20 October, 2015

Menu weekend

by on October 20, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat bekerja semua...
Hari nieyl relax sikit la sebab bos xde...
pergi langkawi 1 week..hihihi...

weekend kekadang malas nak masak benda yang berat²..
masak pun simple² saja...
hari ahad hari tu sempat masak bihun sup dan kuih sagu je...

jangan tanya kenapa kuih sagu nieyl mcm pelik yea...huhu...
yg tu versi nieyl..hihihi...


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 October, 2015

Siapa nak bunuh jerawat??

by on October 19, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Musuh wanita adalah JERAWAT..
kalau boleh sebiji pun tak nak kasi tumbuh okey...Menci tau!
Alhamdulillah...nieyl dah jumpa cara nieyl untuk menjaga kulit dariapda
naik jerawat dan kulit licin..hihihi..

Kepada mereka yang belum temui caranya.
Mungkin boleh cuba beberapa cara ini untuk membunuh jerawat tu..

Anggur merah
Makan buah anggur merah ini sebab kaya antioksidan ini sangat bagus membersihkan peredaran darah dari racun, mengatasi radikal bebas penyebab jerawat dan biji anggur yang lebih kaya antioksidan boleh mencegah alergi dan membuat wajah bersih.

Ikan
Makan ikan sebab ikan laut kaya protein dan lemak omega 3 yang penting untuk
menjaga kesihatan kulit. Ikan juga rendah lemak yang tidak akan menimbulkan jerawat di wajah.
Ruginya siapa yang tak makan ikan..huhu

Bawang putih 
Bukan semua orang yang suka makan bawang putih kan,
sebab nieyl sendiri pun tak suka makan bawang putih nie..
 tambah pula bau dan rasanya yang kuat.
Tapi sebenarnya bawang putih terbukti jadi ubat alami pencegah dan penyembuh jerawat,
 baik dengan cara dimakan atau dijadikan masker.
Ooo...patutlah orang korea suka makan bawang putih kan...

Kerang 
Kerang memiliki kandungan zink dan vitamin A yang akan membantu menyembuhkan jerawat. Jerawat yang meradang boleh disembuhkan lebih cepat.


Avokado 
Buah ini kaya dengan vitamin C dan E yang penting untuk 
tepis radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit.

 Lobak merah 
 Lobak merah kaya vitamin A yang membantu tubuh berfungsi
 lebih efektif menjadikan kulit lebih tegang dan sihat dari radikal bebas dan serangan bakteria.


Kalau nak kulit yang sihat dan cantik..
kena lebih rajin, tak boleh nak malas²..
kena jaga pemakanan,kebersihatan... :)

Selamat Mencuba....

-LOVE xoxo-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bila selera berbeza

by on October 19, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dalam semua perkara tidak semuanya kita sependapat kan..kan...
mcm jugak dalam sesuatu hubungan tu..
Terutama sekali suami dan isteri...
Orang kata PERBEZAAN ITU PELENGKAP..

Baru² nie nak makan nasi goreng...
en.suami request nak nasi goreng hotdog cili...
tapi tekak isteri nak makan nasi goreng butter bilis...

Kalau boleh nak masak sekali je kan...
Tapi disebabkan hari tu agak rajin sikit...
ku relakan juga...huhuhuhu...
 Nasi goreng hotdog cili..
Nasi goreng butter Bilis

Tak sama tidak semestinya serasi...
Keserasian itu akan wujud bila ada perbezaan :)
tak ada lah boring sgt...asyik nak sama je kan..hhuhuhuh


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Take a smile

by on October 19, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hari ini hari isnin kan...
cemburu nya anak² sambung sehari lagi cuti..hihihi..
selamat bekerja semua....
jangan lupa SENYUM!


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

16 October, 2015

Kelebihan Berjemaah

by on October 16, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pagi ni nak share sedikit tentang berjemaah..
Mungkin ramai yang tahu...
kalau yang tahu tu..tak ada salah kalau kita mengingati semula kan...
Mana yang terlupa atau belum tahu tu..
Hari ini kita ambil tahu... :)
Kelebihan berjemaah...

Buat pilihan yang bijak :)

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

15 October, 2015

Sotong Sumbat Nieyl

by on October 15, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila cuti sabtu n ahad jelah yang boleh abis kan masa lama sikit kat dapur..
Kalau tak,isnin - jumaat masuk dapur sebab nak buka tingkap...
cuci pinggan atau cawan yang di tinggalkan dalam sinki..huhu..

Last weeked first time buat sotong sumbat...
Ingatkan susah sangat la menyumbat...
upernyer semudah 1 2 3 saja..wah!kau nieyl...

Ini inti yang nak di sumbat dalam badan si sotong tu..hihi..
Bahan dia senang je..

Karot + bawang besar+ cili merah besar+ daun bawang+ telur

*karot+ bawang besar (potong dadu)
*cili merah besar + daun bawang (potong kecik²)
Cara² memasak

Tumis semua bahan n last sekali baru masukkan teluar...
jangan lupa letak garam secukup rasa okey... :)

Lepas tu, terpulang la uolls nak masak apa dengan sotong tu...
ade yang masak kicap..ade masak sambal..ade yg masak masam manis..
terpulang laaa okey... :)

selamat mencubaaaa :)


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kena Rajin Gosok Gigi OK

by on October 15, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Selamat pagi...
Ha..siapa kat sini yang tak rajin gosok gigi??
So,kalau mana yang tak rajin tu...
tahun baru ni meh rajin² gosok gigi okey...
Gigi yang sihat dan cantik mampu mengukir senyuman yang menambat hati.

Jadi,ada beberapa sebab kenapa lepas nie kita kena lebih rajin gosok gigi..

1. Florida 

Kalau iklan Ubat gigi je..mesti ada sebut pasal Florida..Floria kan..
Tahu tak apa dia florida tu?
Florida merupakan ‘agen’ penting dalam mencegah berlakunya kaviti.
kalau kita  memberus gigi sebelum tidur,
florida akan membentuk satu lapisan untuk melindungi gigi.
Apabila kita  bangun tidur keesokan paginya,
memberus gigi ibarat touch up kepada lapisan perlindungan yang sedia ada tu.

2. Bakteria
Sehari berapa kali kita gosok gigi??Jawab..jawab... :)
Sekurang²nya kita memberus gigi dua kali sehari untuk
menghalang bakteria jahat daripada ‘bersarang’ di dalam mulut.
Bakteria yang dibiarkan begitu sahaja di dalam mulut lebih daripada 24 jam mampu untuk merosakkan enamel gigi, seterusnya gigi akan mudah berlubang dan menjadi hitam.
Nak ke belum tua lagi..gigi dah rosak²...taknak kan...


3. Rangsang 

Siapa tidur,banyak peta dekat bantal??hihihi
Fungsi Air Liur Apabila kita tidur pada malam hari,
penghasilan air liur adalah berkurangan berbanding siang hari.
Air liur atau saliva ini sebenarnya bertindak sebagai lapisan tambahan
untuk melindungi gigi dari terhakis oleh bakteria
dan mengurangkan kesan pembentukan plak yang akan membawa kepada masalah kaviti.


4. Melindungi Gusi

Tak ada gusi..tak ada gigi tau...
Gusi adalah bahagian paling utama dalam kesihatan gigi.
Jika kita tidak jaga gusi, gigi akan mudah tertanggal sebelum waktunya.
Kurang peka juga menjadikan gigi sensitif,
gigi beralih, gigi mudah tertanggal atau patah,
dan gusi bengkak serta berdarah. 



5. Jimat Duit 

Siapa taknak penjimatan duit..jangan jaga gigi ye...
Kalau kita gagal memberus gigi secara konsisten,
masalah yang lebih teruk akan muncul.
Rawatan akar, kaviti atau membuat gigi palsu memerlukan wang yang
lebih berbanding kos membeli berus dan ubat gigi setiap bulan.
Mencegah itukan lebih baik dr merawat.



6. Bantu Memperbaiki Kesihatan Diri 

Kalau gigi kita bersih,cantik..nak senyum sepanjang hari pun tak apa tau..
Senyuman menawan dengan gigi yang bersih adalah lambang kepada
kesihatan kita. Masalah gusi yang tidak sihat bukan memberikan
kesan kepada kesihatan mulut kamu semata-mata,
 sebaliknya mampu merebak ke saluran darah.
dan nak senyum pun...xnak..hilang keyakinan diri..

7. Hilang Deria Rasa 

Jangan kita tak tahu pulak..
Plak dan bakteria yang terkumpul di dalam mulut kita tu
 akan merosakkan deria rasa secara perlahan-lahan.
 Kalau kita nak menikmati makanan dengan kelazatan yang sewajarnya,
selalulah memberus gigi.


 8. Cegah Pembentukan Plak

 Plak mudah terbentuk pada gigi di bahagian bawah atau yang
berhampiran dengan gusi dan berwarna kekuningan.
Cara terbaik untuk merawat masalah plak ini adalah dengan mengunjungi doktor gigi untuk melakukan cucian. Senang cakap.."karat gigi laaa"

 9. Nafas Lebih Segar

Kalau mulut kita berbau..agak² orang lain selesa tak nak cakap ngan kita?
Sedangkan kita sendiri pun rasa tak selesa..
 Rasa malu kalau kawan kita menutup hidungnya!
Keadaan ini tentu saja membuatkan kitarasa rendah diri dan tertekan. 

 10. Gigi Lebih Putih 

Gigi kuning, bukanlah satu imej yang menarik.
Jadi, cegahlah ia dengan sentiasa memberus gigi.
Bawalah berus dan ubat gigi di dalam tas tangan kita.


Okey itu sahaja nak share pagi ni..
ha...jangan amek ringan penjagaan gigi..:)

-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png