Selamat Hari Raya Semua
by
Nieyla Nadia
on
July 03, 2018
Dah nak habis raya baru nak share gambar raya, tahun ni nieyl dengan husband beraya secara sederhana sahaja. Sebab fokus kitaorang tahun ni lebih kepada 2 majlis besar yang akan berlangsung bulan 8 nanti. Apa-apa pun raya tahun ni best sebab semua 8 adik beradik nieyl dapat beraya bersama-sama.
Selepas bersalaman seperti biasalah kita akan beraya dulu rumah jiran-jiran berdekatan sebelum pergi ke rumah nenek tiri nieyl dekat bukit changgang. Balik dari rumah nenek, berehat sekejap sementara kaum adam menunaikan kewajiban solat jumaat, pukul2.30 baru start semula beraya ke rumah pakcik dan makcik sehingga jam 11 malam..Kalau di kirakan ada lebih kurang 13 biji rumah kitaorang raya.
Raya tahun ni bersama ahli keluarga baru, anak buah nieyl yang lahir 29 Jun 2018..sangat istimewa sebab nama baby ni ilham dari nieyl sendiri. Pada asalnya nieyl hanya cadangkan sahaja nama tu tak sangka pula nama tu abang dengan kakak ipar setuju. Alhamdulillah, nieyl beri nama dia Nur Raisya Humairah..
Nieyl ada 9 adik beradik, 5 lelaki dan 4 perempuan. Tapi perempuan tinggal 3 sebab arwah kakak sulung dah pergi buat selama-lamanya.Al fatihah~ sekarang ini kami bertiga sahaja anak perempuan mak. walaupun muka kitaorang ni tak sama tapi keakraban adik beradik sangat rapat.
Ini sebahagian dari adik beradik,ipar duia,anak buah..tahun ni ramai pula family yang tema biru & grey ..Nieyl dengan husband je warna lari sikit hijau..hehehe...semakin besar keluarga nieyl dari tahun ke tahun..Alhamdulillah...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA♥













