10 July, 2015

Ada yang nak kahwin tak?

by on July 10, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam jumaat uolls..
terima kasih kepada uolls yang say hai di twitter...
pagi ini agak mengantok sikit..
semalaman jaga en.suami yang demam panas..
lunch nanti nak balik bawak dia g klinik pula..
risau jugak dah nak raya nie demam² kan...
Okey lah arini nak share satu kisah..
kalau tgk memang lawak laaa..pernah je terjadi situasi macam nie..
cuma xde lah sampai ikat mengikat nie kan..
even masa mertua nieyl nak masuk meminang dlu pun...
ada la sikit² situasi mcm nie..haha..

Cuma bezanya mak yang over sikit dr ayah...
kalau ikit ayah nak semuanya simple..
pastu klu hantaran tu tak sampai harga sekarang nie laaa...huhu..

Tapi kalau ikutkan zaman skrg nie..
dengan harga barang semuanya naik...
so,berpada-pada lah yea duit hantaran tuh...
yang penting jangan sampai menyusahkan.. =)
atau berhutang sana sini sbb nak kahwin..
no..no...

seindahcerita: perkahwinan hanya sekali dan nak kekal..tapi hutang tu xkan nak follow sampai dah ada anak cucu cicit =)

 

09 July, 2015

Dimana dia duit saya

by on July 09, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hampir setiap hari bangun tidur..
nak selalu berfikiran positif..tidak kira dalam apa perkara pun..
Tapi dalam pada kita berfikiran positif nie..
Akan ada dugaan dan cabarannya..

Masuk hari ini dah 4 hari report bank dibuat..
dan last pagi tadi call..nak follow up report..
orang tu kata dalam report masih tak ada apa² update..
hellloooo...hari ini dah berapa hari bulan...
next week dah raya..adoi...

Tak kan lah tak boleh nak bantu sesama manusia nie..
di saat kita perlukan bantuan..anggap benda tuh remeh je..
kalau saya nie kaya raya..saya tak kisah..
Ini adoiiihaaaiii...

Bila dah mampu nak berfikiran positif..
Emel aduan telah ku tulis..
so,harap ada good news laaa...
klu bad news jugak tak tahu laaa nak kata apa...

Sedangkan bank² lain boleh setelkan report seawal 3hari bekerja...
Memang lah dalam term uolls maksimum 10hari -14 hari..
tapi sebenarnya kalau nak boleh je kita minimum kan had hari tu kan..
customers mesti lagi suka..n lagi akan guna perkhidmatan yg cepat..
easy ke?mcm x easy je..

Masih lagi berharap ada sinar yang akan menyinari raya ku..

seindahcerita: jangan layan org tgh meroyan..tggu duit tak dapat²...
 

Kisah Wanita Sedang Ingin Berubah

by on July 09, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Pagi uollss..
semoga hari ini lebih baik yea..
pagi ini terbaca satu artikal ni..
sangat menarik untuk di kongsikan bersama..


pengajarannya..jangan malu atau takut untuk berubah kepada yang lebih baik..
InsyaÁllah kalau niat kita ikhlas..Allah akan permudahkan segalanya..Amin..

kepada uolls² yang suka bersegmen..jom join segmen nieyl KLIK SINI

seindahcerita: hulurkan bantuan,sekiranya ada teman² yg ingin berubah ke arah lebih baik..support lah..tidak rugi satu sen pun =)
 

08 July, 2015

Mengemas bermula dengan tudung

by on July 08, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai uolls..dah start mengemas rumah ke nak raya ni?
alahai...kat opis pakat² dengar lagu raya..amboi...semangat hampa naaa...
mentang² next week semua dah pakat balik kampung...
lenggang putrajaya next week..huhu...

Nieyl tak abis lagi mengemas rumah..
last week baru start mengemas..tapi cume sempat mengemas tudung aja laaa..
haha..sebab husband dah bising tudung banyak sangat..
sampai tempat gantung dah tak muat..so,mana² yang xnak pakai..
asingkan..cuci sedekah kat orang...
tudung awning banyak sebenarnya..tapi yg nie sahaja yang nak simpan yang lain..
sedekah kat orang..sbb dah jarang pakai tudung awning...
area bawah nie bawal,shawl..
Dah penuh..so,dengan harapan nak beli tempat tudung lagi satu..
sebab skrg tgh minat pakai shawl dan bawal hihihi...

MIL mai rumah tgk tudung,kata dah macam kedai tudung dah..haha..
seindahcerita: yeay...dah dapat tukar duit raya....
 

07 July, 2015

Terkeluar dari niat sebenar

by on July 07, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Petang uolls...
kebekuan duduk kat office kebelakangan nie...
ini belum minggu depan bila dah ramai balik kampung nie..
memang kena beli sarung tangan, stokin..
letak air mineral pun boleh sejuk nie..

Ni cerita ahad yang lepas lah...
Memang dari rumah lagi niat di hati nak beli makanan kucing..
Sebab makanan kucing menang tak ada langsung..
kesian anak² bulus kat rumah tu kan...

Sebelum tu pergi alamanda nak tengok kalau² ada kasut yang berkenan di hati..
biasalah kalau pergi ke alamanda tuh tempat lain tak di pergi nyer pun...
kalau tak carlo rino..ke primavera...
hihi..jangan tanya kenapa yea..
sebab tak ada jawapan..hihihi..

Pusing punya pusing..jumpa la satu kasut yang simple..tapi heel laaa..
Sbb tahun nie mmg nak pakai heel sbb tahun nie baju raya meleret..huhu..
nak tengok baju raya?hihi..x boleh la...time raya la nanti yeaaa...
surprise²..

Kebetulan MIL ngan adik ipar buka puasa kat alamanda..
so,lepas buka tu plan nak pergi beli makanan kucing kat ioi mall putrajaya tu..
MIL pun nak ikut..nak cari kasut katanya...
Lepas beli makanan kucing tu..ikut sekali la MIL cari kasut..

Carik punya carik..last sekali nak tahu kedai apa yang MIL masuk??
hihihi..CARLO RINO haha..sbb time kat alamanda tu..mmg keras hati tak nak masuk..
sebab takut tak boleh kawal nafsu membeli ini..
adoi...MIL dah masuk..dah belek² kasut...

Dengan tidak sedarnya..diri ini pergi ke kaunter jual purse/wallet..
mula² tu tengok aje..sekali promoter yang kerja kat situ kenal..
sebab pernah beli ngan dia kat butik CARLO RINO Alamanda..
sekali tersangkut jugakkk..terbeli satu purse..Oohhh nnooo....
so,ini lah hasilnya...boleh tunjuk bag je...
dalam dia nanti pakai raya baru tunjuk nyer..hihihi..:P

okley lah dah membebel panjang dah petang nie...
tangan pun sejuk membeku dah nie...
esok kita jumpa lagi di n3 baru yea...

Selamat berbuka uollssss...

seindahcerita: buka nie nak makan durian..yumyum...
 

Persiapan Raya : Kuih raya popular katanya

by on July 07, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Boleh tarik nafas lega sikit..
baru lepas call rhb untuk follow up report yang buat malam tadi...
so,orang tu kata dlm report tu pun pegawai mlm td dah tulis urgent..refund secepat mungkin..
hopefully,sebelum raya dapat laahhhh...doakan yea...
Nieyl teringat ada orang komen..tanya Tart Kuril dengan Romi Puratos tu kuih apa?
tak pernah dengar..hihihi...
Okey lah sebenarnyer kuih raya nieyl tahun nie adalah kuih raya SR..
Siapa SR tuh?
SR tu ialah Syarul Ridzwan..
Siapa dia?dia pelakon last drama Hati perempuan..
okey lah lagi senang TENGKU ZARIL :)

Setiap nama kuih raya dia..Ambil sempena nama watak² yang pernah die pegang..:)
Last week dia ada buka booth kat Vendeurfestival di MATRADE..
Memang beratur orang beli..pastu amek gambar lagi...sesak..
tapi nieyl special case..malas la nak beratur² nie..
so,delivery depan rumah aja..haha..TQ SR!
Okey nieyl beli 2 sahaja yang pasti paling WIN..
Tapi jujur dari hati tart dia paling sedap! tak rugi la beli...
sebab tu la ada yang beli berpuluh²..tapi agak² la..xkan nak hidang 2 kuih nie je kan...
so,nieyl ada beli beberapa kuih raya lagi...
pastu ade plan nak buat 2 jenis jugak..yang tu,nanti nieyl update lagi yea...:)

seindahcerita: dah tukar duit raya ke oulls?

 

Kad keluar..duit tak keluar..

by on July 07, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat pagi uollss..mood tak berapa nak okey hari ini..
sebab malam tadi ada benda buruk terjadi..
sungguh tak sangka laaa..malang tak berbau...

Semalam keluar rumah dengan hati yang sangat happy..
pergi ke easy rhb nak keluarkan duit...
kenapa easy rhb sebab lepas tu nak bank in duit guna cash deposit rhb tu..
so,fikir macam lebih mudah laaa..
tak perlu nak pergi banyak bank kan...

So,my kad cimb dengan tenang nya..
masukkan kad..tekan no.pin...n amount yang nak di keluarkan..
lepas tu tunggu dalam 50 saat cmtu..
Hanya kad bank sahaja yang keluar..
tanpa duit...tanpa resit...
macam pelik la kan..so,tergerak hati nak check balance dlm akaun...

Mengucap panjang kat tepi atm tu...
balance dalam akaun berkurangan..
Time tu memang dah mengelabah laaa..terus call cimb buat report..
lepas tu call rhb buat report..

so,tanya dia dalam jangka berapa lama boleh dapat balik duit tu..
sebab bukan sikit amount tu..dia cakap dalam 10 hari..
hah?10 hari??nada suara nieyl dah tinggi ckit dr biasa..
lagi 10 hari raya..tak kan lah tak boleh awal lagi...
masalah ini bukan dtg dr saya okey..dtg dr sistem uolls sendiri...

lepas dapat no.report..
terus letak telefon..rasa nak menjerit sekuat²nyaaa...
duit tu nak tukar duit raya tuhhhhhhh...:)

Ada x sesiapa yang kerja kat rhb bank?
memerlukan sgt pertolongan...:(

seindahcerita:dugaan demi dugaan..

 

06 July, 2015

Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT

by on July 06, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Soalan n Jawapan

1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?

Tiada lagu yang membuatkan diri ini teringat zaman sekolah²..
mungkin sebab zaman sekolah dulu tak selalu dengar radio kot..
kecuali lah lagu kanak² macam bapak ku pulang dari kota, katak si katak lompat..haha..


2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke.

Lagu baik-baik sayang by wali band.. Time nie patah hati, kecewa bila kekasih hati ada orang lain..dan berharapan untuk bersama kembali.. Tidak boleh terima kenyataan yang diri ini ditinggalkan tanpa sebab..Oohhh..nooo...disebabkan itu kebencian pada ex tu makan tahun... Lagi satu lagu patah seribu by shila amzah..peh!klu naik je lagu nie..terbanyak muka lelaki yg ku benci itu..haha
ini semua poyo!!!


3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on!

Semua lagu yang berentak rancak

4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asramaa tu.

Lagu di pondok kecil by Ae man feat UNIC.. sampai skrg kalau dgr lagu nie memang akan menangis terasa mcm takut akan kehilangan mak ngan ayah.. kalau boleh sampai biasa² nak bersama ayah dan mak...


5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami

Terlalu banyak lagu² yg ada kaitan dengan diri ini..cuma yang paling win dalam hati adalah memori tercipta by shila amzah.. 

6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahahh

soalan nie mmg WIN laaa...nak nyanyi dengan Hafiz laaa...
lagu Untuk Cinta..haha (harap² laki tak baca ) 


7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? Mohon ada lah mana tahu ada sesapa nak nyanyikan lagu What Makes You Beautiful by One D ke kat gue. Nombor tujuh ni kalau takde takpe. Nak jawab lagi bagusss. Hehe. Jangan nyanyi lagu Lelaki by Yuna dahlah. Gue bukan lelaki tak gunaaaa.

haha..nak jugak ke..adoi...okey laaa..nak nyanyi kan lagu sakitnya tuh disini..haha..sudah!
abis jawab..haha


 

Iftar bersama husband friends

by on July 06, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila dah hujung² bulan ramadhan nie...
byk pergi iftar di luar...dengan family..dgn kawan²...
so,minggu lepas turn iftar bersama husband friends..
hampir setiap tahun kita akan buat iftar bersama...

So,tahun nie kita iftar di area bangi sahaja...
dekat dan parking pun senang...
Tak perlu nak fikir² jalan jem bagai...
selfie dalam kereta tak pernah nya lupa...
lelagi kalau ade banda baru yang nak di tunjukkan nyer...( tudung baru) haha
Para suami semuanya kawan baik..manakala para isteri boleh dikatakan sangat rapat antara satu sama lain..dari sebelum kawen sampai la dah ada anak masing²...
ada 2 family lagi yang belum ada rezeki mendukung anak sendiri bila bergambar...
InsyaÁllah one day...Aminnn....

Event yang mesti atau wajib buat setiap kali ramadhan tibaaa...
untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan sesama kami...:)

Tempat : rhr hotel uniten
Price : RM69.90

seindahcerita: setiap tahun tempat iftar tak sama :) 
 

Akhirnya wallpaper dapur

by on July 06, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Pagi semua...hari ini masuk 19 ramadhan kan..
Ya Allah..sekejap saja ramadhan nie..
Semoga ramadhan tahun depan kita berjumpa lagi..
InsyaÁllah...

Actually wallpaper untuk dinding dapur dah beli lama dah...
tak terpasang sebab en.suami bizi memanjang..
bila bulan ramadhan nie byk masa dia kat rumah...
so,selesaikan lah kerja² yang tertunggak tuh...
Alhamdulilla...simple² je pun...
Tak mahal pun wallpaper untuk dapur nie..
beli kat kaison dlu..hihi..pasnag sendiri...jimat kos..haha..

InsyaÁllah untuk ruang tahu,dalam next week kot org kedai wallpaper dtg..
nak pasang ..untuk ruang tamu kena guna yang mahal skit..n org yg pasang pun..
yang profesional...klu x nant..jahanam klu buat sendiri..haha :P

Uolls macam mana persiapan raya?
kuih² raya dah ada?

Nnt nieyl share persiapan raya tahun nie pulak :)
stay tuned...
 

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services

by on July 06, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
 [ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan. 
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan. 

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah 
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat. 

3. Penghantaran Yang Fleksible 
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan. 

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :) 
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50. 

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 012-296 1085. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi PritingrServices dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Sufi Printing Services , Emas Putih , Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum :)