23 July, 2025

Gubahan Hantaran Nikah

by on July 23, 2025

 

Gubahan Hantaran Nikah | 16 Julai malam kiteorang berkampung dekat rumah nieyl untuk siapkan persiapan terakhir sebelum menjelang majlis nikah esoknya. Seperti biasa nieyl kena siapkan gubahan hantaran untuk nikah, untuk nikah ni nieyl tak buat sendiri sebab takut tak sempat nak siap jadi untuk dulang hantaran tu kita sewa je.. Nieyl tinggal nak gubah barang-barang, ikat riben semua. Jom nieyl zoom sikit..

Ini kain pelekat dari Amru berwarna hitam

Bag tangan lelaki

Cincin 

Set Perfume

Chocolate

Set Mandian


Buah -buahan


Jam Tangan

Ada satu lagi kek , nieyl tak snap sebab masa tu kek dalam fridge. So, total hantaran dari pihak perempuan adalah 9 dulang. Nieyl pilih bunga putih sebab nak nampak suci dan bersih , dan kena dengan konsep hall nikah tu. Nanti nieyl share hantaran dari pihak lelaki pula...

Tahniah Bella!

by on July 23, 2025

Tahniah Bella! | Alhamdulillah syukur, 17/7/2025 dengan sekali lafaz anak buah kesayangan nieyl telah selamat diijab Qabulkan dengan lelaki pilihan hati dia. First sorry nieyl tak dapat snap gambar banyak sebab pada hari kejadian nieyl memang super sibuk sebagai FM.. Nieyl bertanggungjawab untuk keseluruhan majlis. Jadi, memang tak sempat nak snap-snap gambar. Nanti kalau dapat dari official photographer nieyl share sini ok.

Cantik tak pemandangan pelamin nikah tu?nieyl suka nampak kehijauan.  Tempat hall event yang nieyl pilih untuk majlis akad nikah ni di Eunioa Event Hall Cyberjaya, jemputan kita 150 orang. Untuk belah lelaki mereka berpakaian bertema warna lilac ( Soft purple) dan belah perempuan pula kita bertema warna baby blue. 

Anak buah kesayangan nieyl di temani mommy dia menunggu detik -detik terakhir sebelum tanggungjawab bertukar tangan. Pada asalnya bella akan dinikah kan berwakil wali Tok Kadi tapi sebelum kita berbincang, adalah lebih afdal dan berkat kalau ayah dia sendiri yang nikahkan. Sebab anak perempuan hanya seorang dan takkan ada lagi peluang untuk nikahkan anak perempuan.. 

Bersama Bella dan Suami,sekarang ni bertambah kesayangan nieyl. Semoga bella sentiasa bahagia dengan istana yang dibina ini bersama suami tersayang. Kasih sayang nieyl takkan berubah sampai bila-bila dia tetap akan menjadi kesayangan nieyl. Selamat pengantin baru Bella..

10 July, 2025

Good Morning

by on July 10, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Dah breakfast ke tu..
hari ni nieyl bawa lempeng cicah sambal sardin je..
lunch tak bawa bekal sebab nieyl half day hari ni..

Hari ni ada rehearsal untuk majlis nikah dan sanding anak buah nieyl..
kita nak tengok perjalanan majlis macam mana..
Doakan semoga dipermudahkan ya..

Happy working semua







 

08 July, 2025

Morning..

by on July 08, 2025



Assalamualaikum...
selamat pagi..
pagi ni nieyl terawal pula sampai pejabat..
7.10 pagi dah sampai..

Nak breakfast macam awal lagi..
biasa pukul8.30 baru breakfast..

Pagi ni nieyl bawa breakfast kuey teow goreng..

Happy working semua..


 

07 July, 2025

Melawat Kebun

by on July 07, 2025

 

Melawat Kebun | Masa cuti awal muharram tempoh hari, nieyl ambil kesempatan bawa mak pergi kebun ayah sebab ayah minta bawa mak untuk tengok kawasan kebun sebab kami dah lama tak pergi ke kebun selalunya ayah nieyl sahaja yang akan pergi kebun setiap hari. Actually kebun ayah nieyl ni besar boleh buat lebih dari 12 biji rumah. Ayah dah buat pembahagian lot tanah kepada anak-anak dia , sebahagian darinya dah ada rumah di kebun , tapi rumah tu di sewakan. Untuk tapak nieyl setakat hari ini tak ada apa -apa lagi perancangan. 

Jom nieyl share pokok-pokok yang ayah nieyl tanam dekat kebun. Yang atas sekali tu pokok cili,banyak ayah tanam pokok cili di keliling rumah.

Ada juga pokok pisang, hasilnya memang dah berkali-kali ayah bawa balik untuk diberikan kepada anak-anak.

Pokok kundur ni bukan ayah nieyl tanam tau, penyewa rumah dekat tanah ayah nieyl yang tanam pokok kundur ni. 

Pokok nangka ni macam pokok wajib ada dikawasan kampung, kalau nak kenduri ke teringin nak makan nangka masak lemak, boleh petik je dekat kebun.

Pokok mangga yang sekarang ni dah nampak hasilnya, bila berbuah paling seronok ayah lah sebab hasil dia tanam dan berbuah.

Kalau dekat bandar, daun pandan sampai kita kena beli kan. Kalau ada tanah, boleh tanam di belakang rumah, tepi rumah dan ayah nieyl tanam dekat kebun. Selain dari di atas ni, ada juga pokok tebu tapi dah kekeringan musim panaskan. Ada juga pokok kedongdong dan yang terbaru ayah tanam pokok durian. 

Nieyl ada plan cakap ngan ayah, nak bela ayam bertelur. Tapi ayah kata kena buat reban khas untuk ayam bertelur ni. Tapi itulah, nieyl tengah fikir-fikir lagi..

Monday Morning

by on July 07, 2025

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Bulan 7 adalah bulan sibuk nieyl..
Tinggal lebih kuran 10 hari sahaja majlis akad nikah anak buah nieyl..
sebelum tu minggu ni Ahad - selasa nieyl jadi urusetia bengkel dekat Genting Highlands..
20hb majlis perkahwinan anak buah nieyl pula..
next weeknya pula majlis bertandang...

Semoga apa sahaja yang dirancang..
Allah permudahkan semuanya..
Amin...


Selamat bekerja semua...


 

04 July, 2025

Terima Kasih Kakak ♥

by on July 04, 2025

Terima Kasih Kakak ♥| Habis je interview, adik nieyl pick up kitaorang order ZUS sebab nieyl dah sebulan tak minum coffee, rasanya hari tu hari yang paling tepat nak minum coffee hahaha. Oh ye sebelum beli air ZUS, nieyl singgah dekat lebuhraya kolestrol UNITEN untuk carikan makanan kesukaan mak nieyl, Kole Kacang dan ayah nieyl suka makan cendol dan rojak. Dah beli, nieyl belanja adik nieyl makan dulu sebelum dia hantar nieyl balik.

Sampai rumah letak-letak barang dalam rumah, nieyl keluar semula dengan kakak nieyl sebab 1/7 tu nieyl ambil cuti, nieyl bawa dia pergi beli tudung-tudung  untuk majlis kahwin anak dia. Mak pengantin tak ada tudung lagi. Orang kata sambil menyelam minum air kan, so nieyl pun gedik juga cari tudung untuk pergi kerja..Masa nak bayar tu, kakak nieyl belanja yeayyy...Alhamdulillah..rezeki...

Selesai shopping, kakak ajak pergi makan sebab dia tak makan lagi, nieyl time ni dah kenyang sebab dah makan tengah hari dengan adik. Tapi tak apalah order yang ringan-ringan je la..


Kakak nieyl makan nasi goreng ikan masin dan nieyl makan kuey tiow tom yam, cuma pelik awat ada telur dalam tomyam tu hehehe...telur tu nieyl bagi kakak, sebab pelik nak makan dengan tomyam..

Alhamdulillah, Allah kurniakan orang-orang keliling yang baik-baik dan sayang nieyl. Ini pun salah satu rezeki yang Allah beri pada kita kan..


 

03 July, 2025

Selesai Interview

by on July 03, 2025

 

Assalamualaikum...
Selamat petang semua...
Rasanya beberapa hari juga nieyl menghilangkan diri lagi..
Minta maaf semua..

Last week nieyl ambil tempoh untuk fokus kepada Interview yang nieyl bagitahu tu...
Alhamdulillah..
Selasa 1/7 tarikh interview nieyl..
Ini merupakan kali kedua pengalaman interview besar dalam hidup nieyl..
Nieyl rasa untuk kali kedua ini lebih cool sikit berbanding yang pertama kali..

Pukul8.30 pagi nieyl sampai dan serahkan dokumen salinan dan fail kepada pendaftar..
untuk sesi pagi ada 6 orang..Tepat pukul9 pagi, kami di bawa ke ruang menunggu di luar bilik interview..

Kemudian, nama nieyl yang pertama dan seorang lagi di panggil..
kami kena interview berdua.
Panel ada 4 orang..seram masa ni sebab sebelum ini panel hanya 2 orang sahaja..

Kalau nieyl kira adalah dalam 6 soalan semuanya yang di tanya...
Alhamdulillah, ada 2 soalan yang memang nieyl study di tanya..
tak sangka juga dia akan tanya tau..
nieyl cuba jawab sebaik mungkin..
dan interview ni ada BI dan BM ..

nieyl selesai interview lebih kurang 9.32 pagi mcm tu...
kemudian pukul12 ada ujian bertulis bahasa enggeris pula..

settel semua dalam pukul1..
keluar je dari dewan tu rasa satu masalah besar yang ditanggung berhari-hari hilang...
lepas tu nieyl memang pergi makan, shopping hahaha...

Usaha sudah..
Skrg ni doa dan tawakal..
Ada rezeki, adalah..
klu tak ada, nanti cuba lagiii...