23 January, 2026

Craving Pisang Goreng Cheese

by on January 23, 2026


Petang semalam lepas lunch..
Tak tahu kenapa tiba -tiba craving sangat nak makan pisang goreng cheese..
dah buka Grab dah nak order..
tengok jam dah nak balik..

Otw balik kerja terus pergi cari kedai pisang goreng tu..
dengan harapan buka la..
memang rezeki, food truck tu buka..
pisang goreng panas-panas lagi ye...

Takdan masuk rumah..
bedal dulu 2 ke 3 pisang hehehe..
Puas hati rasanya dapat makan..

RM12/10 pcs

 

Cari duit tepi suka-suka

by on January 23, 2026

 

Cari duit tepi suka-suka | Amboi ramai yang nak tahu nieyl niaga apa ya. Sebenarnya niaga ni saja suka-suka je tolong kakak nieyl. Hari ni penuh kereta nieyl dengan order-order ofis yela hari ni gaji kan jadi ramai lah yang order nak ambil barang hari ini. 

Kakak nieyl dah pencen kerja swasta, awalnya dia nak menguruskan anak lelaki kesayangan dia makan minum ke sekolah, selepas 2 tahun..Anak dia pun masuk U, jadi dia pun keboringan di rumah. Jadi dia start buat kuih untuk makan sendiri, lama-lama nieyl cakap lah dengan dia, buat lah banyak..nieyl boleh tolong jualkan dekat ofis..
Daripada 10 bungkus, sekarang ni setiap hari ada je orang order karipap frozen dari nieyl. Nieyl ada inti sardin dan keledek + kentang . Alhamdulillah, dalam pada niat nak bantu kakak tu, dapat juga la nieyl komisen sikit buat duit poket hehehe.. Ini sampai ke bulan puasa list dah panjang dah orang order untuk bulan puasa dan raya. 

Tadi cerita tolong kakak nieyl kan. Yang ini pula nieyl tolong kakak ipar nieyl seorang suri rumahtangga sepenuh masa, anak ada 3 orang bersekolah. Daripada duduk rumah je, nieyl cakap kena buat something yang boleh jana pendapatan ni. Buat lah apa-apa nieyl tolong jualkan. hahahaha.. nieyl kalau buat memang lambat lagiiiiii, tapi kalau jualkan insyaÁllah..muka rezeki hehehe..

So, kakak ipar nieyl supplier kerepek pisang tanduk dan Pisang nangka. Lepas tu dia juga ada buat popia sira, popia cheese dan popia nestum yang dekat ofis nieyl dah ada regular customer dan setiap minggu ada je orang order. Alhamdulillah ...

Ha..itula antara makanan yang nieyl jual , saja suka-suka..









22 January, 2026

Roti Boy Pocket

by on January 22, 2026

Masa cuti seminggu awal tahun aritu..
gigihlah nieyl pergi memenuhkan Alamanda tu semata-mata nak rasa Rotiboy Pocket..
Memang pergi Alamanda tu semata-mata nak beli , makan dan balik hahaha..
Boleh percaya ke?

Ok nieyl dah rasa roti boy pocket ni..
ini pendapat nieyl melalui tekak sendri..
nieyl rasa benda ni biasa je sis..
aiskrim pun biasa coklat vanila..
maybe next time kita boleh beli rotiboy..
makan dekat rumah bersama aiskrim..santaiii...

selesai makan tu..
ikut plan nak balik kan..
kalau dah namanya perempuan..
window shopping harus ya hahaha..
lepas window shopping pergi makan sushi pula..
lepas tu baru balik rumah kkikiki..

jangan percaya kalau kata sekejap



 

Morning

by on January 22, 2026


Assalamualaikum..
selamat pagi..
pecah rekod pagi ni sampai ofis 7.12 pagi..
hari ni dan esok kena sampai ofis waktu-waktu macam tu..
ini semua sebab nak dapatkan parking dekat basement...

2 hari ni nieyl bawa banyak barang..
minggu gaji kan biasalah..
order banyak...jadi, nieyl memang kena ulang alik ke kereta 2 atau 3x..
bila park dekat basement tu tak ada lah penat sangat nak naik tangga..

Nanti nieyl share nieyl jual apa..
hehehe...


Happy working semua



 

21 January, 2026

Pengalaman duduk asrama

by on January 21, 2026

 

Pengalaman duduk asrama | Semalam petang waktu on the way balik kerja dalam kereta dengarlah celoteh Dj bercerita topik mana lebih baik duduk asrama atau duduk di rumah bersama ibu bapa. Pada nieyl masing-masing ada pendapat sendiri. Ada mak ayah yang nak didik anak berdikari, mereka hantar anak ke asrama. Tapi ada juga mak ayah yang nak anak-anak mereka membesar depan mata. Benda tu semua pilihan masing-masing. 

Oklah nieyl saja nak share pengalaman nieyl duduk asrama ketika umur 12 tahun. Duduk asrama ketika itu adalah pilihan nieyl sendiri. Jarak rumah nieyl dengan sekolah 3km sahaja. Tak jauh mana pun. Apa yang bestnya duduk asrama ni nieyl belajar untuk hidup berkongsi. Bilik tidur, bilik study dan bilik air semuanya kita kena kongsi dengan orang lain. 

Duduk di asrama kena ikut peraturan yang telah ditetapkan. Waktu makan, waktu solat , waktu study dan waktu tidur. Ia mengajar kita menepati masa dan ikut peraturan. Kadang-kadang orang luar nampak duduk asrama ni macam tak best sebab tiada kebebasan.. ko tahu ke?hahaha..

Meh nak bagitahu, zaman duduk asrama ni lah moment yang sangat best tau. Kalau duduk asrama ni kalau takkan lari dari penyakit KUTU hahaha. kadang-kadang tak faham betul, macam manalah KUTU ni suka berjangkit ketika duduk asrama je.. Part yang paling best, bila free time je masing-masing berkumpul dengan kertas putih dan sikat kutu. Kita cari kutu di kepala sendiri.. Dah macam pertandingan siapa banyak kutu hahaha.. 

Ada lagi..

Kalau duduk asrama ni tak lari dari cerita hantu dan kena kacau. Ini mana-mana pun mesti ada lagi-lagi kalau kawasan asrama tu ada pokok pisang. Ha..kata orang-orang benda tu ada dekat situ kebetulan masa tu dekat belakang asrama nieyl memang ada 1 pokok pisang yang besar. Satu malam tu, masing-masing ketakutan, tidur berpeluk al-quran ni..mahu tak nya tiba-tba air paip terbuka sendiri Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi.. 

Ha..ada lagi..ada lagi..

Bila masing-masing cuti tak balik rumah, biasalah zaman budak-budak tak matang kan. Haha..kitaorang main kahwin-kahwin siap kompang pakai baldi bagai, sekali warden datang berlari tak cukup lantai masing-masing hahaha..sebab bising sangat , dah kena denda hahaha... ha..itu pengalaman...

Banyak je lagi pengalaman yang best kalau duduk asrama ni. Tapi terpulang pada penilaian ibu bapa kita. Tapi untuk nieyl, berdikari duduk asrama banyak mengubah diri nieyl yang dari anak bongsu tak suka berkongsi sekarang tak kisah berkongsi dengan orang lain. 

Ok itu je nieyl nak share...siapa pernah duduk asrama?best tak?

Morning

by on January 21, 2026

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
hari ni semangat pergi kerja awal..
Sebelum 7.30 pagi nieyl dah sampai ofis...
Tapi..
Apakan daya..
Manusia mudah lupa..
kunci pintu tertinggal dalam laci dalam bilik ..
petang semalam perasaan macam dah masuk dalam bag..
pagi tadi cari-cari tak ada hahaha..
sudahnya tersidai dekat luar bilik sampai 8.30 pagi..
pergi ambil kunci dekat admin..
hahaha.

Itulah citer pagi ni..
happy working semua...

20 January, 2026

Sesekali tu rindu

by on January 20, 2026

Sesekali tu rindu juga nieyl dekat anak buah nieyl yang sambung study dekat Uniza tu..
Dia ni adik si bella..memang membesar depan mata nieyl..
rapat juga dengan nieyl..
Hari tu saja je la boring-boring tu text dia..
Tanya tengah buat apa..
dia kata baru habis kelas..
nak pergi lepak dekat pantai..

wow!untunglah ya..
habis kelas , boleh ambil angin pantai..
nieyl dulu tak sempat merasa masuk U..
dah bekerja sampai ke hari ini..hahhaha...
Stress-stress kita cari COFFEE..

 

Rezeki dapat lauk lunch

by on January 20, 2026

 


Sejak adik ipar nieyl yang bongsu kahwin..
Rajin tengok dia masak hari-hari..
weekend baru ni dia masak daging sup thai..
dia hantar sebekas dekat rumah nieyl..
Alhamdulillah..
Bertambah menu lunch weekend aritu..

Happy Tuesday

by on January 20, 2026


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
ye..pagi ni nieyl berjaya sampai awal..
7.32 nieyl dah sampai ofis..
    

Pagi ni mak bekalkan nasi goreng dan telur mata..
Alhamdulillah..untuk lunch nasi dan ayam goreng..
tapi lunch ni nak g cafe beli sayur ke sambal ke..

Nieyl setiap hari bawa bekal pergi kerja..
Breakfast dan lunch..
Kalau sebulan tu mungkin hari jumaat je nieyl tak bawa bekal..
sebab ada yang belanja ambil berkat jumaat..

Sehari nieyl boleh jimat rm10-15 kalau bawa bekal..
Alhamdulillah..


Happy working semua..


 

19 January, 2026

Monday

by on January 19, 2026

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
hari ni nieyl sampai opis lambat..
Malam tadi pukul12 tengah malam..
1 pekan blackout..

Dah la masa tu baru je nak tidur..
pejam mata juga la dapatlah tidur sampai 3.00 pagi..
tersedar sebab baju dah lencun peluh ya..
husband ajak tidur dalam kereta..
nieyl malas, nieyl gigih juga kipas guna kertas sambil pejam mata..
Tak mahunya weh ..

Fikir esoknya nak kerja je tu..
dalam pukul3.30 macam tu baru lah ada letrik...
memang stress ya..

Pagi ni pun lewat breakfast..
sambil buat kerja, sambil makan..
tup tup dah pukul10 lebih..

Happy working semua...


16 January, 2026

Selamat pagi

by on January 16, 2026

 


Assalamualaikum..
selamat pagi..
pagi ni nieyl ada mesyuarat bahagian..
selalunya sampai pukul12..

Pagi ni Alhamdulillah..
Ada rezeki pagi ni breakfast bos nieyl bagi nasi lemak..
dan team depan bilik nieyl pun belanja nasi lemak..
bolehlah satu bawa ke tengah hari..

Semoga Allah murahkan rezeki mereka-mereka yang bersedekah..
Aamin...



15 January, 2026

It's A Girl

by on January 15, 2026

 

Syukur Alhamdulillah..
tahniah kepada kakak nieyl yang bernama Melur..
Semalam selamat melahirkan baby girl
merupakan anak ke-4 ..

Untuk pengetahuan korang..
baby ini merupakan anak buah nieyl yang ke - 32
wah!meriahnyaaaa....

Nama kakak nieyl tu Melur..
Nama anak perempuan dia yang first tu Dahlia..
Ni baby girl baru ni dia tengah fikir nak letak nama bunga apa..

Malam tadi meriah group whatsapp family..
bagi cadangan nama -nama bunga..

Semoga baby dan ibu sentiasa sihat ..
selamat berpantang kakak!

Rezeki Breakfast Hari Ini

by on January 15, 2026


Rezeki Breakfast Hari Ini | tadi nieyl ada cakap kan, nieyl order breakfast untuk pagi ni. Nieyl nak try rasa Punten ada staff ofis jual. Katanya Punten ni makanan tradisional jawa. termasuk Jawa di Malaysia & Indonesia. Dibuat daripada beras (biasanya beras biasa atau beras pulut ). Dimasak hingga menjadi lembut dan mampat, kemudian dibentuk seperti silinder atau ketulan .Teksturnya kenyal, lembut, seakan lontong atau nasi impit, tetapi lebih halus. Nieyl dah makan tadi rasa dia macam nasi impit versi halus dan lembut. 

Selalunya dimakan dengan
sambal kelapa, serunding, atau kuah santan. Ada juga yang makan dengan ikan masin atau sayur tumis. Yang nieyl beli ni dia bagi dengan sambal hijau. Sangat sedap sambal hijau dia tu, kalau ada jual sambal hijau je memang nieyl nak beli untuk buat stok bulan puasa nanti hehehe. 

 
Laksam ni dari tetamu bos nieyl pagi ni, dia datang discussion dan bagi nieyl laksam. Jadinya hari ini memang nieyl kekenyangan dengan makanan..Alhamdulillah..Laksam nanti buat minum pagi nanti lah, nak makan sekali gus memang tak boleh..Punten tu pun mampu telan 2 biji je baru..haha.. 

Korang dah breakfast belum tu?



 

Good Morning

by on January 15, 2026

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
nieyl dah 2 hari tekak macam rasa perit-perit nak telan ai liur ni..
paling tak suka..arrghh..rasa sangat tak selesa..

tengok calender tepi ni eh..hari ini dah 15 hari bulan dah...
dah separuh bulan JANUARI dah...
Ya Allah pantasnya masa ni..

Korang dah breakfast ke?
hari ni nieyl order makanan je support group jualan Ofis..
makanan tak sampai lagi..
sambil menunggu makanan sampai, 
bolehlah update sikit...

Happy working semua...

 

14 January, 2026

Food Photo

by on January 14, 2026

 

Food Photo | Petang-petang macam ni seronok kalau layan gambar makanan kan hahaha..kot-kot boleh bagi idea nak makan apa petang ni ke malam ni ke.. Gambar satu tu bakso dari kakak ipar nieyl, rajin weekend dia buat untuk anak -anak dia, dia bagi nieyl rasa semangkuk. Rasa dia sedap sebab dia rebus daging dengan tulang sekali, jadi rasa sup dia yang pekat tu ditambah lagi dengan bebola daging . Super!

Ini menu fav nieyl bila makan dekat Black Canyon. Kuey teow Chicken ladna. Makan dengan cili potong memang terbaik! Setakat ini nieyl belum tukar menu lagi kalau makan dekat sini hahaha..

Last week pergi melawat anak buah nieyl dekat hospital Columbia Puchong. On the way balik tu singgah puchong perdana semata-mata nak makan cendol durian. Ini port best untuk korang kalau nak makan durian yang murah. Ini kali kedua nieyl pergi kedai dia nie, nama kedai dia Pakdo Durian. Nieyl makan aritu 5 biji durian musang king, tak sampai rm150. Lepas tu candol durian musang king yang nieyl makan ni semangkuk baru rm18, durian dia ada 4 ulas besar-besar sis, memang puas hati! Nanti pergi tau korang yang mana hantu durian macam nieyl..hehe

Beg Bekal Baru

by on January 14, 2026

 


hahaha..korang jangan jemu tau tengok warna pink dalam entry nieyl..
hari ni nieyl bawa beg bekal baru semestinya warna pink..hahaha..pitam mak!
beg ni nieyl beli dekat Mr. Diy..
Beg ni nampak je dari luar macam kecik , tapi sebenarnya dia boleh masuk banyak..

Nampak tak?nieyl isi banyak bekas dalam beg ni


Ok ini bekal nieyl untuk breakfast dan juga lunch..
4 bekas boleh masuk dalam beg pink tu..


Selalunya kalau pukul12.30 tu nieyl akan pergi pantry untuk panaskan nasi,
lauk lunch dalam microwave..
lepas tu masukkan dalam beg ni semula..
pukul1 tu baru nieyl start makan, makanan nieyl still masih panas lagi dalam beg tu..
sebab itulah nieyl suka , dahlah besar, mudahkan nieyl dan makan nasi lauk panas-panas..
baru sedap kan..

Good Morning

by on January 14, 2026



Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Sehari dua ni suka tengok status whatsapp, IG dan facebook..
kawan-kawan update telatah anak-anak masuk sekolah hari pertama..

Anak-anak buah nieyl pun semua dah start kembali sekolah..
Tahun ni tak ada yang masuk darjah 1..
Cuma seorang anak buah nieyl berjaya masuk ke MCKK..
 Malay College Kuala Kangsar (MCKK
Alhamdulillah, semoga firadz terus berjaya walaupun jauh dengan ibu ayah..

happy working semua..
 

13 January, 2026

Deco Workspace 2026

by on January 13, 2026

 

Deco Workspace 2026 | Selamat tahun baru! Menjadi satu rutin tahunan bila kembali bertugas di tahun baru nieyl akan deco work space nieyl untuk menjadi lebih menarik sebab sehari hampir 9 jam nieyl akan habiskan masa di pejabat dan di meja kerja ini. So, tema color tahun 2026 adalah pink. Jadi, korang akan nampak banyak benda pink atas meja nieyl ni. 


Sebelum ini nieyl memang guna deskstop @ komputer. Tapi untuk 2026 ini semua kena guna laptop so, nieyl kurang suka sikit. Jadi untuk mudahkan nieyl, nieyl setup keyboard untuk cepatkan kerja-kerja menaip nieyl. Dan satu lagi nieyl beli juga tempat untuk tinggikan kedudukan laptop ni supaya tengkuk nieyl tak sakit nak pandang bawah sangat. 
Jangan pelik kalau ada nampak banyak pewangi bilik dalam bilik nieyl ni ya sebab nieyl memang suka bilik yang wangi hihihi..Suka bila orang masuk bilik kita tu rasa tenang dan relax je bau wangi yang lembut-lembut. 

Selain dari barangan deco , nieyl juga beli calender 2026 warna pink dan juga pen berwarna pink hahaha..Nasib lah, semua warna pink 2026 ni. Ada lagi yang nieyl nak kemas meja belakang nieyl ni cuma mungkin bulan depan pula la sebab bajet bulan ni dah habis untuk beli benda-benda mengarut ni hahaha. 

Selamat Tahun baru 2026

by on January 13, 2026

Assalamualaikum...
salam tengah hari..
rasanya belum terlambat lagi nieyl nak ucapkan..
selamat tahun baru pada semua..

Semoga tahun 2026 ini lebih banyak lagi memori yang terindah kita cipta..
semoga tahun ini juga banyak azam-azam yang boleh kita capai..

Pembukaan tahun baru 2026 ini ..
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan renew kontrak lebih awal..
dari tahun-tahun sebelum ini..

Dan yang keduanya..
Alhamdulillah gaji naik sikit 2026 ni..
walaupun tak banyak , tapi syukur ..

Awal-awal tahun ni adalah masa yang paling tepat untuk kita listkan..
apa yang kita nak buat sepanjang 2026..
dah buat belum list?
nieyl dah buat sikit, nanti dah siap..
nieyl akan share ok..

Ok lah nanti nieyl sambung lagi buat entry ok..
sambung buat kerja dulu...

happy working semuaa...

 

05 January, 2026

Monday

by on January 05, 2026

Assalamualaikum..
Selamat tahun Baru 2026..
Hari pertama bekerja tahun Baru..
Selamat bekerja..

Nieyl masih bercuti lagi..
Next week kot baru masuk kerja..
Hari ni plan nak kemas- kemas meja make up..
Nak check yang mana dah exp tu..
Kena buangggg lah..

So, happy working semua...