Pernah tak masak nasi pada waktu pagi, tetapi beberapa jam kemudian nasi dah berbau masam?
Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, nasi boleh rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.
Sebenarnya, ada beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk menjaga nasi supaya lebih selamat dimakan.
1. Pastikan Periuk Nasi Bersih
Sebelum memasak nasi,
pastikan periuk dan bahagian dalam periuk nasi bersih.
Sisa nasi lama yang melekat boleh menjadi tempat pembiakan mikroorganisma
2. Jangan biarkan nasi terlalu lama pada Suhu Bilik
Nasi yang telah dimasak boleh mengandungi bakteria Bacillus cereus yang sporanya mampu bertahan selepas proses memasak. Jika nasi dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, bakteria boleh membiak dan menghasilkan toksin.
Sebaiknya, simpan nasi dalam peti sejuk dalam tempoh 1 hingga 2 jam selepas dimasak.
3. Jangan campurkan nasi baru dengan nasi lama
Kalau masih ada lebihan nasi semalam,
asingkan daripada nasi yang baru dimasak. Ini memudahkan kita mengurus penyimpanan dan mengetahui nasi yang perlu digunakan terlebih dahulu.
Menjaga nasi supaya tidak cepat rosak bukan sekadar tentang petua orang lama, tetapi juga cara kita mengendalikan dan menyimpan makanan dengan betul.
Amalkan kebersihan, sejukkan lebihan nasi dengan segera dan simpan di dalam peti sejuk. Dengan langkah mudah ini, kita dapat mengurangkan risiko keracunan makanan dan mengurus lebihan nasi dengan lebih selamat.
Semoga perkongsian kecil ini bermanfaat untuk semua.

Kat rumah akak kalau ada nasi lebih memang cepat2 masukkan dalam fridge...esoknya goreng..so xde istilah nasi basi..tapi kadang2 terlupa juga..sesekali la x selalu...
ReplyDeletepenutup periuk selalu juga saya lapkan supaya takda titisan air atas tu. risau nasi akan cepat rosak
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsiannya. Jarang masak nasi. Beras habis pun beli lagi. Al-Maklumlah bujang - bujangan.he he he
ReplyDeleteKalau ada nasi lebih selalu masuk peti ais. Lepas tu esoknya kalau tak buat nasi goreng...boleh makan juga.
ReplyDelete