Melawat Kebun | Masa cuti awal muharram tempoh hari, nieyl ambil kesempatan bawa mak pergi kebun ayah sebab ayah minta bawa mak untuk tengok kawasan kebun sebab kami dah lama tak pergi ke kebun selalunya ayah nieyl sahaja yang akan pergi kebun setiap hari. Actually kebun ayah nieyl ni besar boleh buat lebih dari 12 biji rumah. Ayah dah buat pembahagian lot tanah kepada anak-anak dia , sebahagian darinya dah ada rumah di kebun , tapi rumah tu di sewakan. Untuk tapak nieyl setakat hari ini tak ada apa -apa lagi perancangan.
Jom nieyl share pokok-pokok yang ayah nieyl tanam dekat kebun. Yang atas sekali tu pokok cili,banyak ayah tanam pokok cili di keliling rumah.
Ada juga pokok pisang, hasilnya memang dah berkali-kali ayah bawa balik untuk diberikan kepada anak-anak.
Pokok kundur ni bukan ayah nieyl tanam tau, penyewa rumah dekat tanah ayah nieyl yang tanam pokok kundur ni.
Pokok nangka ni macam pokok wajib ada dikawasan kampung, kalau nak kenduri ke teringin nak makan nangka masak lemak, boleh petik je dekat kebun.
Pokok mangga yang sekarang ni dah nampak hasilnya, bila berbuah paling seronok ayah lah sebab hasil dia tanam dan berbuah.
Kalau dekat bandar, daun pandan sampai kita kena beli kan. Kalau ada tanah, boleh tanam di belakang rumah, tepi rumah dan ayah nieyl tanam dekat kebun. Selain dari di atas ni, ada juga pokok tebu tapi dah kekeringan musim panaskan. Ada juga pokok kedongdong dan yang terbaru ayah tanam pokok durian.
Nieyl ada plan cakap ngan ayah, nak bela ayam bertelur. Tapi ayah kata kena buat reban khas untuk ayam bertelur ni. Tapi itulah, nieyl tengah fikir-fikir lagi..
Alhamdulillah seronoknya dapat berkebun macam ni... Rezeki Nieyl dan adik beradik dah ada bahagian masing²... Bolehlah buat rumah nanti kan
ReplyDeleteSuka tengok..pandan bayak gunanya tu, antara buat perasa dan pewarna hijau kuih ketayap/kuih lenggang
ReplyDeleteSeronoknya tgk hasil dr kebun =D
ReplyDeletewahah.. mcm2 ada tu
ReplyDeleteBestnya ada tanah. Kalau buat rumah bolehlah bercucuk tanam di sekeliling.
ReplyDeleteBestnya ada tanah. Kalau buat rumah bolehlah bercucuk tanam di sekeliling.
ReplyDeleteAlhamdulillah... seronok nya...mudah kerja bila dah bahagi²kan lotnya...takde lah bergaduh kemudian hari... hihihi
ReplyDeleteTanam sayur ni macam terapi jiwa. Tengok pokok membesar pun dah buat hati tenang. Tak payah pergi pasar dah. Petik je dari laman, terus masuk kuali..
ReplyDeleteLuasnya kak 😍😍. Seandainya kakak beradik bangun rumah berdekatan di sana, baguuusnya. Bisa saling dekat.
ReplyDeletePapa saya salah satu bisnisnya ayam petelur. Tapi memang dlm skala besar. Dan hasil telurnya kebanyakan dibeli oleh toko2 roti kepunyaan papa juga. Jadi memang sengaja buat peternakan ayam telur, supaya toko-toko roti papa tetep bisa mendapat telur secara lancar dan stabil harganya. Betul kata ayah kak nieyls. Kandangnya harus khusus. Dan terpisah jauh dari rumah. Krn aroma ayam ini tajam sangat 😅. Tapi bagusnya, tak hanya telur yg bisa dipergunakan. Tp juga kotoran mereka bisa dijual sebagai pupuk tanaman. Dan itu mahal 👍
mangga nya tergantung gitu...kalau isteri saya dah licin ..tak sempat nak tunggu masak hihihi
ReplyDeleteHasil tanaman kebun sendiri ni puas hati lain macam… dari benih sampai tuai, semua hasil tangan sendiri .Petik fresh dari kebun…
ReplyDelete