21 October, 2026

Perancangan Pelaburan Penting


Hari isnin nieyl ambil cuti,
memang asalnya nak berehat di rumah..
Tapi biasalah, bila ada free time macam nie lah ..
kita pergi buat apa yang patut..

kereta saga flx nieyl usia dia dah 13 tahun..
setakat ini yang paling makan modal nieyl tukar seketul Gear Box..
kalau tak silap tahun PKP 2021..

Lepas tu dia sakit kecil-kecil je..
tak ada makan modal beribu..
Alhamdulillah..

Bulan ini ada sedikit extra..
nieyl dengan husband pergi tukar Mounting enjin,
service dan buat balancing and alignment tayar..
Bajet nieyl dalam RM800,
tapi kena dalam RM760 lebih kurang..

Alhamdulillah..
lain rasa dia bila dah tukar Mounting tu..
rasa macam bawa kereta baru..
Tapi husband nieyl kata banyak lagi kita nak buat saga tu..

Ramai suruh kiteorang beli kereta baru..
Memang lah ada hajat , tapi not now la..
nak berehat seketika dari hutang..
tahun depan punya perancangan tak tahu lagilah macam mana..

Kereta saga flx nieyl ni tak banyak ragam pun..
tapi biasalah bila dah tua, kena extra belai sikit..
tukar mana-mana yang patut ..
bagi dia rasa muda..hehehe..

next month ...
plan nak tukar exzober dan steering rack..
semoga nieyl ada rezeki lebih Amin...

7 comments:

  1. Amin.Semoga saga LFX kembali rasa muda =)

    ReplyDelete
  2. kalo melibatkan gearbox mmg makan modal

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua dimurahkan rezeki ya. Kereta ni bila kita pakai, kadang nak perhatian juga....kena sediakan kos juga kan....

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  5. Kereta Akk lagi tua dari kereta Nieyl, alhamdulillah masih elok juga. Biasalah ada barang wear & tear yg kena tukar. Tapi selagi dia berfungsi dgn baik, guna je la kan.

    ReplyDelete
  6. Kalau bekerja ni, niat cuti nak berehat tu.. memang tak jadi lah..macam² dibuatnya...

    Selagi boleh berjalan keretanya, elok lagi.. kita guna je

    ReplyDelete
  7. Inilaha dat bila kita pakai kereta kan Nieyl..semua nak kena jaga...kereta akak tu pun sama...bezza baru 2 tahun..tp mileage dah 200k..sebab hari2 jalan dan buat grab kan..ni kami dalam perancangan nak tukar tayar plak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)