13 March, 2025

Lewat hari ni

by on March 13, 2025


Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Pagi ni nieyl lewat sikit masuk opis..
Nieyl pagi-pagi dah beratur dkt hospital untuk ambil stok ubat mak nieyl..
Alhamdulillah smooth je hari ni..
Sebelum pukul9 dah selesai urusan dan boleh masuk opis semula..

Bila sampai-sampai opis..
berduyun orang wasap nak date bos, nak jumpa bos..
ambil dokumen..hehehe...

Happy working semua..

 

12 March, 2025

Me Time Sempena Women's Day

by on March 12, 2025

 

Me Time Sempena Women's Day | Tanggal 8 Mac merupakan hari wanita sedunia. Jadi nieyl mengambil kesempatan pada esok harinya untuk ber Me Time . Kali ini nieyl pilih untuk buat Manicure Pedicure . Ini kira first time nieyl pergi buat selama hidup ni ni tau hahaha. Tempat yang nieyl pergi ni actually anak buah nieyl yang tunang tu lah rekemen, sebab dia dah pernah buat dekat situ sebelum ni. Dan dia cakap area situ memang murah dan banyak pilihan cumanyaaa Shopping Mall hidup segan mati tak mahu je..hahaha..hanya 1 level ini sahaja yang hidup, riuh dengan orang. 

Nieyl buat di Mall Galaxy Ampang, mungkin ada korang yang pernah dengar, or pernah pergi. Perjalanan dari rumah nieyl tu lebih kurang 30-45minit kalau tak jem. Actually, level yang nieyl nak buat mani pedi ni, level tu semua kedai mani pedi dan kedai urut..Tak ada kedai lain. Bila masuk je level tu, setiap langkah tu akan ada orang kedai cakap "nak buat mani pedi, murah..murah" itu je ayat yang korang akan dengar..sampailah korang masuk kedai yang korang pilih ..

Macam nieyl pergi tu tak pening sangat nak pilih sebab anak buah nieyl bawa dekat kedai yang dia pergi dulu. 

Ok ini kedai yang nieyl pergi, masa snap gambar ni dah selesai semua dah. Masa ni dah ramai orang masuk dah, sebab masa nieyl buat hanya ada nieyl , kakak ngan anak buah nieyl je. So, memang santai. Masuk dan duduk staf akan bagi catalog untuk kita pilih pakej yang kita nak buat. Macam nieyl, nieyl ambil Manicure, Pedicure, scrub dan remove dead skin..Total RM70 sahaja. Ini kalau dekat Mall lain dah seratus lebih dah rasanya.

First sekali dia akan suruh kita rendam kaki kita dalam air suam tujuan dia untuk lembutkan kulit tapak kaki tu. 
Sambil-sambil tu dia start untuk buat kuku tangan dulu. Dia bersihkan, potong dan bentukkan kuku kita dan buang kotoran di kuku kita. Lepas tu dia kilatkan kuku kita sampai nieyl rasa alamak, berkilat betul kuku ni hahaha.. Last sekali untuk bahagian tangan dia akan urut-urut sikit tangan kita tu. Tapi memang best, dia buat dengan sangat teliti , dua belah tangan ni ambil masa untuk siapkan lebih kurang 30 minit juga. 

Lepas tangan dah selesai, dia beralih ke kaki pula. Untuk kaki dia akan kikis kulit mati dekat tapak kaki kita terutamanya bahagian tumit yang merekah tu. kemudian baru dia beralih ke kuku kaki sama juga dia buat macam kuku tangan. 

Hasilnya kan nieyl memang puas hati dengan staf kedai ni tau, dia buat sampai kita puas hati. Nieyl memang love la, tumit kaki nieyl licin dan lembut je. Nieyl memang puas hati, kalau ada rezeki nanti nak pergi lagi kedai ni..murah dan puas hati.

Korang pernah buat Mani Pedi ni tak?kalau tak pernah try la sekali..best..ala..tak yah cari yang mahal-mahal, yang murah pun hasil dia mantop ...

 

Menu Berbuka Puasa

by on March 12, 2025

Menu Berbuka Puasa | Bila dah masuk pukul11 pagi, mulalah sel-sel otak ni berhubung mencari idea-idea menu berbuka puasa. Amboi..kalau tengok dekat media sosial bukan main semua share resepi KA..ada yang jadi, ada yang tak jadi.. Tahun ni nieyl belum lagi try mana-mana resepi KA, sebab masih ada idea lagi nak masak apa untuk berbuka. Karang kalau dah kebuntuan, bolehlah belek KA punya Tiktok tu hehehe. 

Hari ni nieyl nak share menu berbuka nieyl untuk hari ke 5 ( gambar atas) . Bila puasa ni tekak auto teringin itu teringin ini. Kali ni nieyl buat rendang ayam, nasi impit dah macam raya rasanya hehehe. Lepas tu, husband ada beli sikit muih muih. Simple je menu berbuka sebab tak boleh nak makan banyak pun.


Untuk Ramadhan 6 pula, kebetulan mak nieyl masakkan kari ikan petang tu, balik kerja nieyl gorengkan ayam, ikan masin dan macam biasa nieyl tak nak makan nasi masa berbuka nieyl panaskan roti pratha je untuk makan dengan kari ikan. Alhamdulillah...

 

11 March, 2025

Settel Baju Melayu Raya

by on March 11, 2025

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Pagi berjaya sampai opis sebelum 7.30 pagi..
Bermakna boleh check out tepat pukul4 petang..

Weekend baru ni ada masa terluang sikit,
lepas berbuka nieyl dengan husband ke Bangi..
Husband kata tahun ni dia nak pakai baju bulan bintang..
Oleh itu, nieyl pun teman lah dia..

Sampai-sampai je..
Kena beratur, panjang jugalah cumanya tak beratur lama sangatlah..
Mungkin awal lagi kan orang nak keluar cari baju raya..

Bila dapat masuk je..
terus cari baju melayu..
Jumpa terus try..byr..
dan keluar..

Rasanya adalah dalam 30min je kiteorang dalam tu hihihi..
adik yang tolong kitaorang tu cakap..
pantas betul dan senang assist kiteorang..
hahaha..kalau semua orang macam kitaorang cepatlah butik tu kosong..hehehe..

Alhamdulillah...
Baju melayu untuk raya pertama dah selesai..
Baju raya nieyl pun bulan 12 hari tu dah hantar ke tailor..
Lega dah 50% dah settel..

Macam mana persiapan korang?
dah mula sikit-sikit ke?



 

10 March, 2025

Good Morning..

by on March 10, 2025


Assalamualaikum..
Salam 9 Ramadhan ..
Sekejap je dah 9 hari kita berpuasa ya..
Sambil-sambil tu rasanya ada yang dah buat sikit-sikit persiapan raya kan..
ke masih relax-relax lagi...

Happy working..

 

07 March, 2025

Tiffin Jeiwa

by on March 07, 2025

Tiffin Jeiwa | Masa nieyl stay dekat hotel Amari JB, sementara menunggu untuk check in tu nieyl pusing-pusing keliling dalam lobi sebab lobi dia cantik dengan dekorasi. Salah satunya adalah pameran Tiffin ni. Bila nieyl nampak Tiffin ni terus teringan dekat Kak Ayu (blog mummy ayu)  . Sebab dia selalu bawa bekal guna tiffin macam-macam warna pergi kerja. So, this is for you kakak...

Actually ada banyak tiffin dekat lobi cantik dia letak dalam almari kaca yang transparent so, bila lalu tu memang nampak cantik sangat dijadikan hiasan.. Kalau tengok website tiffin Jeiwa ni wow..boleh tahan harga dia tapi cantik-cantik corak dia. Free-free nanti korang bolehlah tengok dekat website dia..