14 October, 2026

Semoga Kalian Dimurahkan Rezeki Selalu

Alhamdulillah, rezeki dapat ole-ole dari Istanbul..
Gajah tu bukan tau haha..saja nak nampak cantik hehehe..
Coklat Merci Petits: Yang biru tu Edel-Vollmilch (susu) 
& yang coklat gelap tu.
Coklat premium dari Jerman tapi famous kat Turki. 
Rasa dia lemak berkrim, cair di mulut.

Gofrik Pistachio: Ni wafer Turki viral!
Dalam dia ada pistachio paste,
bukan coklat kosong je. Sedap sangat.

Dah lama tak dapat FM..
Magnet Istanbul: Ada gambar Hagia Sophia,
Blue Mosque, tram, cezve.
Comel..

Yang ini pula ole-ole dari PA KP (jiran bilik nieyl)
Dia join KP lawatan bekerja di Kelantan..
 Kain MYKA ni memang famous kat Kelantan, corak batik moden. 
Kaftan warna purple biru ni lembut je, tengok pun dah rasa tenang.
 Material dia pun sejuk.
Sesuai pakai waktu tidur malam..

Last sekali petang semalam, dapat latte ais dari kak mazira..
Dia datang bilik nieyl sebab nak jumpa bos..
petang-petang bila pekena coffee akibatnya malam tadi tak boleh tidur awal hahaha..
Nasib ler ko nieyl..
Nasib baik hari ini bos pagi ni bos ada meeting..
bolehlah curi-curi pejam mata sikit hehehe...

6 comments:

  1. ammi kan memang tiap malam minum satu mug nescafe + susu kotak masa nak makan ubat tu. kalau tak minum macam tak boleh tidur pulak. huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rezeki kan..orang memberi kita merasa...

    ReplyDelete
  3. Rezeki datang tak disangka ya Nieyl.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah....ramai yg sayang Nieyl....murah rezeki & smeoga dimurahkan rezeki juga pd yg beri Nieyl hadiah2 tu..aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)