdullah..syukur...♥
Ini pun hadiah dari Bukit Tinggi juga tapi dari jiran sebelah bilik nieyl ni..dia pun join rombongan ke sana. Semua orang tahu nieyl suka keychain,jadi dapat 2 keychain dari sana..Alhamdulillah..terima kasih banyak²...♥
Assalamualaikum Korang... Ada yang masih bercuti ke hari ni? Nieyl dah start kerja dah.. pagi ni sibuk sikit siapkan bos punya portfolio... Happy working ♥
Top Commentator Bertuah OKTOBER Alhamdulillah, bulan oktober 2018 dah melabuh tirainya kini tirai bulan November 2018 pula dibuka. Terima kasih kepada yang sudi dan tidak jemu-jemu komen entry-entry nieyl yang tidak seberapa ini.
Kepada kak Shahida, jangan lupa email no h/p untuk nieyl TOP UP .. kepada yang baru baca blog nieyl ni, boleh la kalau rajin singgah dan komen...Mana tahu?ada rezeki bulan depan ♥
Hari tu nieyl dah share dengan korang hasil tanaman nieyl pokok bendir kan, so hari ini nieyl nak share satu lagi pokok tanaman yang di tanam di keliling rumah nieyl. Korang mesti kenal pokok apa ni kan..
Ini pokok kacang botor ataupun orang panggil kacang botol. Kebelakangan ni hujan panas setiap hari Alhamdulillah hasilnya korang boleh tengok berbuah tak berhenti. Yang bestnya bila terasa nak makan buat ulam, just keluar rumah petik , cuci dan boleh makan dengan sambal belacan uolls.. Tak payah dah nak beli dekat kedai.
Dan lagi satu, bila kita tanam sendiri tanpa sebarang baja bila makan rasa dia sangat fresh dan sedap. Selain dibuat ulam makan bersama sambal belacan, kacang botol ni juga korang boleh buat kerabu tau..pun sedap juga rangup-rangup gituu..
Ini hasil yang nieyl petik pagi sabtu yang lepas, fresh tau nieyl buat ulam sahaja. Ha..nampak tak kenapa kulit muka nieyl bersih dan licin je..hahaha..sebab banyak makan makanan yang fresh dari tanaman sendiri..hehehe..kononnya..hihihi..
Alhamdulillah, bila dah banyak hasilnya nieyl akan bawa bagi pada bos jiran sebelah bilik pejabat nieyl ni sebab dia pun selalu bagi nieyl hasil belimbing buluh dia tu.. Jangan lupa, berbakti pada tanah, ini lah hasilnya... ♥