04 July, 2025

Terima Kasih Kakak ♥

Terima Kasih Kakak ♥| Habis je interview, adik nieyl pick up kitaorang order ZUS sebab nieyl dah sebulan tak minum coffee, rasanya hari tu hari yang paling tepat nak minum coffee hahaha. Oh ye sebelum beli air ZUS, nieyl singgah dekat lebuhraya kolestrol UNITEN untuk carikan makanan kesukaan mak nieyl, Kole Kacang dan ayah nieyl suka makan cendol dan rojak. Dah beli, nieyl belanja adik nieyl makan dulu sebelum dia hantar nieyl balik.

Sampai rumah letak-letak barang dalam rumah, nieyl keluar semula dengan kakak nieyl sebab 1/7 tu nieyl ambil cuti, nieyl bawa dia pergi beli tudung-tudung  untuk majlis kahwin anak dia. Mak pengantin tak ada tudung lagi. Orang kata sambil menyelam minum air kan, so nieyl pun gedik juga cari tudung untuk pergi kerja..Masa nak bayar tu, kakak nieyl belanja yeayyy...Alhamdulillah..rezeki...

Selesai shopping, kakak ajak pergi makan sebab dia tak makan lagi, nieyl time ni dah kenyang sebab dah makan tengah hari dengan adik. Tapi tak apalah order yang ringan-ringan je la..


Kakak nieyl makan nasi goreng ikan masin dan nieyl makan kuey tiow tom yam, cuma pelik awat ada telur dalam tomyam tu hehehe...telur tu nieyl bagi kakak, sebab pelik nak makan dengan tomyam..

Alhamdulillah, Allah kurniakan orang-orang keliling yang baik-baik dan sayang nieyl. Ini pun salah satu rezeki yang Allah beri pada kita kan..


 

3 comments:

  1. Ramai yang sayang Nieyl ni...kan? Syukur dikelilingi orang yang baik- baik

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Rezeki lepas interview..mane tau lps ni rezeki lulus interview plk..AMin..=D

    ReplyDelete
  3. Kuewtiau tom yam tu,kalau Linda bertambah kenyang lagi...hihihi..
    Alhamdulillah,rezeki juga tu...yang tu paling kita nak..dikurniakan orang yang baik2...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)