13 March, 2024

Dugaan Setiap Kali Berpuasa

by on March 13, 2024

 

Dia bukanlah kata nak mengada-ngada tapi bila dia datang tu..
Rasa nak hentak kepala ni dekat dinding tau..
Yang nieyl perasan lah kan, setiap kali hari pertama berpuasa..
tak kiralah ramadhan ke, ganti puasa ke, puasa sunat ke..
nama hari pertama, mesti sakit kepala tu datang..mai heran aku rasa hahaha..
tapi itulah masalahnya, mungkin perut dah masuk angin..
selalu kalau lambat makan pun akan jadi sakit kepala..
plus pula sekarang ni duduk rumah kan , cuaca tengah hari panas terik yang tak boleh dibawa berbincang..jadi, kenalah bertahan dan kalau tak tahan sangat, 
memang masuk bilik ON aircond hahaha..lepas tu bil sampai 180 hahaha...
sabar je la nieyl oi

11 March, 2024

Review Gift Farewell

by on March 11, 2024

Review Gift Farewell | Seperti yang dijanjikan nieyl nak review hadiah-hadiah yang nieyl dapat masa majlis farewell hari tu. Sebenarnya nieyl tak expect to much sangat bab hadiah ni, sebab apa je orang kasi kita ambil jela kan. Tapi masa terima hadiah dari Pengarah tu macam dah boleh tahu je hadiah apa sebab bag dia dah tulis siap-siap dah brand apa hehehe..jom kita tengok hadiah apa nieyl dapat..

Hadiah pertama yang nieyl dapat adalah telekung Siti Khadijah warna coklat. Sangat cantik tau sebab nieyl sebelum ni telekung Siti Khadijah nieyl warna putih yang itu pun hadiah dari Dr Norlida setahun yang lepas. Nampak tak sampul bunga-bunga tu, nieyl ingatkan kad ucapan rupanya hadiah Wang Tunai , yang ini memang surprise Alhamdulillah, Allah beri rezeki.

Hadiah yang kedua dari Puan Norul, pegawai yang sangat baik dengan nieyl dekat office, Allahuakbar dia bagi nieyl senaskah Al-Quran Al -Kamil, kata Puan Norul dia suka Al-Quran ni sebab lengkap dengan tafsiran, tajwib dan nanti nieyl buat review khas dalam Al-Quran ni ya.

Hadiah yang ke-3 adalah dari Dr. Wan Azlin yang pernah menjadi penyelia nieyl, pernah lagi mak nieyl dekat office. Dr. Lin bagi nieyl sehelai tudung. Alhamdulillah..Apa sahaja pemberian dari mereka yang mengenali kita tu, kita kena hargai.. Actually kan, nieyl bersyukur sangat sebab nieyl selalu dapat hadiah telekung, dalam simpanan nieyl ada 3 lagi telekung yang nieyl masih belum guna dan nieyl plan nak guna 1 untuk buat terawih tahun ni dan satu lagi nak guna untuk travel dan 1 lagi nieyl bagi dekat mak, boleh la dia buat second telekung kan.

Hello Monday

by on March 11, 2024

 

Assalamualaikum..
Hari ni hari isnin..
Hari anak-anak kembali ke Sekolah..
Semoga segala urusan anak-anak, parents dipermudahkan..
Yang mana bekerja, happy working..


08 March, 2024

Jemputan Farewell Dan Bacaan Yassin Office Lama

by on March 08, 2024

 

Jemputan Farewell Dan Bacaan Yassin Office Lama | Minggu lepas nieyl dapat jemputan dari office lama nieyl untuk hadir bersama di Majlis Bacaan Yassin dan Penyampaian hadiah untuk ex staff.  Mesti korang tertanya kenapa baru sekarang buat kan. Sebenarnya awal bulan 3 baru ni, baru dapat pengarah selepas pengarah lama nieyl bersara bulan 11 2023. 

Korang tahu tak apa perasaan nieyl masak hadir ke majlis tu?Ya Allah rasa lepas rindulah dekat office tu bau dia, jumpa kawan-kawan, pegawai-pegawai semua. Mereka layan nieyl seperti nieyl masih lagi keluarga mereka, sungguh terharu nieyl dan makin rindu nak kembali bekerja. 

Kenangan bersama pengarah baru, masa moment nak ambil hadiah ni sempat pengarah cakap yang dia dah hantar memo ke pengurusan untuk mohon nieyl masuk semula ke office dan nanti dia follow up. Dan sempat juga dia tanya nieyl buat kerja apa dekat office sebelum ni. Actually,post nieyl adalah direct dibawah pejabat pengarah dan nieyl memang akan menguruskan urusan pentadbiran bahagian nieyl dan membantu PA pengarah untuk urusan surat menyurat. Jadi, korang doakan semoga urusan nieyl dipermudahkan ya.. Pengarah sempat melawak " kalau masuk balik , hadiah kena pulang balik ke mcner" hahaha... alamak..

Masa sesi makan -makan tu tak sangka pula dieorang beli kek siap ada nama lagi. Manja tu nieyl tau, pegawai-pegawai office sekarang ni ramai panggil nieyl dengan nama tu, sampaikan nieyl sendiri pun dah terbiasa dengan nama tu dekat office, actually itu nama panggilan nieyl dekat rumah dan family. Dan nama pikachu tu adalah afika. 

Lepas je selesai jamuan makan tu, pegawai-pegawai nieyl tak kasi balik dulu. Dieorang minta nieyl stay sampai petang. Hahaha, dah macam bekerja dah nieyl hari tu. Dan ada juga yang jumpa nieyl bagi nieyl hadiah personal farewell, aduhai..terharunya...sementara nak keluar lunch hari jumaat tu, nieyl pergi jumpa kawan-kawan lama nieyl dulu dekat aras lain dan nieyl sempat jumpa boss lama yang nieyl pernah jadi PA dia 4 tahun masa dekat JPA dlu, dia baru  naik pangkat dan dapat dekat jabatan nieyl. Kecil betul dunia ni, pusing-pusing jumpa balik. 

Sebelum nieyl balik, sempatlah jenguk khabar workstation yang banyak kenangan nieyl dekat situ. Masih sama dan tiada orang yang duduk situ, dieorang kata reserve untuk nieyl hahaha..adoilahh...reserve entah bila nak masuk pun tak tahu laaa.. PTB dan PA harap bersabar ya, doakan semoga pengurusan terima permohonan pengarah nieyl. Dieorang dah tak menang tangan nak buat kerja sekarang ni dan mengharapkan nieyl kembali..besar harapan dieorang, besar lagi harapan nieyl..

Next entry nanti nieyl share dengan korang, apa hadiah yang nieyl dapat hari itu ya. Sebab memang hadiah yang sangat berharga dan menyokong usaha nieyl untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik untuk tahun 2024..Insya'Allah..

Resepi Thai Mango Chicken

by on March 08, 2024

 

Resepi Thai Mango Chicken | Rasanya dah lama nieyl tak share tentang resepi kan, asyik share tempat makan je. Actually nieyl selalu je masak dekat rumah sejak tak bekerja ni cuma kadang-kadang tu menu simple-simple je masak tu yang jarang nak share tu dalam blog. Kalau nieyl masak menu baru insya'Allah nieyl akan share dengan korang. 

Hari ni nieyl nak share resepi Thai Mango Chicken, masakan ni kiranya first time nieyl masak ni tau itupun terigin nak rasa sedap ke idak sebab selalu lalu dekat fyp nieyl tu. Cuma biasalah nieyl ubah ikut cita rasa nieyl.

Bahan-bahan

Dada ayam potong dadu ( nieyl guna drumstick)
Tepung Goreng Ayam (bestari)
Plum sos
Thai sos
Madu
Air
Garam
Cili api (potong)
Bawang besar ( hiris)
Daun Ketumbar
Manga (sagat panjang atau potong )

Cara memasak
  • Dada ayam dipotong digaul dengan tepung goreng ayam dan goreng serta toskan.
  • Dalam mangkuk lain, masukkan Plum sos, Thai sos, Madu, Air, Garam, Cili api, bawang besar, daun ketumbar dan gaulkan sebati. Last sekali masukkan manga yang telah dipotong atau disagat panjang.
  • Gaulkan isi ayam yang telah digoreng bersama bahan-bahan sos yang telah disatukan tu..
  • Dah siap!hidangkan makan dengan nasi panas..sedappp..

nieyl guna sos thai brand ni

Plum sos jenama life

*kalau dalam resepi asal dia ada guna air limau kasturi, cuma resepi ni nieyl tak letak sebab mak nieyl tak boleh makan makanan yang ada limau kasturi nanti dia sakit perut, tapi rasa dia tetap sedap juga.Nanti korang try lah, sos -sos tu sukatan dia ikut pada berapa banyak isi ayam yang korang masak. Ala..yang itu mesti korang boleh agak-agak kan, sebab korang lagi hebat masak dari nieyl..

Selamat Mencuba...

Happy Birthday Nieyl

by on March 08, 2024

 

Happy Birthday Nieyl | Hari ini baru nieyl nak share dengan korang yang baca blog ni. Pada 2 Mac 2024 merupakan Ulangtahun kelahiran nieyl yang ke?agak-agak korang lah berapa umur nieyl ni?bagi jawapan dekat komen ya.. Nieyl bersyukur sangat masih diberi peluang menikmati hidup dengan family tersayang dan disamping suami tercinta dan juga kawan-kawan di sekeliling. 

Harapan nieyl untuk tahun ni adalah nieyl nak jadi hamba Allah yang lebih baik dari semua segi dan nieyl nak berjaya dunia dan akhirat. Balancekan dunia dan akhirat adalah goal nieyl untuk tahun 2024. Tahun ni tak ada gift special, tapi hadiah paling berharga adalah ucapan-ucapan yang baik dari kawan-kawan, adik beradik, dan mereka yang mengenali diri nieyl di alam maya dan nyata.